O14 : complain

671 149 0
                                    

Jaemin's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaemin's

Kini aku berada di hadapan rumah mewahku, suis lonceng rumah ditekan beberapa kali sebelum pagar yang tingginya lebih tinggi daripada Jaerin terbuka secara automatik. Salah seorang pembantu rumahku datang menghampiriku.

" Ya, cari siapa? "

" Na Jaemin, dia yang minta saya datang ke sini. " tipu aku, ala lantaklah. Ni rumah aku.

" Baik, mari ikut saya. " kata dia sebelum muka melangkah masuk ke rumah agam itu. Aku turut mengikutnya sehinggalah aku sampai di hadapan pintu library room rumah itu. Aku jarang ke sana ketika aku masih berada di dalam badanku sendiri. Aku sibuk berkurung dibilik atau keluar untuk berseronok di luar.

" Nanti saya panggilkan Encik Jaemin. Sebentar ye. " aku mengangguk perlahan sambil tersenyum.  Dia turut tersenyum dan menuju ke bilik Jaemin. Aku yang masih berada di situ membuka telefon pintar Jaerin dan membuka ruangan mesej.

Sunoo

- Maaf
- Tapi please
- Jauhi dia

Ketukan pintu kedengaran, Jaerin mendekati aku yang sedang duduk sambil membaca mesej Sunoo itu. Patut ke aku bagitahu dia?

" Kenapa kau tak datang sekolah tadi? " tanya aku sambil menyimpan semula telefon tersebut ke dalam poket seluar. Aku mengambil keputusan untuk beritahu sahajalah Jaerin, dia berhak tahu.

" Saya demam sikit hehehe. Ni kenapa awak datang ni? " kata jaerin sambil ketawa kecil.

" Suka hati aku lah, rumah aku. Dah makan ubat belum? "

" Dah. "

" Ni aku nak bagitahu kau sesuatu ni. Duduklah dulu. " dia mengambil tempat di hadapanku. Mata fokus tertumpu kepada aku sekarang.

" Tadi, Sunoo confess. "

" Awak terima? "

" Eh memang tak lah. Kenapa? Kau nak aku terima ke? " dia macam risau je. Mestilah nanti dia marah, Sunoo layan dia dengan baik sedangkan aku ni?

" Baguslah. " dahi Jaerin mula berkerut. Kenapa pula? Aku tertanya - tanya sebabnya. Bukan Jaerin pun suka Sunoo ke?

" Aik? Kenapa? "

" Awak tahu kan, appa saya sakit dan saya pasti hubungan yang terjalin itu akan jadi sia - sia sebab saya pasti akan fokuskan lebih pada appa dan pelajaran. Sebab itu jugalah saya tolak lamaran awak dulu. " kini baru aku faham. Jaerin menundukkan kepala aku. Semestinya dia rasa serba salah, bukan aku sahaja dia tolak ramai lagi sebenarnya.

" Tidak mengapala , aku dah move on. Sekarang ni masalah kita bila nak selesai, menyampah aku duduk lama - lama dalam badan kau ni. "

" Awak fikir saya suka? Saya ni dah lah tak pernah jauh dengan eomma dan appa. Mereka sihat tak? " tanya Jaerin, risau.

" Sihat. Okay lah. Malam ni kita pergi hospital tu balik. kKta kena cepat. "

Jaerin yang mendengar mengangguk laju. Tapi aku tak tahu kenapa, rasa berat nak keluar daripada badan Jaerin ni. Nanti mesti aku akan rindukan keluarga Jaerin.

" Macam mana tinggal sini? Best? " air muka aku yang dikawal Jaerin berubah. Nampaknya ada benda yang tak kena. Mesti mummy dan daddy gaduh lagi.

" Saya takut. Semalam mummy dan daddy awak gaduh. " Jaerin memeluk tubuh. Aku dah biasa dah benda tu, mungkin Jaerin tak biasakan. Keluarga hidup bahagia walaupun hidupnya hanya sederhana. Keluarga aku?

" Hiraukan mereka. Mereka tak kisah pun tentang perasaan aku selama ni. "

" Yang penting malam ni kita kena teruskan misi kita. "

━━━━━━━━

mr bully | 𝗻.𝗷𝗮𝗲𝗺𝗶𝗻Where stories live. Discover now