서른 일곱

1K 166 3
                                    

Taeyong ditahan masuk wad kerana berlaku hidrasi ditubuhnya dan suhu yang melebihi had . Taeyong tidak memandang langsung wajah Jiyeon , marah . Itu sebab kenapa dia tidak mahu ke hospital tapi yeoja ini tetap berkeras memaksa dia pergi juga dan ini la jadi .

" Isi butir pesakit disini ya "

Nurse itu memberikan pen dan buku kemasukan penyakit . Jiyeon mengisinya dengan ragu . Taeyong amat marah padanya sekarang tapi ini semua untuk kebaikan Taeyong juga .

" Done "

" Jika ada apa - apa boleh panggil nurse yang bekerja di wad ini . saya minta diri dulu "

Nurse tersebut melontarkan senyuman pada Jiyeon dan berlalu pergi . Taeyong dah siap berbaring di atas katil , baju hospital yang dia tukar tadi serta tangan yang disuntik salur air garam .

" Aku nak balik "

Jiyeon menggeleng .

" Kenapa kau buat aku macam ni ? kau nak tinggal aku ? "

" Saya cuma nak awak sihat sebab tu saya bawak awak ke sini . mana la saya tahu yang mereka akan tahan awak " Kata Jiyeon .

Taeyong mengusap wajahnya kasar .

" Jangan tinggal aku "

Jiyeon mengangguk . Sudah tentu dia rasa takut dan bersalah . Dia telah membuat Taeyong hilang kepercayaan padanya .

" Awak jangan stress , nanti makin teruk macam mana "

" Biar la . kau peduli apa ? kau kan memang nak aku mati kan sebenarnya ? supaya kau boleh lari daripada aku "

Jiyeon terdiam . namja ini benar - benar marah . Dia tidak berniat nak melarikan diri . Macam mana dia mahu larikan diri sedangkan dia telah sayangkan lelaki ini .

" Mi-mianhei Taeyong "

" Kau blah la . semak tengok muka kau ! " Tengking Taeyong .

" Tch " Jiyeon mula menyampah . Masuk hospital pun boleh emosi .

" Fine . lepas ni saya tak akan datang melawat awak lagi "

tbc .

Psycho . Lee Taeyong ✔️Where stories live. Discover now