┉ 어두운 복도 07

383 79 14
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Sewaktu dalam kelas, Mingi tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Fikiran dia jauh melayang sehinggakan tidak dengar apa yang diajar oleh Miss Aileen.

Matanya beralih melihat koridor di luar kelasnya. Dia terkejut sedikit melihat Yunho berdiri tepat di tepi Yeosang.

"Huh? Apa dia buat kat sini?" gumamnya dalam hati.

Anehnya Yeosang tidak perasan pun akan kehadiran Yunho itu. Seoalah-olah dia tidak nampak bahawa Yunho kini berada di sebelahnya.

Yunho yang berada di luar kelas itu perasan bahawa Mingi kini sedang memerhatikan dia. Satu senyuman nipis terukir di bibirnya sebelum dia berjalan meninggalkan kelas Mingi.

"Mingi, kamu tengok apa tu?" teguran Miss Aileen tadi membuatkan Mingi tersentak sedikit.

Lantas Mingi menoleh ke hadapan. Semua rakan sekelasnya kini melihat dia dengan penuh hairan.

"Ma-maafkan saya, miss." ucapnya tergagap.

"Tolong fokus ya," tegur Miss Aileen dengan tegas sebelum dia kembali mengajar semula.

Mingi menghela nafas lega. Sungguh malu rasanya tadi. Namun nasib baiklah Miss Aileen tidak memarahi dia. Jikalau tidak mungkin dia akan dimalukan nanti.

•••••••

"Wah wah wah, kau buat apa tadi sampaikan miss tegur kau?" soal Wooyoung sebaik sahaja melihat kelibat Miss Aileen keluar dari kelasnya.

"Aku termenung jer. Tak tahu pula miss perasan," jawab Mingi sambil memuncungkan bibirnya.

"Mesti kau rasa bosan kan miss ajar? I know..." sampuk San pula.

Mingi sekadar mengangguk sahaja. Lantas dia mengemas barang dia di atas meja untuk pulang ke rumah.

"Kitorang balik dulu ya? Jumpa esok," ucap Wooyoung sambil melambaikan tangan ke arah Mingi.

"Okey."

Selepas sahaja itu, San dan Wooyoung pun berjalan meninggalkan Mingi seorang diri untuk pulang ke rumah bersama.

Ketika Mingi mahu melangkah keluar dari kelas, dia ternampak sebilah pisau yang berada di atas meja Yeosang. Dia meneliti pisau itu seketika.

"Eh... Pisau ni..."

"Yah! Jangan sentuh!"

Entah dari mana muncul, Yeosang terus merampas pisau itu dari tangan Mingi. Dia terkedu. Riak wajah Yeosang menunjukkan bahawa dia sedang ketakutan.

"Yah... Yang kau bawa pisau tu kat sekolah dah kenapa?" soal Mingi hairan.

Yeosang tidak menjawab pun soalan yang dilemparkan oleh Mingi tadi. Dia berlari keluar dari kelas begitu sahaja tanpa berkata apa-apa.

Mingi menggarukan kepala dia yang tidak berasa gatal. Sungguh dia berasa sangat pelik dengan perangai Yeosang tadi.

"Yeosang tu dah kenapa?" detiknya dalam hati.

Lantas Mingi menyandang beg sekolahnya di atas bahu. Dengan langkah yang besar dia berjalan keluar dari kelas.

•••••••

Dalam perjalanan menuju ke luar sekolah, Mingi terpandang dark corridors yang kini berada di sebelahnya.

Dia dapat rasakan bahawa ada satu aura menyuruh dia untuk memasuki kawasan koridor gelap itu. Tanpa membuang masa lagi dia menjejakkan kakinya ke sana.

Masuk sahaja di dark corridors, Mingi ternampak kelibat Yunho sedang berjalan-jalan di sana. Pantas Mingi menghampiri dia.

"Yunho-ya!" Panggilnya. Lantas Yunho menoleh ke arah dia.

"Mingi? Kau buat apa kat sini?" soal Yunho sedikit pelik.

"Aku ingat nak keluar guna laluan koridor ni. Tak sangka pula kau ada kat sini," jawab Mingi lebar. Yunho yang mendengar itu mengangguk tanda faham.

Riak wajah Mingi mula berubah setelah melihat beberapa kesan lebam yang berada di sekitar wajah Yunho.

"Yah, kau okey ke? Kenapa wajah kau ada lebam ni?" soal Mingi bertubi-tubi. Lantas Yunho mengangguk kepala dia.

"Aku okey jer lah," jawabnya ringkas.

"Yun, kalau nak tipu pun agak-agaklah. Ingat aku ni bodoh sangat ke?" kata Mingi lagi membuatkan Yunho tertawa kecil.

"Thanks sebab tanya Mingi. But its okay because I'm fine." jawab Yunho dengan penuh ramah.

Namun Mingi masih lagi berasa curiga terhadap jawapan Yunho tadi. Dia dapat rasakan bahawa Yunho ada menyembunyikan sesuatu darinya.

"Aku pergi dulu ya, annyeong."

Ucap Yunho dan kemudian meninggalkan Mingi seorang diri di dark corridors.

Ketika itu Mingi ternampak sesuatu. Sebilah pisau yang dia lihat di atas meja Yeosang tadi kini berada di sebelah kaki kirinya. Dia tergamam.

"Dari mana datangnya pisau ni?"

Mingi mula rasa sedikit takut. Lalu dia segera berjalan keluar dari kawasan dark corridors untuk pulang ke rumah.

Entah mengapa setiap kali selepas berjumpa dengan Yunho, dia akan berasa sedikit takut. Seperti ada sesuatu yang memerhatikan dia dari jauh...

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now