O18 : nightmare

749 151 23
                                    

Jaemin's

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Jaemin's

Jaerin, gadis itu tersenyum melihatnya dari jauh. Lampu hijau bertukar merah, membenarkan semua pejalan kaki melintas jalan raya yang sibuk itu. Dia perlahan - lahan melangkah menghampiri aku yang berdiri statik disitu. Sekarang aku di mana?

Tanpa sedar, sebuah kereta laju meluncur di atas jalan raya tanpa menghiraukan lampu merah yang menyala di lampu isyarat. Semua orang yang berjalan cuba mengelak manakala Jaerin masih fokus memandang aku sambil melintas tanpa perasan akan kehadiran kereta itu.

" Jaerin! "

Ponnnnnn

Tubuh kecil gadis itu terpelanting ke udara dan akhirnya jatuh ke jalan tar. Darah memancut keluar daripada mulut gadis yang terbaring kaku itu. Aku cuba berlari mendapatkan Jaerin namun kaki aku bagaikan terpaku di situ, kenapa aku tak boleh bergerak?!

" Maafkan pak cik. Antara kamu berdua, perlulah seseorang mengorbankan diri dan pak cik memilih Jaerin. " guard misteri yang membantu mereka dahulu muncul secara tiba - tiba di sebelah aku sambil mengatakan perkara mengarut itu.

" Kenapa?! "

" Maafkan pak cik. " dia ghaib semula seperti haritu. Apa yang aku boleh buat hanyalah, nangis.

" JAERINNN! "

Aku terbangun daripada mimpi ngeriku. Aku berlari masuk ke tandas lalu mencuci mukaku dengan kasar. Ini hanyalah mimpi, ini hanyalah mimpi. Pantulan wajahku dicermin dipandang lama. Apa maksud mimpi ni?

━━━━━━━━

" Jaerin! " Jaerin memusingkan badannya bagi melihat si pemanggil namanya itu. Senyuman mula terbentuk pada bibirnya.

" Hai Jaemin! "

" Kau okay? Ada mimpi apa - apa yang pelik tak sejak dua menjak ni? " tanya aku sambil dahi dikerutkan.

Jaerin hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Fuhh lega, tangan Jaerin diraih lalu aku mengusap-ngusap tangannya lembut.

" Jaga diri kau. " dia mengangguk dengan laju. Senyuman tawar menghiasi wajahku. Aku mula rasa tidak sedap hati. Kenapa ni?

" Awak okay tak ni? Kenapa? "

" Tiada apa - apalah. Dah jom masuk kelas. "

" Jom! " Jaerin menarik tanganku menuju ke kelas. Nampaknya dia dah selesa dengan aku.

━━━━━━━━

" Awak, awak tunggu di sini kejap. Saya nak tolong nenek tu melintas. " Jaemin mengangguk sambil memerhatikan tingkah gadis itu. Jaerin mula membantu nenek tua yang dia katakan tadi melintas jalan dengan berhati - hati sambil membawa sejambak bunga mawar yang aku beli untuk dia tadi. Ye, aku beli.

" Terima kasih cu. " Jaerin membungkukkan badannya bagi menghormati nenek tersebut sambil tersenyum. Dia kembali memandang jalan yang bertentangan bagi melintas jalan raya tersebut, sempat juga dia tersenyum melihat Jaemin yang hatinya sedang resah.

Lampu bertukar menjadi merah, dia mula melintas bersama beberapa orang pejalan kaki yang lain dan mimpi buruk Jaemin terjadi di situ. Kereta yang sama meluncur laju di jalan raya tanpa Jaerin sedar. Semua cuba mengelak namun Jaerin sebaliknya. Gadis itu menutup rapat matanya, bagaikan meminta bantuan kepada tuhan.


" JAERIN! "

━━━━━━━━

mr bully | 𝗻.𝗷𝗮𝗲𝗺𝗶𝗻जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें