10 - Miss Him

221 48 25
                                    

Skip

Sudah dua minggu Namu tidak muncul.

Sejak dua minggu itulah insomnia Eunjin kembali.

Di dalam kelas tidak dapat fokus, selalu kena denda sebab lambat datang ke sekolah dan tidur semasa pembelajaran bermula.

Luar kelas

Eunjin hanya mengeluh kerana dia kena denda lagi untuk subjek matematik.

"Kamu ni sudahlah tak datang sekolah dua minggu, lepastu tak siapkan kerja rumah ni. Saya bukan bagi banyak pun. Dua muka surat je. Sekarang kamu berdiri di luar kelas bersama Eunjin, Kim Namjoon."

Eunjin yang sudah pun terlelap sambil berdiri itu tidak menghiraukan Namjoon yang baru sahaja keluar dari kelas.

Namjoon hanya menatap muka letih Eunjin sambil menarik perlahan kepala Eunjin dan letak di bahunya.

Dengan perlahan-lahan Namjoon mengusap pipi Eunjin.

Skip
Waktu rehat

"Kenapa aku rasa macam kehilangan sesuatu?" Tanya Eunjin secara tiba-tiba.

Juwon dan Baeki bertatapan sebelum memandang ke arah Eunjin.

"Sebelum tu aku nak tanya... Namu tak muncul lagi ke?" Tanya Baeki.

Eunjin hanya menggelengkan kepalanya lemah.

"Aku rasa kau rindu dia sebab tu kau rasa macam kehilangan tu." Kata Juwon pula.

"Nampak gayanya macam tulah. Lagi-lagi pelukan dia. Aish ni semua salah aku, kalau aku tak degil masa tu, mesti dia akan muncul sampai sekarang." Eunjin mengusutkan rambutnya.

"Yah, bukan salah kau. Mesti ada sebab dia tak muncul." Kata Juwon.

"Aku benci dia. Dia dah buat aku macam ni lepastu suka-suka hati je hilang."

Juwon dan Baeki hanya memujuknya sehingga dia tertidur.

"Kenapa dengan Eunjin?" Tegur Suga apabila dia terlihat Eunjin yang tertidur beralaskan beg.

"Uhm dia stress je. Tak ada apa lah." Kata Baeki.

"Insomnia dia datang lagi?" Tanya Suga lagi.

"Kau tahu?" Tanya Juwon kepada Suga.

"Dia pernah bagitahu."

"Apa lagi kau tahu?" Tanya Baeki pula.

"Itu jelah."

Juwon dan Baeki hanya diam dan tak tahu nak balas apa.

Awkward kerana tidak begitu rapat dengan lelaki yang bernama Min Suga itu.










































































































































































Namjoon juga mendengar perbualan mereka dari mula lagi.

Dia hanya mengeluh.

___________________________________________

Maaf buat awak semua scroll panjang-panjang 😂

327 words

Sleep Medicine | KNJ [✓]Where stories live. Discover now