┉ 어두운 복도 13

350 76 8
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

"Jadi macam mana keadaan kamu sekarang? Dah okey ke?"

Tanya Miss Aileen ramah kepada Yeosang. Dia sekadar mengangguk kecil. Kepalanya tertunduk bawah dan tangan dia juga menggeletar kecil.

Kini mereka berada di wad. Semua jarum yang berada tangan dia itu ditatap dengan kosong. Fikiran dia mula kusut.

"Kamu sejuk ke?" tanya Miss Aileen lagi. Pantas Yeosang menggeleng.

"Kalau macam tu kamu makan dulu ya? Lepas ni rehat," katanya lalu menghulurkan sebungkus makanan dan minuman pada Yeosang.

Tetapi Yeosang menolak. Lalu dia menatap wajah Miss Aileen dengan pandangan sayu.

"Wae?"

"Saya minta maaf sebab selalu menyusahkan miss. Tapi... Boleh tak kalau saya minta satu dari miss?" kata Yeosang perlahan. Dalam hatinya mula berasa sangat bersalah untuk memberitahu hajat yang dia mahukan.

"Apa dia? Miss tolong mana yang mampu..." balas Miss Aileen sambil tersenyum.

Yeosang mengambil nafas terlebih dahulu sebelum memberitahu hajatnya pada Miss Aileen.

"Saya nak miss lepaskan saya... Saya tak sanggup biarkan kawan saya macam tu..."

Mulut Miss Aileen seperti terkunci setelah Yeosang memberitahu hajatnya. Lantas dia menghayunkan tangan dia ke arah gebu Yeosang dengan kuat.

PAP

Yeosang menyentuh pipinya yang baru sahaja di tampar oleh Miss Aileen tadi. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia sangat terkejut.

"Huh...?"

"Kamu gila ke? Sedar tak apa yang kamu cakap ni!" Marahnya membuatkan Yeosang terdiam seribu bahasa.

Dia tidak tahu mahu membalas apa. Tidak sanggup rasanya untuk melihat riak wajah Miss Aileen yang garang itu. Lalu dia menunduk kepala ke bawah dan mula menangis kecil.

Miss Aileen yang sedar melihat Yeosang mula menangis itu lantas memeluknya. Dia mula rasa bersalah kerana memarahi Yeosang tadi.

"Maafkan miss... Miss tak sengaja marah kamu..." pujuknya perlahan. Yeosang masih lagi dengan sisa tanggisan dia.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya tanggisan Yeosang mula reda. Kedua-dua matanya sudah bengkak akibat menangis tadi.

"Miss marah kamu sebab miss sayang kamu, Yeosang. Miss tak sanggup biarkan kamu buat kerja gila macam tu..." ujarnya perlahan. Yeosang hanya mampu tersenyum kelat.

"Miss, terima kasih sebab ambil berat fasal saya, tolong saya dan selamatkan saya tadi. Tapi tolonglah... Saya minta sangat miss lepaskan saya. Biarkan saya bebas..." kata Yeosang lebar dengan suara yang serak. Riak wajahnya tidak kelihatan kerana Yeosang menundukkan kepalanya.

Miss Aileen hanya mampu melepaskan keluhan berat. Sungguh dia tidak sanggup untuk melepaskan Yeosang. Dia sudah menganggap Yeosang seperti anaknya sendiri.

Hatinya berasa sangat sedih selepas mendengar permintaan Yeosang tadi. Baginya, sukar untuk dia lepaskan begitu sahaja.

"Saya... Dah janji dengan kawan saya... Saya tak boleh biarkan dia macam tu... Dia... Dia kawan saya... Dia... Sebahagian dari diri saya..."

Tambah Yeosang lagi membuatkan Miss Aileen terdiam seribu bahasa. Kepalanya yang dari tadi menunduk itu lalu diangkat perlahan. Menoleh ke arah Miss Aileen yang sudah terkaku seperti patung.

Lalu dia memeluk Miss Aileen dengan erat. Dia terkejut sedikit namun pelukan Yeosang tadi turut dibalas.

"Terima kasih miss... Sebab tolong saya selama ni... Saya takkan lupa jasa baik miss," ucap Yeosang perlahan namun dapat didengari olehnya.

"Ya..."

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now