04 - Namu?

259 51 58
                                    

Kringgg!!!

"Ishh bisinglah jam ni, aku nak tidur pun tak senang!" Bebel Eunjin.

Eunjin sambung tidurnya. Setelah beberapa minit dia tersedar.

"Omo omo, dah pukul berapa ni?! Ahh dah pukul 7!"

Eunjin tergesa-gesa pergi bersiap kerana ada lagi 30 minit sahaja sebelum pintu pagar sekolah tutup.

Selepas bersiap Eunjin terus mengambil beg sekolahnya dan tergesa-gesa turun ke bawah.

"Eun, makan dulu sebelum pergi sekolah."

"Tak apalah oppa, Eun dah lambat ni..lagi 15 minit je sebelum pintu pagar sekolah tutup. Eun penat asyik kena denda cuci tandas pagi-pagi tau!" Cebik Eunjin.

Sungjin hanya tergelak kecil melihat telatah adiknya itu.

"Cuba tengok jam sekarang pukul berapa."

"Ishh dah pukul... Aikk baru 6.15?"

"Eun masih mengantuk ke sampai tak boleh beza pukul 6 dengan 7?" Perli Sungjin.

Eunjin mencebik lagi dan terus ke dapur untuk sarapan bersama abangnya.

"Eun rasa jam loceng Eun tu rosaklah."

"Bagus juga dia kejut Eun sejam awal. Tak adalah Eun lambat lagi."

"Apa-apa jelah."

Selepas makan, Eunjin pergi ke biliknya sekejap untuk membetulkan rambutnya yang serabai akibat tergesa-gesa turun tadi.

Sewaktu Eunjin membetulkan rambutnya, dia ternampak sekeping nota kecil di atas meja belajarnya.

"Huh, nota apa ni?"

Semoga hari kau ceria! Kita berjumpa lagi nanti tengah malam ya! Jangan teringatkan aku waktu kau di sekolah.

Oh maaf tentang alarm kau tu, aku yang tukar sejam awal supaya kau dapat bangun awal. Jangan marah ya, sayang!

-Your sleep medicine, Namu Baby-

"Namu?"

"Jadi, aku tak bermimpilah pasal lelaki ni?"

Eunjin termenung seketika.

"Aishh, baik aku pergi sekolah sekarang."

"Oppa, Eun pergi sekolah dulu!"

"Arra, hati-hati!"

SEKOLAH
Kelas 5-A-1

"BAHHH!!"

"Aku tak terkejutlah Juwon." Kata Eunjin.

Juwon hanya mencebik dan duduk di sebelahnya.

"Eh Eun, awalnya kau harini. Selalu 5 minit sebelum pagar tutup kau baru muncul." Perli Baeki yang baru sahaja sampai.

"Salah ke aku datang awal? Tak kan?" Tanya Eunjin dingin.

"Ish kau ni pagi-pagi dah macam moody. Ada masalah ke?" Tanya Juwon.

Eunjin hanya mengeluh dan mengeluarkan nota dari poket skirt sekolahnya.

"Kalau aku bagitahu korang pasal ni, mesti korang takkan percaya." Kata Eunjin sambil menghulurkan nota itu kepada mereka.

"Korang tahu kan aku ada insomnia, tetapi semalam... Aku dapat tidur dengan nyenyak."

"Namu? Nugu?" Tanya mereka berdua serentak.

"Aku pun tak kenal siapa. Tapi dia datang semalam waktu tengah malam."

"Kau ada jumpa bomoh ke apa sampai perlukan peneman tengah-tengah malam ni?" Tanya Juwon.

"Gila apa kau ni, syikin lah benda tu!"

"Alahh aku tanya je."

"Dia buat apa dekat kau sampai kau boleh tidur?" Tanya Baeki pula.

"Seingat aku dia cuma peluk aku. Tuptup aku tertidur."

Mereka berdua memberi reaksi terkejut.

"Kau ada nampak muka dia tak? Suara dia macam mana?" Tanya Baeki lagi.

"Muka dia aku tak nampak sebab gelap. Suara dia em deep husky macam tu."

"Auch sexy!" Kata Baeki dan Juwon serentak dengan kuat.

"Yahh, janganlah cakap kuat-kuat!" Marah Eunjin sambil menampar perlahan lengan mereka.

Mereka berdua ketawa melihat Eunjin yang cuak itu.

Nasiblah dalam kelas itu hanya ada mereka bertiga dan.....


























































































Namjoon?

Ya, Namjoon dengar perbualan mereka sambil tersenyum senget.

___________________________________________

Terpanjang pula part ni ;-;

Vomment don't forget yaa! ♥️

511 words

Sleep Medicine | KNJ [✓]Where stories live. Discover now