┉ 어두운 복도 15

348 74 1
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Mingi meniliti gambar yang dia terjumpa di dark corridors petang tadi. Dalam hatinya masih tertanya-tanya bagaimana dirinya boleh berada dalam gambar tersebut.

"Gambar ni aku macam pernah tengok..." ungkapnya perlahan.

Kemudian dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Gambar yang dipegangnya kini sama dengan gambar yang dia lihat di iPhone Yeosang pagi tadi.

"Kejap! Yeosang pun ada gambar ni juga!" Katanya perlahan.

Lalu dia menatap semula gambar itu dengan penuh mendalam. Dua budak lelaki yang berada di sisinya itu membuatkan dia rasa curiga sedikit.

"Ni..."

Namun, dia dapat rasakan rupa dua budak itu seperti familiar. Seolah-olah mereka berdua itu merupakan kawan baiknya. Tetapi dia gagal untuk mengingati siapakah mereka itu.

Mingi mengeluh kecil. Kepalanya mula runsing apabila memikirkan hal ini semula. Lalu dia menyimpan semula gambar itu dalam begnya.

Dia bercadang mahu berjumpa dengan Yunho esok untuk membincangkan fasal hal ini dengannya.

•••••••

Pagi itu, Mingi tiba di sekolah awal daripada biasa. Kakinya pantas berjalan menuju ke dark corridors untuk mencari Yunho di sana.

Hampa kerana Yunho masih lagi belum tiba di sekolah. Oleh disebabkan sekarang ini masih awal, sudah pastinya ramai pelajar belum tiba.

Mingi kembali ke kelas semula. Di situ dia ternampak kelibat Wooyoung sudah lama berada di dalam kelas. Lantas Mingi menegurnya.

"Morning, Woo..." sapa Mingi mesra.

"Morning too, Mingi. Sini jap," balasnya lalu menyuruh Mingi untuk duduk bersama dengannya.

Mingi tanpa berkata apa hanya akur sahaja. Dia mengambil kerusi yang berdekatan dengannya lalu duduk di hadapan Wooyoung.

"Wae?"

"Mingi... Aku nak bincangkan sikit fasal kawan kau yang kau jumpa semalam tu..." kata Wooyoung perlahan namun dapat didengari oleh Mingi.

"Maksud kau Yunho? Kenapa dengan dia?" soal Mingi ingin tahu.

"Ingat tak yang aku cerita fasal kawan Yeosang hilang dulu?"

Mingi mengangguk kepalanya. Entah mengapa dia mula berasa tidak sedap hati.

"Yunho tu... Dia sebenarnya kawan rapat Yeosang. Dia hilang tanpa jejak sejak sebulan lalu lepas dia dengan Yeosang lepak kat dark corridors.

Terbeliak mata Mingi dibuatnya setelah mendengar cerita dari Wooyoung tadi.

"Tak... Ni semua mesti tipu kan..." Mingi cuba untuk menafikan.

"Mingi, itulah kenyataan dia! Aku mula rasa curiga lepas kau kata yang kau jumpa Yunho semalam. Sebab dalam batch kita ni mana ada orang nama Yunho selain dia," terang Wooyoung lagi.

"Mwoya? Habis tu kenapa bila aku tanya siapa nama kawan Yeosang tu kau dengan San tak tahu?" soal Mingi tidak puas hati. Wooyoung terkedu sedikit.

"Sebab aku masa tu lupa nama kawan dia! Bila kau sebut nama Yunho semalam itulah buat aku teringat semula!"

Balas Wooyoung geram membuatkan Mingi terdiam seribu bahasa.

Sungguh kepalanya berasa sangat kusut. Dengan fasal dark corridors, gambar dia, Yeosang dan Yunho cukup membuatkan kepalanya rasa mahu tercabut.

Tidak lama selepas itu Mingi ternampak kelibat Yunho berjalan di tepi kelasnya. Dia bingkas bangun lalu menuju ke pintu kelasnya.

"Yah, Mingi! Aku belum habis cakap lagi!" Laung Wooyoung namun tidak dihiraukan olehnya.

Mingi terus keluar dari kelas dan berlari mendapatkan Yunho yang kini berada di hadapannya. Sesekali dia juga memanggil Yunho dengan suara yang kuat.

"Yunho! Yah Jeong Yunho!"

Namun, Yunho langsung tidak berpaling ke arahnya. Sebaliknya dia berjalan menuju ke satu tempat yang amat dikenalinya.

Iaitu di dark corridors.

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now