┉ 어두운 복도 04

411 78 9
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Pada malam itu, fikiran Mingi jauh melayang. Tv yang terbuka di hadapan dia itu tidak dapat ditumpukan dengan fokus.

Dia masih lagi terfikirkan tentang dark corridors petang tadi. Dia terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya dan juga sama tinggi sedikit.

Baginya, lelaki itu agak pelik sedikit. Dia menegur dan selepas itu menghilangkan diri begitu sahaja. Malah dia juga sempat melemparkan senyuman sinis ke arah Mingi.

"Agaknya dia tu kelas apa ya?" Gumamnya dalam hati.

Dia tergerak mahu tanya siapakah lelaki itu dengan San dan Wooyoung esok. Mana tahu mungkin mereka berdua tahu.

•••••

"Huh? Lelaki berambut hitam dan tinggi macam galah?"

Soal San dan Wooyoung secara serentak. Mingi yang berada di hadapan mereka mengangguk berkali-kali.

"Dia dari kelas mana?" tanya Wooyoung lagi.

"Tak tahulah..." Balas Mingi.

"Kat mana kau jumpa dia?" tanya San pula.

"Kat--"

Belum sempat lagi Mingi mahu menghabiskan kata-katanya, Yeosang terus memotong secara tiba-tiba.

"San, Wooyoung, Cikgu Kim nak jumpa korang kat bilik guru."

Pintanya. Pantas mereka berdua bangun lalu melangkah keluar dari kelas untuk pergi ke bilik guru.

Mingi memandang ke arah Yeosang yang berada di sebelahnya. Dia sedang bermain phone sambil mendengar lagu. Dalam hatinya berkeras mahu berbual dengan Yeosang tetapi dia rasa seperti takut sedikit.

Mungkin kerana aura Yeosang yang agak dingin itu membuatkan dia berasa sedikit takut. Namun dia cuba untuk menyuarakan diri dia pada Yeosang.

"Yeosang-ah," panggil Mingi. Pantas Yeosang menoleh kearahnya.

"Hmm?"

"Aku dengar kau ni pustakawan sekolah. Boleh tak aku nak tanya kau sikit?" kata Mingi perlahan.

"Silakan," pelawanya.

"Kau kenal tak lelaki yang lebih kurang sebaya dengan kita, berambut hitam dan tinggi macam galah?"

Yeosang berkerut dahi setelah mendengar soalan yang dilemparkan oleh Mingi tadi.

"Kat mana kau jumpa dia?" soalnya ingin tahu.

"Kat dark corridors."

Dia terkejut setelah Mingi menyebut dark corridors itu. Lantas dia membalas dengan suara yang lantang.

"Yang kau pergi kat sana dah kenapa! San dan Wooyoung tak ada cerita fasal dark corridors tu kat kau ke?"

Mingi tersentak setelah mendengar Yeosang bersuara lantang padanya. Namun dia cuba untuk menenangkan dirinya.

"Ada... Kau pun percaya ke fasal semua tu?" soalnya semula. Yeosang mengetap bibir tanda geram.

"Kau tak tahu apa-apa fasal dark corridors tu jadi tolong jangan ke sana!"

Selepas sahaja itu Yeosang terus bangun dari duduknya. Dia sempat menjeling ke arah Mingi sebelum berjalan keluar dari kelas untuk pergi ke sesuatu tempat.

Mingi di situ terkaku. Dia masih keliru dengan kejadian tadi.

Yeosang tiba-tiba sahaja marah dengannya setelah dia menyebut dark corridors. Dia tertanya apa sebenarnya kisah disebalik koridor gelap itu.

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now