쉰한

1K 150 15
                                    

Naeun telah keluar meninggalkan mereka berdua di dalam bilik . malas mahu melihat drama air mata jadi dia pergi terlebih dahulu .

" Saya Jung Jiyeon . isteri awak " Kata Jiyeon tidak putus asa untuk memujuk lelaki itu .

" Aku ada isteri ? aku dah kahwin ? "

Jiyeon mengangguk laju .

" Jiyeon ? budak yang aku culik ? "

" Ya . masa tu kita belum kahwin . dan saya terlanggar awak pada waktu tu "

Taeyong memandang Jiyeon lama .

" Aku ingat "

Jiyeon sendiri tidak tahu apa yang berlaku sekarang . dia dibodohkan ?

" Kau perempuan yang tinggalkan aku tu kan ? huh "

" Ani ! siapa cakap ? saya tak tinggalkan awak pun . saya tak dapat datang sebab kerja " Jawab Jiyeon sedikit kasar . siapa yang meracun fikiran suaminya ini .

" Aku tahu sebab Doctor Naeun beritahu . kau dah benci aku dan kau tak nak jaga aku ! kau dah buang aku ! dia jaga aku lebih baik dari kau la " Kata Taeyong kasar . Jiyeon menahan sebak . lelaki ini benar - benar berubah .

" Saya tak pernah cakap macam tu "

Jiyeon berdiri menjauh selangkah dari Taeyong . Memang Taeyong tidak buat lupa . Dia ingat , tapi baginya itu semua kenangan pahit .

" Itu semua fitnah " Kata Jiyeon lagi .

" Tak payah nak racun fikiran aku la ! kau tu tak guna ! "

" Lee Taeyong ! "

Taeyong meraung sambil menutup kedua telinganya lalu membaling semua barang yang ada disitu . Pengawal terua datang memegangnya diikuti Naeun , lantas menyuntik ubat penenang pada Taeyong .

" Jangan bagi dia tertekan , tahukan macam mana keadaan dia sekarang ? "

" Aku tahu macam mana dia boleh jadi macam ni . sebab kau ! aku akan jaga dia lusa dan buat selamanya " Kata Jiyeon tegas . dia memandang Naeun dengan perasan marah . fikir di tempat orang sakit kalau tidak ditumbuk wajah Naeun .

" Mwo ? siapa benarkan kau jaga dia ? sesuka hati kau je "

Jiyeon melepas tawa .

" Aku ada surat atasan . kau dah boleh pergi mati jaga pesakit lain "

Wajah Naeun mula berubah .

" Kenapa ? tak dapat tengok suami orang dah ? huh "

Malas mahu berada disitu lama - lama , Jiyeon pergi meninggalkan Naeun yang masih lagi berdiri kaku disitu . Puas hatinya dapat melihat muka Naeun koyak tidak dapat menjaga suaminya lagi . gatal .

tbc .

Psycho . Lee Taeyong ✔️Where stories live. Discover now