O13 : confession

681 156 11
                                    

Author's

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Author's

Jaemin berjalan laju memasuki kelas. Kelibat Jaerin yang kini berada di dalam badannya dicari merata tempat. Mana pula dia ni?

" Jaerin, awak cari siapa? " Sunoo mula bertanya apabila dia melihat ' Jaerin ' yang kelihatan tidak senang duduk. Seperti mencari seseorang.

" Tiada apa - apa lah. Eh kau nampak Jaemin tak? "

" Kenapa awak cari si pembuli tu? Tak perlulah Jaerin. Bazirkan masa awak sahaja. " bebel Sunoo. Jaemin melihat Sunoo dengan pandangan tidak puas hati tanpa Sunoo sedar. Ewah kau, sedap je mengata aku.

" Adalah. Kau tak perlu sibuk. " Sunoo memandang Jaemin tajam. Pelik. Sejak bila Jaerin suka bahasakan diri dia ' kau - aku '.

" Jaerin. Boleh tak saya nak jumpa awak di rooftop nanti. Saya ada hal nak bincang. " Jaemin hanya mengangguk kepalanya dengan lemah. Sibuklah dia ni. Haish-

━━━━━━━━

Selepas habis sahaja waktu sekolah, Jaemin terus naik ke rooftop untuk berjumpa dengan Sunoo. Hari ini Jaerin tidak hadir, selepas bertemu dengan Sunoo dia akan bergerak ke rumahnya bagi bertemu gadis itu. Kelihatan Sunoo sedang menunggunya sambil menguis - nguis kakinya di lantai rooftop. Senyuman yang lebar dihadiahkan pada ' Jaerin ' apabila dia melihat gadis itu mengampirinya.

" So, kenapa kau jumpa aku ni? "

Sunoo menghela nafas panjang sebelum memegang tangan Jaerin lalu menggenggamnya perlahan. Dah kenapa pula ni?

" Jaerin, saya nak jujur pada awak. Sebenarnya, saya suka awak. Saya harap awak boleh terima saya dan tolong jauhkan diri awak pada Jaemin tu. Saya lihat awak makin rapat dengan dia sejak dua menjak ni. " kata dia sambil menatap wajah Jaerin dengan mata yang penuh pengharapan. Tanpa sedar, Kaemin terketawa kecil.

" Kim Sunoo, kau melawak ke ni? "

" Tidak Jaerin, saya betul - betul sukakan awak dan saya sendiri akan lindung awak daripada Jaemin. " katanya sambil tangannya mula memegang kedua - dua pipi Jaerin. Jaemin menolak tubuh sunoo bagi menjaga jarak antara mereka berdua.

" Aku suruh kau buat dia suka kau, bukan kau suka dia. Kim Sunoo. " Jaemin mengingatkan Sunoo semula misi sebenar lelaki itu. Ye, Sunoo dihantar untuk membuatkan gadis itu jatuh cinta pada Sunoo. Setelah itu, Sunoo akan mengatakan hal sebenar dan Jaerin akan terluka. Namun setelah melihat Sunoo yang semakin hari semakin teruk membuatkan Jaemin ingin memberhentikan misi ini. Jaemin tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku.

" Wait, buat awak suka saya? Siapa yang cakap pada awak ni Jaerin. Saya sayang awak. Saya tak pernah terfikir nak buat awak begitu. Ni mesti Jaemin yang hasut awak kan?! "

" Don't be so dumb, Sunoo " tangan Jaerin dimasukkan ke dalam hoodie nya, dia mula melangkah pergi tetapi ditahan oleh Sunoo. Pinggang Jaerin dipeluk erat oleh Sunoo. Eh kau ni. Ya Tuhan, maafkan aku.

" Tinggalkan Jaemin. Dia ada muslihat jahat pada awak. "

━━━━━━━━

mr bully | 𝗻.𝗷𝗮𝗲𝗺𝗶𝗻Où les histoires vivent. Découvrez maintenant