O16 : return

665 163 13
                                    

Author's

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Author's

Tibalah masanya, masa yang ditunggu - tunggu. Mereka berdua, Jaerin dan Jaemin berdiri di hadapan tangga tragedi sambil diperhatikan oleh guard misteri itu.

" Peluk. " arah guard itu. Mata mereka berdua membulat.

" Ha?! "

" Nak tubuh kamu balik tak ni?! Cepatlah! " bentak guard itu. Pinggang Jaemin dipeluk terlebih dahulu manakala Jaerin sedikit teragak - agak untuk memeluk pinggangnya sendiri.

" Cepatlah! " sekelip mata pinggangnya dipeluk erat. Mereka memandang ke arah tempat jatuh, tingginya.

" Bibbidi bobbidi boo! " badan mereka ditolak kuat oleh guard tersebut setelah ayat itu dinyatakan. Mereka jatuh bersama - sama sambil berpelukan yang semakin erat dan akhirnya terbaring di tangga. Mereka pengsan tanpa disedari orang lain. Guard yang menolong mereka ghaib secara tiba - tiba. Tugasnya telah selesai.

━━━━━━━━

" Jaerin, macam mana ni. " keluh Puan Lee. Keluarga Lee dan Na yang sedang berkumpul di hadapan wad kecemasan cemas memikirkan ahli keluarga masing - masing.

" Nana, mummy dan daddy janji tak nak gaduh dah. " kata Puan Na, sayu. Dia berasa menyesal kerana tidak menjaga anak tunggalnya itu dengan baik. Bahu Puan Na ditepuk lembut oleh Tuan Na.

Setelah satu jam lebih masa berlalu, pintu wad kecemasan terbuka luas. Beberapa orang doktor dan jururawat yang bertarung menyelamatkan mangsa tadi keluar daripada was tersebut dengan helaan nafas lega.

" Tuan, puan. Anak - anak tuan dan puan semua selamat. " kata doktor tersebut. Senyuman mula terbentuk pada semua bibir manusia yang berada di situ.

━━━━━━━━

Jaemin's

" My miserable life will return. "

Aku dah sedar dan aku dah kembali ke tubuhku semula. Aku membuangkan pandanganku di tingkap, memandang permandangan yang bakal bertukar kelam kembali. Tiada lagi gelak tawa seperti keluarga Lee.

" Nana, Nana dah sedar! " teriak mummy dan daddy ku. Adakah itu reaksi palsu mereka? Aku membaringkan tubuhku kembali. Tidur, terapi yang terbaik. Tolonglah, aku nak keluarga yang gembira juga.

" Nana penat tu, mari kita makan dulu. Sambil menyelam, minum air. Dating sekali jom. " kata Tuan Na sambil menjeling Puan Na nakal. Puan Na menepuk kuat belakang tubuh Tuan Na sambil ketawa kecil.

Aku yang mendengar hampir tidak percaya. Mummy dan daddy dah kembali?! Adakah ini angkara ... Terima kasih Jaerin.

━━━━━━━━



mr bully | 𝗻.𝗷𝗮𝗲𝗺𝗶𝗻Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin