Bab 9

11.1K 521 10
                                    

Hari minggu

"Assalamualaikum.. Nek Mah?"

"Waalaikumsalam, Raissa.. Masuk2"

"Eh mama Sue.. Dah balik dari Penang?"

"Dah.. Baru sampai semalam.. Jom makan sekali, kami semua baru nak lunch.."

"Ok mama sue"

Mama Sue merupakan ibu kepada Faeeq sangatlah peramah & disenangi ramai. Dia juga melayan Raissa seperti anaknya sendiri sepanjang Raissa menjenguk & menjaga Nek Mah. Maklumlah, anak perempuan mama Sue sedang menyambung pelajaran di Auckland.

"Raissa, mari makan"

"Dah alang2 semua ade dekat sini, nenek nak bincang sesuatu"

"Ada ape nek?"

"Nenek nak Iyyan kahwin dengan Raissa"

"Nek"

"Nek Mah"

Mama Sue & uncle Zul yang telah mengetahui tentang hasrat Nek Mah untuk kahwinkan Faeeq & Raissa hanya mendiamkan diri. Mereka sebenarnya setuju dengan pilihan Nek Mah kerana Raissa sudah dianggap seperti sebahagian daripada keluarga. Cara layanan Raissa pada Nek Mah membuatkan mereka bersetuju dengan cadangan Nek Mah.

"Nenek cakap ape ni.. Kenapa tiba2 je nek?"

Faeeq menyoal. Raissa hanya membatu. Tidak tahu hendak memberi respon apa.

"Mama & ayah setuju dengan keputusan nenek kamu"

Mama sue mencelah.

"Betul tu. Sampai bila kamu nak memberontak macam ni? Adreena tu sikit pun tak kisah pasal putus tunang"

Kini giliran uncle Zul.

"Memberontak ape ni ayah.. Iyyan elok je.."

"Kalau dah kerja sampai tak reti nak balik rumah, langsung tak jaga kesihatan, makan pakai semua tak terjaga, tak memberontak lagi macam tu?"

"Iyyan...  Mama rasa ini yang terbaik buat Iyyan.."

Suasana kembali sepi.. Semua orang menanti jawapan Faeeq.

"Iyyan akan setuju kalau Raissa setuju"

Faeeq bingkas bangun daripada meja makan.

"Iyyan keluar dulu"

Faeeq terus menghidupkan enjin kereta Volkswagen Passat nya & memecut keluar dari perkarangan rumah.

"Raissa setuju?"

Soal Nek Mah perlahan.

"Raissa minta maaf. Tapi Raissa perlukan masa untuk fikir dulu, Nek Mah, mama Sue & uncle."

*****

"Aku terima nikahnya Raissa Zulfa Binti Razif............."

Raissa sah bergelar isteri kepada Faeeq Zayyan. Akad nikah diadakan bersama keluarga terdekat sahaja.

"Raissa, terima kasih sebab sudi jadi cucu menantu Nek Mah.."

"Sama-sama Nek Mah.. Raissa sayang sangat dekat Nek Mah.. Terima kasih sebab sudi izinkan Raissa menumpang kasih dalam keluarga ni.."

Air mata Raissa terus mengalir laju di pipi. Nek Mah mengeratkan pelukan.

"Kenapa isteri Iyyan nangis ni nek?"

Soal Faeeq sebaik sahaja masuk ke bilik Nek Mah.

"Isteri kamu nangis sebab kamu sibuk sangat dekat bawah tu.. Lupa ke dah ada isteri?"

"Ada-ada je Nek Mah ni.."

"Alololo sayang ni.. Abang berbual kejap je takkan dah rindu?"

Sengaja Faeeq mengusik Raissa. Raissa hanya menghadiahkan jelingan maut. Nak menjawab nanti apa pula kata Nek Mah.

"Sayang, ikut abang kejap"

"Ha ye lah, pergi lah Raissa cik abang dah panggil.. Nek Mah nak tidur dah.."

"Good night Nek Mah.. Raissa saaaaayang Nek Mah."

Kata Raissa sambil memeluk Nek Mah erat. Faeeq hanya tersenyum senang melihat keakraban mereka berdua.

Faeeq menarik tangan Raissa menuju birai katil.

"Let's learn to love each other, can we? Walaupun kita kahwin bukan atas dasar cinta, tanggungjawab seorang suami & isteri adalah berkasih sayang kan?.."

Raissa hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan Faeeq.

"Awak nak duduk sini atau balik kondo awak?"

"Kalau kita balik kondo boleh?.. Bukan saya tak nak jaga mama, ayah dengan nek Mah-

" I understand.. Lagi pun kita masih dalam proses kenal each other, so kita perlukan masa & privasi.. "

" Thank you sebab faham.. "

" Takkan thank you je? "

" Habis tu? "

Faeeq membiarkan soalan itu tidak terjawab lalu terus menghadiahkan ciuman di dahi Raissa.

" Good night. Jangan lupa tutup lampu"

Faeeq terus baring di katil. Raissa masih termangu sendirian di birai katil.

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now