┉ 어두운 복도 20 *finale*

537 92 19
                                    

••••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••••

Beberapa bulan sudah berlalu sejak kejadian hitam itu berlaku.

Mayat Yeosang ditemui di dark corridors setelah seorang pelajar junior melimpasi koridor itu.

Kini, kisah misteri tentang dark corridors yang tiada siapa tahu itu telah diketahui oleh seluruh warga sekolah.

Tidak sangka pula bahawa begitu sedih kisah disebaliknya. Memang benar kata orang bahawa purata untuk mencari kawan susah senang hanyalah 0.01 peratus sahaja.

"Agaknya kan, mungkin Yeosang terlalu sayangkan Yunho sehinggakan dia sanggup bayar banyak untuk tutup kes Yunho."

Kata San kepada Wooyoung dan Mingi. Mereka berdua mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Mingi, bukan ke kau orang terakhir yang bersama dengan Yeosang dulu? Apa yang dah berlaku?" tanya Wooyoung ingin tahu. Tetapi Mingi membalas dengan angkat bahu lagi.

"Tak tahulah. Aku cu--"

Belum habis lagi Mingi mahu berkata, guru kelas mereka tiba di kelas. Pantas semua pelajar kelas 6-3 bergegas duduk ke tempat masing-masing.

"Sorry because I late. Tadi ada mensyuarat tiba-tiba tu yang saya lewat sikit," beritahu Miss Aileen.

"Its okay miss. Kalau miss tak datang pun kami okey," sampuk San bergurau.

Miss Aileen hanya mampu tergeleng sahaja dengan sikap San yang nakal itu. Lalu anak matanya beralih melihat Mingi yang berada di belakang.

"Mingi, lepas habis kelas nanti saya nak jumpa kamu di bilik guru." Maklumnya.

Mingi agak sedikit hairan. Mengapa tiba-tiba Miss Aileen mahu berjumpa dengannya? Adakah dia ada buat kesilapan?

"Okey..." balasnya. Lalu kelas mula berlangsung seperti biasa.

•••••••

Selepas sahaja kelas bersurai, Mingi terus pergi ke bilik guru seperti yang telah dimaklumkan.

Tiba sahaja di sana, kelihatan Miss Aileen sudah lama berada di sana menunggu ketibaannya. Mingi melangkah masuk lalu menghampirinya.

"Miss, saya dah sampai." Tegurnya.

"Haa silakan duduk."

Mingi duduk di hadapan dia. Miss Aileen menatap wajah Mingi seketika membuatkan dia berasa pelik.

"Erm... Saya ada buat silap ke miss?" soal Mingi. Lantas dia menggeleng.

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now