"I'm sorry for crying over other people when I already have you.."
Faeeq memegang tangan Raissa yang masih berada di pipinya.
"I know it's hard to accept when we lose the person who means the world to us.. Saya tahu saya bukan isteri pilihan awak.. Kalau nak dibandingkan antara saya & Adreena, macam langit dengan bumi awak..."
Kata-kata Raissa sungguh mendalam. Raissa sedar akan kedudukan dia di dalam hati Faeeq Zayyan. Bila-bila masa sahaja dia boleh kehilangan suaminya kerana hidup & mati seseorang sudah ditulis oleh pencipta.
" Raissa.. Saya minta maaf.. "
Itu sahaja yang Faeeq mampu ungkapkan buat masa sekarang. Dia masih tidak pasti akan perasaannya terhadap Raissa. Cinta atau simpati?
Raissa hanya berkurung di dalam bilik tetamu semenjak pagi pada keesokannya. Dia cuma bersiap ala kadar pada petang itu untuk menghantar Faeeq ke airport. Faeeq juga hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.
Tiba di airport, Faeeq menghulurkan tangan untuk disalami oleh Raissa. Raissa menyambut huluran itu & mengucup perlahan tangan Faeeq. Faeeq membawa Raissa ke dalam pelukan.
"Take care Raissa.. Jaga diri awak baik-baik.. Ambil lah banyak masa pun yang awak nak untuk tenangkan fikiran.."
Raissa hanya diam, tidak juga membalas pelukan Faeeq. Faeeq mengelap air matanya yang baru sahaja hendak mengalir & melepaskan pelukan. Dia menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Raissa, lama, sebelum masuk ke balai perlepasan.
Faeeq menoleh ke arah Raissa buat kali terakhir, tiada lambaian mahupun segaris senyuman daripada Raissa. Faeeq pulang ke KL dengan penuh rasa pilu mengenangkan Raissa.
*****
📌3 missed calls
📌4 WhatsAppRaissa yang baru sahaja membelek iPhone X miliknya sudah dapat mengagak siapa yang menelefonnya.
Iyyan❤️
➡️Assalamualaikum.. Sayang dah habis kursus untuk harini?.. Have a good rest okay..
➡️Saya nak inform yang saya kena pergi Perlis.. 2 weeks or maybe more than that.. Sorry I can't fetch you in Perak next week..
➡️Saya tak boleh call awak macam selalu sampai tugas saya selesai.. But I'll try okay?..
➡️Take care sayang, saya doakan supaya awak sentiasa dalam lindungan Allah. ❤️😭Raissa mengeluh perlahan. Dia hanya memandang sepi WhatsApp yang diterima. Sepanjang dia berada di Perak, tak pernah 1 WhatsApp pun yang dibalasnya. Panggilan telefon pula hanya dijawab beberapa kali sahaja kerana staff lain ada yang menegurnya. Tawar hati sampai macam tu sekali ke Raissa? Ke merajuk?
*****
3 minggu kemudian.
Tiada satu panggilan telefon yang diterima oleh Raissa. Apatah lagi WhatsApp. Dia menjalankan kehidupan seperti biasa tanpa Faeeq.
Hari bekerja dia akan ke pejabat seperti biasa, hari minggu dia akan melawat Nek Mah dan keluarga mentuanya. Mereka juga tidak pernah bertanya ke mana Faeeq pergi. Itu yang menambahkan tanda soal di fikiran Raissa.
Deringan telefonnya menghentikan lamunan Raissa.
Iyyan❤️
"Hello, assalamualaikum.."
Raissa memberikan salam.
"Waalaikumsalam. Ini isteri Tuan Faeeq Zayyan ke?"
"Ya saya.. Kenapa ya?"
"Saya harap puan bersabar.. Tuan Faeeq cedera parah dan dia masih tidak sedarkan diri.."
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...