14 - END

248 46 68
                                    

Eunjin tergamam dan seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Aku langsung tak ingat yang harini birthday aku." Eunjin menepuk dahi sambil tergelak kecil.

"Sebelum tiup, make a wish!" Kata Hoseok dengan penuh ceria.

Seusai membuat hajat, Eunjin lantas meniup lilin di kek itu.

"Wahh, adik oppa dah besar!" Kata Sungjin sambil menggosok kepala Eunjin.

"Apa yang kau hajatkan, Eun?" Tanya Juwon berminat.

Eunjin membisik ke arah Juwon dan Baeki.

'Aku berharap yang aku dapat lihat wajah Namu harini!'

Juwon dan Baeki hanya tersenyum.

"Alahh, kitorang pun nak tahu juga!" Kata Jungkook sambil menghentakkan kakinya.

"Mengada!" Kata Juwon, Baeki dan Eunjin serentak.

Yang lain hanya ketawa melihat telatah mereka.

Sewaktu mereka membuat hal masing-masing, Suga datang ke arah Eunjin dan menariknya ke dapur.

Namjoon sahaja perasan hal itu tetapi hanya mengendahkan.

"Eun, kau suka Namjoon eh?" Tanya Suga.

"Apa kau merepek ni?"

"Cara kau bila rapat dengan dia lain."

"Aku dah kata aku suka dekat Namu kan?"

Ya, Eunjin memberitahu hal itu kepada Suga.

"Kau pun tak tahu identiti si Namu tu. Entah-entah Namjoon." Teka Suga.

Eunjin terdiam.

"Uhm, Eun. Aku minat dekat sorang yeoja ni lah. Dia.... Comel." Kata Suga sambil menggosok lehernya tanda malu.

"Nugu?!" Teruja Eunjin.

"Nama dia Baela. Sekelas dengan kita dulu. Ala budak pendiam dalam kelas tu."

"Ehwah, dalam banyak-banyak orang dia juga kau berkenan." Eunjin tergelak kecil.

Suga mencebik.

"Pergilah confess dekat dia seperti mana kau confess dekat aku dulu."

"Aku...takut." kata Suga perlahan sambil menundukkan kepalanya.

"Jangan risaulah. Aku rasa dia pun syok dekat kau. Aku pernah nampak dia tenung kau waktu kau main bola keranjang waktu sekolah dulu."

"Seriously?"

Eunjin tersenyum. Sebenarnya dia tahu Baela juga menyukai lelaki dihadapannya itu.

"Pergilah confess. Kau ada number dia tak?"

"Ada.. tapi tak pernah contact sebab aku malu."

"Tch, kau chat je dia. Nanti kalau dia tanya mana dapat number, kau kata aku bagi." Kata Eunjin sambil mengenyitkan matanya.

Skip

Selepas mengemas, Eunjin melihat semua kawan-kawannya sudah pun tertidur. Penat mungkin?

Jadi, Eunjin pun naik ke bilik.

Dia terus ke balkoni biliknya kerana tidak terasa mahu tidur lagi.

"Hey birthday girl." Katanya dari belakang sambil memeluk Eunjin erat.

"Kenapa tak tidur lagi hm? Tunggu aku ke?" Tanyanya.

"Tak boleh nak tidur lagi. Tak adalah tak tunggu kau pun, aku cuma nak ambil angin kejap dekat luar ni." Balas Eunjin.

Sleep Medicine | KNJ [✓]Where stories live. Discover now