스물 일곱

1.3K 180 0
                                    

" Macam mana kerja hari ni ? pekerja lain ada tanya ? " Soal Taeyong yang masih focus pada pemanduannya .

" Tak , lagipun hari ini saya hanya kemas bilik Oppa je " Jawab Jiyeon . Lelaki itu hanya mengangguk .

" Besok .. saya boleh pergi kerja lagikan ? " Tanya Jiyeon lalu dia menggigit bibirnya yang kering itu . Berdebar . Bagi atau tidak itu sahaja yang dia mahu Taeyong jawab .

" Hm pergi la , aku tak boleh nak halang kau . itu syarikat keluarga kau " Jawapan dari Taeyong membuat Jiyeon tersenyum gembira . Lelaki ini telah memberi kebebasan untuk dia mula bekerja .

" Tapi ada syaratnya " Kata Taeyong .

" Saya tahu . awak akan hantar dan ambil saya kerja "

" Bukan itu sahaja , aku nak kau update kau dah makan tengahari atau belum . sebab aku akan datang hantar makanan untuk kau sehingga aku naik ke pejabat " Kata lelaki itu . Benar - benar berkeras , tidak mahu Jiyeon makan diluar .

" Tapi saya tak nak la awak — "

" Tak menyusahkan . aku nak buat juga "

Jiyeon perlahan - lahan mengangguk tanda setuju . Dia tidak boleh menghalang , jika dia berlawan semula Taeyong akan tarik balik semua itu . Dia tidak mahu .

tbc .

Psycho . Lee Taeyong ✔️Where stories live. Discover now