O1O : everything new

713 160 6
                                    

Author's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author's

Sebuah kereta mewah memasuki perkarangan sebuah villa mewah, Jaerin yang kini berada di dalam badan Jaemin terpesona memandang perkarangan villa tersebut. Cantik!

Jaerin dan Puan Na keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam rumah mewah tersebut. Kelihatan ramai pembantu rumah tergesa - gesa menyambut kepulangan mereka.

" So Nana, you can have some rest now. " kata Puan Na sebelum menghirup teh nya. Jaerin hanya mengangguk sebelum mula memanjat tangga. Masalahnya, bilik dia pun dia tak tahu. Adeh.

" Mana bilik aku ni. " dia melilau mencari biliknya sambil diperhatikan pembantu rumah yang setia berdiri di sebelahnya.

" Encik Na, mari saya tunjukkan bilik encik. " kata pembantu rumah tersebut yang kelihatan pelik melihat tingkah si Jaerin itu. Jaerin hanya mengikut langkahnya ke sebuah bilik yang kemas. Pintu ditutup rapat.

" Kemasnya! "

" Fuyoo, tv pun ada dalam bilik! "

" Empuknya! "

Badannya dihempas di katil yang empuk bagai awan dilangit bagi merehatkan badan. Agak - agak, macam mana lah Jaemin kan?

━━━━━━━━

Bilik yang Jaemin duduki dipandang lama. Ini bilik ke? Sempit macam ni dipanggil bilik? Badan dihempas ke tilam, tak selesa nya. Dia duduk bersila, memikirkan kehidupannya selepas ini. Aku nak badan aku!

" Kakak, ada orang nak jumpa. " kata seorang budak lelaki yang buka pintu bilik itu tanpa ketuk terlebih dahulu. Kalau pembantu rumah aku buat ni, mesti dah kena marah.

" O-okay. " perlahan - lahan langkah diatur untuk berjumpa orang itu. Entah - entah Jaerin, tolonglah.

" Jaerin! " panggil si lelaki itu, siapa dia? Sunoo, yup itu dia. Dengan wajah yang masam mencuka aku mendekati dia.

" Saya rindu awak awak tahu tak? Awak sihat? Dah makan? Sakit lagi tak? " ewah kau, kau fikir ini kaunter pertanyaan?

" Aku okay.  "

" Jaerin awak okay tak ni? Awak tak gembira ke dapat jumpa saya ni? " katanya dengan wajah yang seakan - akan merajuk. Aku ni lelaki tahu tak?!

" Aku okay, cuma penat sikit. "

" Kalau macam tu awak pergilah rehat, esok kita pergi sekolah sama - sama okay! " katanya lagi, aku memberi senyuman nipis sebelum masuk semula ke dalam rumah.

" Jaerin, awak okay? Jaerin, Jaerin. " ejek Jaemin yang kelihatan cemburu. Makin dekat kau dengan Jaerin ni ye, tunggu.

━━━━━━━━

mr bully | 𝗻.𝗷𝗮𝗲𝗺𝗶𝗻Where stories live. Discover now