OO2 : revenge

1.1K 199 37
                                    

Author's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author's

Jaerin berlari dengan pantas menuju ke tandas bagi melarikan dirinya daripada seseorang. Pintu dikunci secara terburu - buru dan sempat diperiksa bagi memastikan ia benar - benar telah dikunci sebelum dia menarik nafas lega.

Mutiara jernih yang ditahan mula turun perlahan di pipi gadis itu. Suaranya cuba dikawal agar tidak dapat didengari. Penat, yup dia penat. Setelah peristiwa confession itu, Jaemin yang dikenalinya berubah 100%. Tiada lagi Jaemin yang lemah lembut, kini si dia lah yang membuli gadis itu.

" Mana dia ni? Sana kot, jom! "

Jaerin cuba menenangkan dirinya, nafasnya cuba dikawal. Setelah betul - betul selamat, dia cuba menyelinap keluar daripada situ dan segera memasuki kelasnya.

━━━━━━━━

" Puas hati aku. " kata Jaemin sebelum tersenyum senang. Inilah balasannya jika orang tidak mendengar cakapnya atau cuba melawannya. Dasar pembuli.

" Hey bro, kau tak rasa kesian ke? She's just a cute girl that doesn't want to date a boy. " Mark cuba berbahas dengan si Jaemin yang sememangnya dikenali sebagai manusia yang keras kepala. Semua perlu mendengar cakap dia kalau tidak, adalah balasannya.

" Betul tu, jangan sampai dia benci kau sebenci - bencinya. Tengok muka kau pun tak nak nanti. " kata Jeno, kawan rapatnya.

" I don't care. " Jaemin berlalu pergi bagi melihat jaerin yang sedang mengutip sampah di padang sekolahnya. Itu sebenarnya adalah denda yang diberi oleh cikgu untuk Jaemin kerana dia tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi cikgunya semalam.

" Hello Jaerinku. " sapa Jaemin dengan suaranya yang sedikit nakal. Jaerin hanya fokus mengutip semua sampah tanpa melayan si lelaki miang dihadapannya sekarang. Sejujurnya, dia agak sedih dengan perubahan Jaemin yang drastik itu tapi perasaan itu telah terbang jauh. Apa yang dia rasa sekarang adalah BENCI.

" Hello girl, I talking to you right now. " tangannya dilambai - lambai dihadapan muka gadis itu namun gadis itu masih mengabaikannya. Eh eh dia ni, memang nak kena betul.

Rambut Jaerin ditarik kuat hingga membuatkan badan gadis itu terdorong ke hadapan. Sakitnya cuba ditahan, dia cuba melepaskan tangan Jaemin yang masih menarik kuat rambutnya.

" Jaemin, lepaskan rambut saya. "

" Baru sekarang kau nak layan aku, kau ni memang tak puas lagi ke kena buli ha! Meh aku tarik kuat lagi. " dia menarik rambut gadis itu dengan tarikan yang lebih kuat. Jaerin cuba mengalah.

" Jaemin, please. "

Jaemin melepaskan rambut gadis yang masih menundukkan kepalanya itu. Dia menongkat dagu si gadis itu dengan kasar dan terserlah sisa - sisa tangisan di muka mulus Jaerin.

" Nangis, aww kesiannya. Sakitkan? Itulah balasannya. Sakit lagi hati aku kau tau tak?! Dah sambung kerja kau. " Jaerin dilepaskan.

Jaerin segera menyambung tugasnya yang tergendala akibat Jaemin tadi.

" One more thing before I leave- " Jaemin meludahkan gula - gula getah yang dikunyah daripada tadi ke kasut Jaerin.

" Throw it away, thank you. " Jaemin meninggalkan Jaerin seorang diri di padang tanpa rasa serba salah. Jaerin mengeluarkan sehelai tisu lalu dia mencabut gula - gula getah milik Jaemin yang telah melekat dikasutnya itu dengan sabar.

Tugasnya disambung dengan segera sebelum memasuki kelas untuk sambung menyelesaikan tanggungjawab utamanya di sekolah iaitu belajar.

Penat? Mestilah penat, nak belajar pun hati tidak tenang. Apa yang boleh dia buat hanyalah sabar.

━━━━━━━━

mr bully | 𝗻.𝗷𝗮𝗲𝗺𝗶𝗻Where stories live. Discover now