Bab 29

9.2K 413 10
                                    

Siang berganti malam, malam berganti siang.. Tiada sebarang sahutan yang di sambut oleh sekujur tubuh yang terbaring di katil itu. Tiada lagi ukiran senyuman meniti bibir pemilik figura itu.

Segalanya kaku.
Membenih rindu yang kian menggebu.

Faeeq hanya mampu berdoa & berserah pada Tuhan. Dia sudah cukup kecewa kehilangan orang yang disayangi, ditambah pula dia terpaksa menanggung penantian yang tidak pasti.

"Kalau Puan Raissa masih tak sedarkan diri, pihak kami terpaksa gugurkan kandungan dia"

Tiada kata yang mampu diungkapkan oleh Faeeq setelah mendengar penerangan doktor yang merawat Raissa itu.

"Cukup kuatkah aku untuk kehilangan seorang lagi jasad, ya Allah"

Ujar Faeeq yang masih berteleku di tikar sejadah bersebelahan katil Raissa. Faeeq menangis teresak-esak.

Teeetttt Teeetttt

Bunyi mesin bacaan nadi yang tiba-tiba bising itu menghentikan lamunan Faeeq. Faeeq bingkas bangun mendapatkan Raissa. Punat kecemasan ditekan untuk memanggil doktor dan jururawat di situ.

"Sayang

Sayang...."

Ujar Faeeq cemas. Faeeq masih lagi berharap Raissa akan bangun. Tetapi keadaan seolah-olah tidak mengizinkan harapan itu bertukar menjadi sebuah keajaiban.

"Encik sila tunggu di luar ya"

Jururawat tersebut meminta agar Faeeq memberi ruang untuk mereka menyelamatkan Raissa. Faeeq hanya akur.

Dia bermundar-mandir di luar bilik Raissa sambil beristighfar sendirian. Dia sempat memaklumkan pada kedua ibu bapanya tentang keadaan Raissa yang kritikal itu.

"Encik Faeeq Zayyan"

Panggil doktor yang baru sahaja keluar daripada bilik Raissa.

"Alhamdulillah, isteri encik dah sedar.."

Ujar Dr. Danial bersama segaris senyuman. Laju air mata Faeeq turun membasahi pipi.

"Tapi...."

Senyuman Dr. Danial mati sebelum dia meneruskan bicara.

"Tapi apa doktor?"

Faeeq juga sudah mula cuak. Tangan kanan Dr. Danial menepuk bahu Faeeq perlahan.

"Bayi encik tidak dapat diselamatkan.. Kandungan Puan Raissa sangat lemah.. Saya harap Encik Faeeq dapat bersabar.."

"Terima kasih doktor.."

Faeeq sudah melorot di dinding. Perasaannya bercampur baur..

*****

Setelah 4 jam Raissa berada di dalam labour room untuk pembedahan, kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Faeeq masih setia menemani Raissa setelah selesai menguruskan jenazah anaknya.

Tiba-tiba

Genggaman tangan Faeeq seolah-olah mendapat tangkap sedikit pergerakan. Faeeq terus mengusap ubun-ubun Raissa.

Lama kelamaan, mata Raissa terbuka dengan perlahan.

"Sayang...."

Faeeq menitiskan air mata melihat Raissa sudah sedarkan diri.

"Alhamdulillah ya Allah.. Syukur ya Allah.."

Sambung Faeeq lagi. Dia mencium dahi Raissa, lama. Pergerakan Raissa sedikit terbatas & dia hanya mampu mengukirkan senyuman pada Faeeq. Faeeq mengeratkan genggaman.

"Senyuman yang sangat saya rindukan..

I miss you so much Raissa Zulfa.."

Tangan Raissa naik untuk mengusap pipi Faeeq namun tidak berjaya kerana pergerakannya mengundang rasa sakit di seluruh tubuhnya.

"Sakit..."

Raissa mengadu kesakitan.

"Sayang rehat dulu.. Jangan banyak bergerak yaaa.. Saya tak pergi mana-mana pun.. Saya di sini teman sayang yaaa..."

Faeeq memujuk Raissa. Raissa terlena dibuai mimpi setelah Faeeq mengusap lembut pipinya.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Faeeq.

Macam mana nak beritahu Raissa semua tu?.. Bolehkah dia terima dalam keadaan dia baru saja sedarkan diri?.. What word should I use to make it less hurt? Ya Allah, bantulah hamba mu ini ya Allah.. Aku buntu ya Allah..

Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran Faeeq buat masa sekarang untuk berterus terang dengan Raissa perkara yang sebenar. Dia juga masih tidak kuat untuk menerima reaksi Raissa sekiranya dia tahu mereka kehilangan dua nyawa dalam sekelip mata.

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now