Bab 30

9.5K 434 5
                                    

Faeeq yang sedang memotong buah di meja itu ditenung oleh Raissa. Faeeq yang perasan akan tindakan Raissa itu merenung kembali wajah mulus Raissa.

"Handsome sangat ke saya sampai tenung macam tu?"

Usik Faeeq. Sudah lama rasanya dia tidak bergurau dengan isteri tercinta.

Muka Raissa mula kemerahan menahan malu kerana kantoi merenung Faeeq.

"Why sayang? Do you want anything?"

Raissa menggeleng kepalanya perlahan. Masih tidak bersuara, hanya lenggok tubuhnya sebagai tanda jawapan.

"Anything wrong sayang?"

Tanya Faeeq lagi. Faeeq juga perasan akan riak wajah Raissa yang berubah menjadi agak suram.

"Kenapa awak dah tak cakap dengan baby?"

Soal Raissa sambil mengusap perutnya. Yang sudah pun kosong. Tanpa pengetahuan Raissa.

Faeeq terkedu. Sudah menjadi rutin Faeeq untuk mengusap perut Raissa dan bercakap dengan bayi dalam kandungan Raissa setiap hari.

Faeeq menarik nafas dalam. Dia mengambil tempat di sebelah Raissa atas katil hospital. Dia menggenggam erat tangan Raissa sebelum memulakan bicara.

"I'm sorry.."

"Kenapa?"

Mata Faeeq sudah mula bergenang. Raissa hanya memerhati, menanti jawapan yang tidak pasti.

"Our baby.....

Is in heaven right now.."

"Jangan main-main laaaa Iyyan.. Anak kita sihat je kan sebelum ni"

Raissa menjawab sambil mengusap perutnya. Dia juga merasakan perubahan pada perutnya dan dia perasan akan jahitan di bawah perutnya yang masih terasa ngilu.

"Mana anak kita?"

Soal Raissa lagi, sambil menggongcang lengan Faeeq kerana Faeeq masih mendiamkan diri.

"I'm sorry sayang, I'm not a good father nor a good husband. Saya tak mampu selamatkan anak kita.."

"Iyyan..."

Raissa menangis teresak-esak. Faeeq membawa Raissa ke dalam pelukan.

"I'm sorry.. We lost our baby"

Sambung Faeeq lagi. Dia juga sudah menitiskan air mata. Raissa menangis teresak-esak sambil menampar tubuh sasa Faeeq. Faeeq merelakan saja diperlakukan begitu kerana dia tahu Raissa pasti kecewa.

"I want our baby"

Teriak Raissa lagi.

*****

"Macam mana dengan isteri saya doktor?"

Soal Faeeq pada Dr. Danial. Faeeq terpaksa memanggil doktor kerana keadaan Raissa yang semakin membimbangkan selepas dia mengetahui perkara sebenar.

"She's fine now. Dia perlukan banyak rehat, she's really weak and she needs your support. Comfort her ok, Mr. Faeeq?"

Faeeq menganggukkan kepala.

"Thanks doc"

"Alright, saya pergi dulu"

Faeeq berteleku sendirian di ruang rehat hospital yang tidak jauh dari bilik Raissa dirawat. Keserabutan dia masih tiada penghujungnya. Rasa kehilangan itu masih bersisa di hati Faeeq namun dia perlu kuat demi Raissa. Kalau dia sendiri tidak kuat, bagaimana pula dengan Raissa.

"Tuan"

Faeeq mengalihkan pandangan. Hazran bersama rakan sekerja yang lain datang melawat di hospital. Faeeq menguntum segaris senyuman melihat rakan sekerjanya yang hadir tanda sokongan dan keprihatinan terhadap dia dan isteri.

"Macam mana keadaan isteri tuan?"

Soal Firdaus.

"Dia dah tahu anak dalam kandungan tak dapat diselamatkan.. She's really angry with me.."

"Tuan dah buat yang terbaik untuk keluarga tuan.. Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ni.."

"Tuan banyakkan bersabar yaaa.. Tuan kena kuat, sebagai sumber kekuatan untuk isteri.."

"Betul tu tuan.. Semua orang doakan yang terbaik untuk keluarga tuan..."

Semua yang berada di situ memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Faeeq.

Faeeq tersenyum sambil menitiskan air mata. Rasanya ini kali pertama staff melihat boss mereka mengalirkan air mata.

Sepanjang berkhidmat sebagai anggota polis, Faeeq tidak pernah menunjukkan sisi tersebut pada orang lain. Mungkin sahaja hadnya sudah mencapai tahap maksima, bermaksud Raissa sangat bermakna dalam hidup Faeeq dan dia tidak sanggup kehilangan Raissa.

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now