11 - Meet You Again

218 43 38
                                    

12 am

Seperti biasa Eunjin tidak dapat tidur kerana insomnia nya.

Dia menatap telefon di dalam gelap untuk menemaninya.

PAP!

Bunyi seperti ada orang terjatuh.

Eunjin segera bangun dari baringan dan melihat di sekeliling biliknya.

Tiada apa-apa.

"Kita bertemu lagi. Aku tahu kau rindukan aku sayang." Katanya secara tiba-tiba dan memeluk pinggang ramping Eunjin.

Eunjin amat mengenali suara itu. Suara yang amat dirinduinya.

"N-Namu?"

"Yes I am, baby." Namu tersenyum ke arah Eunjin di dalam gelap.

"Aku benci kau. Keluar." Kata Eunjin dingin.

"Eunjin, bukan sengaja aku menghilang, bagi aku explain kenapa aku tak muncul dua minggu."

Eunjin hanya terdiam.

Namu pula sekadar mengeluh sebelum memulakan perbicaraan.

"Aku ada hal dekat Jepun. Jadi, aku tak sempat nak bagitahu kau."

"Kau tahu tak apa yang jadi dekat aku selama dua minggu?" Tanya Eunjin.

"Ya sayang. Insomnia kau datang balik. Kau selalu kena denda dekat sekolah kan?"

Eunjin mengangguk kepala perlahan sambil menunduk.

"Hey, pandang aku." Lembut pertuturan Namu sambil mengangkat wajah Eunjin.

"I'm already here."

Namu mencium dahi Eunjin lembut.

"Namu..."

"Yes my love?"

"Kau ni...siapa sebenarnya? Kau hantu? Roh? Atau apa?"

Namu tergelak kecil.

"Aku manusialah. Kalau aku roh atau hantu.. macam mana aku boleh sentuh kau?"

"Boleh tak kau tunjuk muka kau? Aku nak sangat tengok."

"One day, sayang. Sekarang kalau aku tunjuk, kau akan bencikan aku."

"Kenapa?"

"Sebab kita memang kenal. Cuma tak rapat."

Eunjin berfikir sejenak.

"Tak payah nak fikirkan. Aku tahu sekarang kau penat."

Eunjin tersenyum dan terus memeluk Namu.

Ya, dia sudah pun menerima Namu di dalam hidupnya.

Skip

Pagi itu, bibir Eunjin tidak lekang untuk senyum.

"Amboi amboi, awal harini." Tegur Sungjin.

"Harini rasa semangat pula nak pergi sekolah." Sengih Eunjin.

"Semangat sebab apa? Eun dah ada namchin eh? Tak bagitahu oppa pun."

"Mana adalah oppa! Eun pun tak tahu kenapa harini semangat."

Sungjin tergelak kecil.

"Baguslah tu. Sarapan dulu, nanti oppa hantarkan Eun."

"Eh kenapa tiba-tiba?"

"Bukan selalu pun. Oppa ada hal kejap lagi alang-alang tu bolehlah hantarkan Eun sekali."

Skip
Kelas

"Eh Eun!" Tegur Juwon dan Baeki.

Baeki melihat sekeliling kelas.

Tiada sesiapa di dalam kelas kecuali mereka bertiga.

"Namu dah muncul balik ke?" Tanya Baeki.

Eunjin tersenyum manis dan menganggukkan kepalanya.

"Lama tak nampak kau senyum macam tu." Kata Juwon.

"Aku rasa...aku dah jatuh cinta dengan Namu tulah."

"Suga?" Tanya Baeki.

"Nothing. Aku anggap dia kawan je."

"Kejap dulu bukan ke kau kata yang kau tak suka dia? Ni tiba-tiba je." Tanya Juwon sambil tergelak kecil.

"Nak buat macam mana, dia dah berjaya curi hati aku. Dia je yang selalu buat hati aku berdebar." Kata Eunjin sambil menahan malu.

Juwon dan Baeki hanya tersenyum.

"Eun, aku nak jumpa kau dekat rooftop. Sekarang." Kata Suga secara tiba-tiba.

"Uhm, aku pergi dulu tau. Entahlah apa si gula tu nak."

Juwon dan Baeki hanya menganggukkan kepala dan melambai ke arah Eunjin.

___________________________________________

Namu is back!

Rindu Namu tak?

428 words

Sleep Medicine | KNJ [✓]Where stories live. Discover now