O15 : happy family

685 157 11
                                    

Author's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author's

Sekali lagi Jaerin dan Jaemin pergi ke kawasan tangga iaitu tempat kejadian pertukaran tubuh mereka di hospital tersebut. Dilihat buat kali terakhir kawasan sekeliling mereka, takut ada orang nampak. Jaerin kelihatan gementar, dia cuba berlagak tenang tapi Jaemin tahu dia takut.

" Ready? " tanya Jaemin dengan nada bisikan. Takut ada orang dengar.

" Kejap, kejap. Saya takut. "

Jaemin memegang tangan ' nya '. Jaerin agak sedikit terkejut dengan tindakan tetapi dia perlu selesaikan misi ni juga. Eomma, tunggu Jaerin.

" Kamu berdua lagi?! " guard yang sama menangkap perbuatan mereka. Kini mereka memang tak boleh lari lagi.

" Kamu berdua ni kenapa? Nak mati sama - sama ke? " tanya guard tersebut. Kami telah dilepaskan tetapi kami harus jawab semua soalan dia.

" Okay, saya akan cerita semuanya. Tapi saya tahu tiada siapa akan percaya- "

" Kamu berdua tertukar badan bukan? Kamu nak jatuhkan diri di situ kerana kamu berdua nak tubuh kamu balik? " kata guard tersebut sambil memberi sebotol air mineral buat Jaerin. Kami terkejut.

" Kejap, macam mana? "

" Pak cik tahu, pak cik nampak segalanya dan pak cik tahu cara macam mana nak pulihkan kamu berdua ni. " katanya dengan yakin. Sebuah buku lama dibuka, matanya ralit membaca perkataan - perkataan yang tertulis disitu. Jaerin dan Jaemin hanya diam membatu tetapi mereka sangat berharap pada pak cik itu.

" Baiklah, pak cik akan bagitahu kamu berdua esok. Esok, tepat pukul 12 malam kamu berdua mesti dah ada di sini. "

Kami berdua mengangguk laju. Jaerin kelihatan sungguh gembira dengan pernyataan itu manakala Jaemin sedikit sedih tetapi dia tetap cuba mengawal ekspresi muka. Keluarga Lee adalah keluarga yang sangat bahagia.

━━━━━━━━

Jaemin's

Aku telah sampai di hadapan rumah keluarga Lee. Kasut ditanggalkan lalu disusun di rak kasut dengan rapi. Ruang tamu ditujunya. Kelihatan keluarga Lee sedang berbual - bual sambil menonton television yang tidak semewah di rumah sebenarnya.

" Jaerin, kamu pergi mana nak? Eomma risau tau. " tubuh Jaerin dipeluk erat oleh Puan Lee manakala Tuan Lee hanya memandang kedua anak beranak itu. Dan pada ketika itu juga air mataku mula jatuh perlahan - lahan. Puan Lee yang dapat merasakan kesan basah di lehernya melihat keadaan anaknya dengan pantas. Air mata yang tersisa dipipi dikesat dengan lembut oleh Puan Lee.

" Kenapa ni Jaerin? Siapa buat kamu ni? Kamu okay? " pelbagai soalan dilemparkan kepada aku, Puan Lee kelihatan cemas manakala Tuan Lee tenang mengusap belakang tubuh Jaerin lembut manakala adik Jaerin memeluk tubuh Jaerin, walaupun dia sebenarnya tidak berapa sampai untuk memeluk Jaerin yang sedikit tinggi itu dia tetap berusaha menenangkan kakaknya.

" Noona, janganlah nangis. Nanti Jaejin bagi noona aiskrim. Senyumlah noona " pipi jaerin ditarik sedikit menggunakan jarinya untuk membentuk sebuah senyuman. Jaemin terketawa kecil. Keluarga Lee dipandang penuh makna.

" Jaerin rasa gembira sejak dua menjak ni. Appa, appa janganlah sakit ye. Eomma, jangan kerja terlalu kuat. Jaejin, jangan nakal - nakal tau. " pesan aku, hati aku terasa makin memberat untuk meninggalkan mereka. Aku akan rindukan korang.

" Eomma ingat ada orang buli kamu tadi. Anak manja eomma ni. Ye, eomma akan dengar kata kamu. " kata Puan Lee sambil memeluk lalu menepuk - nepuk belakang Jaerin. Bahagianya rasa. Tuan Lee turut tersenyum bersama Jaejin.

I love you.

━━━━━━━━

Jaerin's

Aku bermain - main dengan jariku. Nak pergi ke tak nak? Emm. Tanpa berfikir panjang aku melangkah ke arah kedua ibu bapa Jaemin yang sedang duduk di ruang tamu dengan penjarakan yang sangat jauh. Bergaduh lagi lah tu. Aku pergi ke Puan Na terlebih dahulu. Aku duduk bersila di hadapannya sambil tersenyum manis.

" Nana, duduklah di sofa. Nak apa ni? " Puan Na mengeluarkan dompetnya lalu beberapa keping wang disua pada aku. Aku menggeleng laju. Aku memegang kedua - dua tangannya sambil menatapnya lembut.

" Mummy, janganlah bergaduh dengan daddy. Cuba mummy bagi daddy peluang untuk terangkan segala - galanya. " pujuk aku, sebelum aku pergi aku nak mereka berbaik dahulu. Rasa tak tenang melihat sebuah keluarga yang hidup berpecah belah.

" Ha! Terangkanlah. "

" Awak nak dengar ke? Awak kan rasa awak sahaja betul. " aku bergerak ke arah Tuan Na pula. Dua - dua ego, macam mana ni?

" Daddy, apabila kita dah diberi peluang kita perlulah gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Terangkan, cakap perkara yang sebenar. " Tuan Na terdiam sebentar sebelum mula berbicara kembali.

" Ini semua salah faham. Perempuan yang awak nampak tu sebenarnya pembantu peribadi saya. Dia teman saya pergi event yang awak pergi sekali tu. "

" Kenapa awak kena bawa dia? "

" Habis? Awak tak nak ikut saya, dia wakilkan awak lah. "

" Salah mummy lah, kenapa mummy tak nak ikut. Apa lah mummy ni. " aku tergelak kecil diikuti oleh Tuan Na yang tergelak lebih kuat daripada aku. Puan Na mula menyembunyikan mukanya, malulah tu.

" Ye lah, ye lah. Sorry. "

" Saya pun nak minta maaf. " aku tersenyum gembira, akhirnya. Aku harap Jaemin sukalah dengan hasil usaha aku ni.

" Dan kamu Nana, terima kasih sebab tolong daddy dengan mummy. " mereka tersenyum sebelum berlari mendapatkan aku. Aku dipeluk erat oleh mereka. Ini barulah keluarga bahagia.

I love you.

━━━━━━━━



mr bully | 𝗻.𝗷𝗮𝗲𝗺𝗶𝗻Where stories live. Discover now