┉ 어두운 복도 08

376 80 11
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Pada lewat petang, Yeosang berjalan menuju ke perpustakaan untuk meletakkan semua bahan bacaan di atas meja. Dia terfikir mahu mengemas buku petang ini supaya dia tidak terlalu sibuk pada esok hari.

Sebuah kotak yang penuh dengan buku itu diletakkan di atas meja. Lalu dia mula menyusun semua buku-buku itu mengikut nombor siri.

Ketika dia sibuk mengemas rak buku, dia terdengar bunyi selakan buku yang berada di tepi tidak jauh darinya.

Shhhtt

Shhhttt

Dia cuba untuk mengabaikan. Namun, bunyi itu semakin kuat sehinggakan dia mula berasa sedikit rimas.

"Yah, janganlah main selak buku tu!" marahnya pada orang itu.

Namun, tiada sesiapa pun yang berada di perpustakaan melainkan dia seorang sahaja. Yeosang terkaku seketika. Jantungnya mula mengepam dengan laju.

"Ish! Perasaan aku jer kot," gumam Yeosang dalam hati. Lalu dia kembali membuat kerja dia semula.

Selepas sahaja itu, dia terdengar seperti namanya dipanggil oleh seseorang.

"Yeosang-ah..."

Yeosang terkaku. Dia amat mengenali pemilik suara itu. Namun, dia cuba untuk mengabaikan.

"Yeosang..."

"Kang Yeosang..."

Orang itu memanggil nama Yeosang berkali-kali sehinggalah dia berasa kurang selesa.

"Ish! Jangan kacau aku boleh tak? Rimaslah!" marah Yeosang tanpa memandang pun ke arah orang itu.

"Kau... Rimas dengan aku?"

"Mianhae..."

Yeosang tergamam sebaik sahaja mendengar kata orang itu. Lantas dia menoleh kepalanya melihat orang itu. Lalu dia berteriak.

"YAHH! APA KAU BUAT NI? LEPASLAH!"

••••••

Hari sudah semakin lewat, Mingi masuk ke kawasan sekolah dan segera berlari menuju ke kelas dia.

Dia tertinggal buku notanya di atas meja. Nasib sahajalah cuaca tidak begitu gelap. Jikalau tidak, dia tidak akan berani pergi ke sekolah pada waktu malam.

"Ah... Pabo kau Mingi. Macam mana kau boleh tertinggalkan buku nota tu?" Omelnya dalam hati.

Dia melangkah besar menaiki tangga untuk menuju ke kelasnya.

Selepas sahaja mengambil buku nota di kelas, Mingi pantas berjalan menuju ke luar kawasan sekolah.

Namun, langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat lampu perpustakaan masih lagi terbuka. Dia hairan.

"Eh? Siapa yang masih belum balik tu?" soalnya pelik. Lantas dia berjalan menuju ke perpustakaan untuk melihat.

Baru sahaja dia mahu melangkah masuk, Mingi terkejut melihat Yeosang tidak sedarkan diri sana. Dengan buku-buku yang berterabur di atas lantai membuatkan Mingi tertanya apa yang sudah berlaku.

"Yeosang-ah? Yah Yeosang!"

Mingi menampar lembut pipi Yeosang untuk cuba membangunkan dia. Tetapi tiada sebarang respond yang dibalas. Mingi mula risau.

Sudahlah tiada orang di sini. Hanya mereka berdua sahaja. Mingi tiada pilihan lain melainkan itu sahaja.

Lantas Mingi mendukung Yeosang dari belakang dan bawanya ke rumah dia untuk menjaganya. Dia tidak mempunyai banyak wang untuk hantar Yeosang ke klinik mahupun ke hospital.

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now