15 - Explaination

222 42 65
                                    

Pagi itu, Eunjin bangun dahulu daripada Namjoon.

Eunjin menilik wajah tampan milik Namjoon.

"Aku memang dapat agak kau adalah Namu sebab suara. Cuma aku tak pasti." Kata Eunjin sambil mengelus rambut Namjoon perlahan.

Kerana perilaku Eunjin, ia membuatkan Namjoon terbangun daripada tidur.

"Morning!" Sapa Eunjin.

Namjoon yang masih dalam keadaan mamai itu hanya menganggukkan kepala.

Eunjin bangun dari katil dan hendak menuju ke bilik air.

BBUK!

"Namu!" Jerit Eunjin

Lantas dia menuju ke arah Namjoon yang terjatuh daripada katil.

Eunjin tergelak kecil melihat Namjoon yang mengadu sakit persis kebudakan.

"Macam mana boleh jatuh?" Prihatin Eunjin.

"Tak tahulah."

Eunjin hanya mampu ketawa.

"Tak lawaklah." Cebik Namjoon.

"Okay okay. Aku pergi mandi dulu tau. Kau pun pergilah bersihkan diri dekat bilik sebelah." Kata Eunjin sambil mencubit perlahan pipi Namjoon yang kembung akibat Namjoon mencebik.

"Kalau aku nak mandi sekali dengan kau boleh?" Namjoon tersenyum nakal.

"Tak payah nak membyuntae pagi-pagi ni." Kata Eunjin sambil mencubit lengan Namjoon perlahan.

Namjoon tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Eunjin hanya tersenyum lantas pergi ke arah bilik air.

Skip
Dapur

"Sayang!" Jerit Namjoon selamba.

Hoseok, Taehyung, Jimin dan Seokjin tersedak nasi goreng kimchi buatan Sungjin apabila Namjoon menjerit sebegitu.

Dimanakah Sungjin?

Dia awal-awal pagi lagi dah keluar, katanya ada hal.

"Ish kau ni, buat malu jelah!" Jeling Eunjin sambil menahan malu.

Namjoon hanya mencebik.

"Alah, biarlah diorang tahu bahawa kita ni dah official!"

"Woo woo, apa ni? Sayang? Official?" Tanya Taehyung.

"Kami kekasih. Kenapa?" Jawab Namjoon selamba.

Eunjin yang berada di hadapan Seokjin itu hanya mampu menutup muka malu.

"Bila korang official ni?!" Teruja Jimin.

"Lepas korang semua dah tidur."

Hoseok tersedak buat kali kedua.

"Jadi korang buat bend-"

Tidak sempat Hoseok mahu meneruskan kata-katanya, Seokjin lantas menepuk belakang Hoseok perlahan.

"Otak tu jangan nak berwarna-warni pagi-pagi ni. Kang hilang selera aku nak makan." Kata Seokjin sambil memberi deathglare dekat Hoseok.

"Sorry." Tersengih Hoseok.

Skip

"Namu." Panggil Eun sewaktu dia melihat ke arah Namjoon yang sedang leka tengok tv.

"Ya, sayang." Balas Namjoon tanpa melihat ke arah Eunjin.

"Macam mana kau tahu aku ada insomnia mula-mula tu? Dan macam mana kau masuk bilik aku? Dah berapa banyak yeoja kau dah tidur bersama? Kau guna black magic ke sampai aku boleh tidur bila dengan kau?"

Sleep Medicine | KNJ [✓]Where stories live. Discover now