Bab 12

10.9K 521 3
                                    

"Esok kerja kan?.. Mana baju awak saya nak gosok.."

"Er.."

Faeeq mula menggaru kepala yang tak gatal.

"Tak pe sayang.. Saya dah iron siap2 haritu.."

"Oh ok.."

Raissa hanya mengiyakan jawapan Faeeq. Dia kerja ape eh? Takut pula nak tanya... Nak tanya ke tak eh? Hmm.

"Termenung ape tu?"

"Tak de ape lah..."

"Esok pergi kerja saya hantar ye.."

"Ok.."

Chup! Pipi kanan Raissa dicium.

"Awak!!"

Raissa menampar bahu Faeeq.

*****

"Thank you hantar saya.."

Ucap Raissa seraya mencium tangan Faeeq sebelum turun dari kereta.

"Balik nanti saya ambil.."

Raissa yang baru sahaja ingin melangkah keluar dihalang oleh Faeeq dengan menarik lengan Raissa. Raissa mengerutkan dahi.

"Kenapa?"

"Saya lupa tinggalkan tanda kasih sayang saya pada awak"

Faeeq terus mencium dahi Raissa. Raissa terus meluru keluar dari kereta.

"Comel betul awak ni Raissa.."

Faeeq terus menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

*****

"How's your day sayang?"

"Letih laaaa.. Banyak sangat kerja.."

"Olololo shayang.. Jom makan.. Ada teringin nak makan ape2 ke?.."

"Awak nak makan ape?"

"Saya senang je.. Makan sayang boleh?"

Seloroh Faeeq. Satu tamparan dihadiahkan di bahu Faeeq. Faeeq tersengih lalu memulakan perjalanan menuju ke Secret Recipe. Mereka hanya berbual kosong sambil menikmati hidangan. Tiba-tiba muncul satu figura lelaki menegur Raissa di meja makan. Faeeq hanya diam memerhati.

"Eh.. Raissa?"

Kenapa. Kenapa sekarang?

"Lah.. Afif rupanya.. Lama tak jumpe..."

Raissa kekok membalas teguran Afif. Cinta pertama Raissa di zaman universiti.

"Ehem"

Faeeq berdehem.

"Oh ni kenalkan, Faeeq, suami saya.. Abang.. Ni Afif, kawan universiti sayang dulu.."

Afif menyambut huluran tangan Faeeq. Faeeq menyimpan senyum kerana Raissa sengaja menggunakan gelaran romantik di hadapan Afif. Ada ape2 ke diorang dulu?

"Ha tak pe lah Raissa.. I pergi dulu.. You tak tukar number kan? Nanti I WhatsApp.. Chaw bro.."

Ha sudah.. Sampai nak WhatsApp ni dah kenapa. Raissa mengalihkan pandangan pada Faeeq. Faeeq memandang Raissa tanpa segaris senyuman di bibir. Faeeq lantas bangun menuju ke kaunter.

" Dah jom balik "

Faeeq mengajak Raissa pulang dengan nada yang serius. Raissa pula hanya membisu sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Takut untuk bertentang mata dengan Faeeq. Faeeq yang kebiasaannya banyak berceloteh & mengusik Raissa hanya diam seribu bahasa selepas berjumpa dengan Afif tadi.

Usai solat isyak Faeeq terus memanjat katil. Selalunya mereka berdua akan meluangkan masa bersama di hadapan televisyen sebelum tidur. Raissa mengeluh perlahan. Dia merapatkan diri dengan Faeeq lalu merangkul lengan Faeeq.

"Awak marah saye ke?.."

Diam.

Raissa sudah mula melentokkan kepala di lengan Faeeq sambil bermain jari jemari Faeeq.

"Sorry awak.."

"Hm.."

"Dia tegur tadi sebagai seorang kawan je.."

"Habis tu sebelum ni dia apa? Boyfriend? Siap nak WhatsApp bagai."

Aduh Raissa. Kan dah kantoi. Raissa mengetap bibir.

"Tapi tu dulu.. Dah lama la awak.. Saya pun dah tak pernah contact dia.. Please awak.. I'm sorry ok?"

Pujuk Raissa lembut.

"Hm"

"Iyyan... Sorry laaaa.. Sekarang kan awak dah jadi suami saya.."

"Hm"

Faeeq masih memberikan respon yang sama. Raissa mengeluh perlahan.

Chup!

Raissa mencium pipi kiri Faeeq.

"Merajuk lagi tak?"

"Ha ah"

Chup!

Raissa mencium pipi kanan Faeeq pula.

"Sekarang?"

"Sangat"

"Iyishhhh.. Gatal kan!!"

Kata Raissa sambil mencubit-cubit lengan Faeeq. Faeeq tergelak sambil menjauhkan diri daripada dicubit.

"Aduh aduh sakit la sayang.. Ni tangan ketam ke hahahahaha"

Usik Faeeq. Raissa yang mendengar usikan itu terus menampar-nampar lengan Faeeq pula. Faeeq terus merangkul Raissa ke dalam pelukan. Kini jarak antara wajah mereka hanya seinci! Faeeq & Raissa dapat merasa deruan nafas masing-masing.

"I'm jealous..."

"Sorry.. Saya takkan contact dia tanpa pengetahuan awak.."

"Janji?"

"Saya janji.."

"Tapi kan.. Best juga kalau awak bahasakan abang-sayang macam depan Afif tadi.."

Pipi Raissa bertukar merah. Dia terus meleraikan pelukan Faeeq & berselubung di dalam selimut. Tawa Faeeq meletus melihat gelagat Raissa.. Comel!!

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now