"Kenapa tengok saya macam tu?"
Faeeq yang sedang bersiap untuk ke pejabat ditenung lama oleh Raissa yang bersandar di pintu. Senyuman di bibir Raissa juga tidak lekang sedari tadi.
"Saje tengok suami sendiri pakai uniform.."
"Eeeciyeeee.. Tengok sebab handsome kan??"
Faeeq mendekati & memeluk pinggang Raissa dari tepi.
Raissa membalas pelukan tersebut sambil melebarkan senyuman.
"Ha ah.. Faeeq Zayyan saya memang handsome.."
Ucap Raissa sambil melangut memandang Faeeq yang tinggi nya 180 cm itu. Faeeq pula terpaksa menundukkan kepala memandang Raissa yang hanya 155 cm.
Hidung Raissa dicubit Faeeq.
"Ni puji pagi2 ni nak bodek ke?.. Rasanya baru je balik dari Singapore.. Takkan nak ajak honeymoon lagi kot?.."
Satu cubitan singgah di pinggang Faeeq.
"Eeeeeee geramnyaaaaa! Orang puji ikhlas tau.. Dah laaaaa saya merajuk"
Raissa melepaskan pelukan di pinggangnya namun sempat dihalang oleh Faeeq. Faeeq membawa Raissa ke dalam pelukan yang erat.
"Hey.. Sensitif sangat ni kenapa sayang... Saya gurau je lahhhh..."
"Saje nak bermanja... Hehehehe"
Ya Allah Raissa.. Mood bertukar dalam masa 5 saat!
Faeeq hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Dah lah.. Lewat pula pergi kerja nanti.."
"Saya hantar pergi kerja ok?"
"Ok cinta"
Tiba di Arkib Negara Malaysia, Faeeq menghulurkan tangan untuk disalami oleh Raissa. Raissa menyambut huluran itu bersama senyuman. Usai bersalaman, Faeeq masih tidak melepaskan tangan Raissa. Redup pandangan yang dilemparkan oleh Faeeq.
"What's wrong darling?.."
Tanya Raissa pelik selepas Faeeq memberikan pandangan begitu.
Faeeq mengeluh perlahan.
"Can you not go to work?"
"Why sayang, what's wrong?.. Kenapa awak tak nak saya pergi kerja?"
Soal Raissa lembut.
"Saya takut.. If anything happens to you.."
Tangan Raissa mengusap lembut pipi kiri Faeeq.
"Iyyan sayang.. Kat sini kan ramai staff.. Lagi pun mana boleh orang yang tak ada kebenaran masuk ke arkib.. Kalau masuk pun ada staff yang akan assist..
Don't worry too much darling.. Tak logik laaaa dia nak masuk arkib.. Tak ada tujuan & keperluan pun.. "
Ujar Raissa & kemudian mencubit pipi Faeeq. Faeeq hanya mendiamkan diri sambil menganggukkan kepala. Tangan Raissa digenggam erat.
"Fine.. You can go to work.. Careful ok? Apa2 terus call saya.."
"Baik tuan!"
Balas Raissa sambil tabik hormat pada Faeeq.
"Eeeeeee nakalnya isteri saya ni!!"
Raissa sempat menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Faeeq sebelum berlari keluar dari kereta. Faeeq hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah comel Raissa.
"Nanti lunch saya ambil.. Bye sayang"
Raissa mengangguk & terus hilang di sebalik pintu masuk arkib. Faeeq meneruskan perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman.
*****
"Hello sayang.."
"Waalaikumsalam encik suami.."
Perli Raissa.
"Hehehe. Assalamualaikum cinta hati saya"
"Waalaikumsalam encik suami.. Kenapa call ni?.. Lunch hour lambat lagi..."
"Sorry, saya tak boleh lunch dengan awak harini.. Tak sempat sebab ada meeting.."
"Alright no problem.. Nanti saya lunch dengan Syaf.."
"Sayang tak merajuk?.."
"Tak lah.. Saya ok je lah.. Lagi pun harini kan first day awak, mesti banyak kerja tertangguh kan?.."
"Thank you sayang.. Nanti dinner sekali eh.. I'll bring you somewhere.."
"Yeayyyyy... Okay cinta!"
"Bye sayang, see you"
Raissa meneruskan kerja seperti biasa.
*****
7.30pm
Raissa masih setia menunggu kepulangan Faeeq untuk makan malam bersama. Faeeq masih belum pulang. Raissa juga terpaksa menumpang Syaf untuk pulang dari tempat kerja kerana Faeeq terlalu sibuk untuk menjemput Raissa pulang.
Raissa menghabiskan masa menonton Running Man.
Perut Raissa sudah meragam meminta untuk diisi. Raissa menilik jam di dinding, jam sudah menunjukkan angka 9 malam. Bayangan Faeeq masih tidak kelihatan. Jari Raissa juga sudah penat men dial nombor Faeeq. Raissa mengeluh perlahan.
Dia terus menutup televisyen & masuk ke bilik tidur.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...