08 - Hang out

228 49 25
                                    

Pagi itu Eunjin terasa sengal di badannya.

Tetapi dia masih kuatkan diri untuk membersihkan dirinya.

"Aish mamat tu, suka-suka je sentuh aku. Nak marah pun tak ada guna. Salah aku juga, sapa suruh degil." Membebel Eunjin sambil mengeluh.

Setelah membersihkan diri, dia ternampak nota kecil di atas meja belajarnya.

Sorry. Aku tahu kau marahkan aku sekarang. Aku bagi masa untuk kau redakan kemarahan kau terhadap aku. Aku takkan munculkan diri buat masa ini ya. Jangan rindukan aku. Oh mungkin kau tak akan rindu aku. Mungkin kau suka apabila aku tiada.

Apa-apa pun take care, sayang! Cuba tidur tanpa aku ya. I'll come back to you soon.

-Your sleep medicine, Namu Baby-

"Hm nasib harini cuti."

Telefonnya berdering.

Tanpa melihat nama pemanggil, Eunjin terus mengangkatnya.

"Hello?"

"Eun, kau free?"

"Oh, Suga. Kalau aku free pun kenapa?"

"Aku nak ajak kau keluar."

"Oh, bolehlah aku pun bosan ni."

"Cun, aku ambil kau."

Eunjin terus mematikan panggilan itu dan terus ke bawah untuk sarapan.

Sempat dia menutup kesan 'hickeys' di lehernya menggunakan bedak bb cream.

"Eun, kenapa muka pucat je ni?" Tegur Sungjin.

"Mungkin penat study." Bohongnya.

"Aigo adik oppa ni. Jangan study kuat sangat, kesihatan tu pun kena jaga."

"Tahu. Oppa, Eun nak keluar dengan kawan tau kejap lagi."

"Siapa? Juwon dan Baeki ke?"

Eunjin menganggukkan kepalanya perlahan.

Terasa bersalah menipu abangnya itu.

"Pergilah, tapi jangan balik lewat ya."

"Baik!"

Ting tong~ Ting tong~

"Oh, tu mungkin kawan Eun. Pergilah tengok." Kata Sungjin.

Eunjin lantas membuka pintu.

"Ehh aku ingat Suga. Korang buat dekat sini?"

"Ala, kitorang pun ikut juga!" Kata Juwon.

"Ada ramai lagi dalam tu. Yang tak kitorang tak sangka ada Namjoon sekali. Tak sangka diorang dah jadi geng." Kata Baeki pula.

"Jom jelah." Ajak Eunjin.

"Kejap Eun, kenapa kau jalan macam tu?" Tegur Juwon.

"Erk, aku jatuh tandas semalam. Sebab tulah." Bohongnya sambil tersengih.

"Macam tipu je. Kau jalan macam kau lepas making out dengan someone. Sapa? Namu?" Tanya Baeki pula.

"Haish, salah sorang dari korang ni mesti boleh dapat tahu. Hm jangan bagitahu sesiapa pun tau."

"So, betullah?" Tanya Juwon dengan terkejut.

"Hm, aku degil semalam sebab tulah dia bagi 'punishment'." Kata Eunjin tenang.

"Kau tak marah ke?" Tanya Baeki sekali lagi.

"Nak marah pun tak ada guna, Shin Baeki."

"Oh Juwon, Baeki. Masuklah dulu." Tegur Sungjin dari belakang.

"Eh tak apalah, terima kasih. Ramai lagi sebenarnya yang ikut. Kesian diorang tunggu lama pula." Ramah Baeki.

"Lah yeke? Eun kata korang berdua je."

"Eun taktahu sebenarnya. Kitorang saja buat suprise." Sengih Juwon.

"Patutlah. Tak apalah. Korang enjoy lah ya."

"Bye oppa!" Kata Eunjin sambil melambai ke arah abangnya itu.

Semasa mereka semua sudah berada di dalam kereta Vellfire hitam milik Seokjin, Eunjin terpaksa duduk di sebelah Namjoon manakala Juwon di sebelah Hoseok dan Baeki di sebelah Jungkook.

"So kita nak pergi mana ni?" Tanya Seokjin.

"Funfair!" Semua berkata serentak kecuali Namjoon, Yoongi dan Eunjin.

___________________________________________

Vomment yaa ❤️

485 words

Sleep Medicine | KNJ [✓]Where stories live. Discover now