┉ 어두운 복도 05

402 82 13
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Pada waktu rehat itu, Mingi melepak di dalam kelas bersama Wooyoung dan San.

Memandangkan dia masih baru di sini jadi dia masih lagi belum ada ramai kawan. Namun, nasib baiklah Wooyoung dan San menegur dia dulu. Kalau tidak, sudah pasti dia akan berseorangan.

"Korang, aku nak ke tandas kejap." Katanya lalu bingkas bangun.

"Okey," balas mereka berdua serentak.

Mingi berjalan menuju ke tandas untuk membuang hajat. Selepas sahaja itu dia berjalan untuk menuju ke kelas semula.

••••••

Dalam perjalanan itu, Mingi ternampak seorang lelaki yang dia terjumpa semalam berada di hadapan dark corridors. Dia sedang duduk sambil memeluk tubuhnya.

Dengan riak wajah yang sedikit muram itu membuatkan Mingi tertanya. Adakah dia mempunyai masalah? Itulah yang difikirkan olehnya.

Mingi tergerak hati untuk mendekatinya. Dengan perlahan-lahan dia berjalan memasuki kawasan dark corridors itu dan menghampiri lelaki itu.

"Erm... Kau buat apa kat sini?" tegurnya. Lelaki itu pantas menoleh ke arahnya.

Mingi terkejut melihat wajah lelaki itu. Dia merupakan lelaki yang Mingi jumpa di dark corridors petang semalam.

"Nothing. Kau pula?" soal balik lelaki itu. Pantas Mingi menggeleng kepala.

"Aku bukan apa. Aku tengok rupa kau macam muram sikit. Aku ingat mungkin kau ada problem, tu yang aku tegur."

Terangnya lebar. Lelaki yang mendengar itu sekadar mengangguk kecil. Satu senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Aku okey jer," ujarnya ringkas.

Mingi mula berasa pelik. Walaupun lelaki itu kata dia okey, Mingi dapat merasakan bahawa dia sedang mengalami masalah peribadi.

"Oh ya, nama kau Song Mingi kan?" teka lelaki itu.

"Haah. Mana kau tahu?" balasnya dan pada masa yang sama menyoal semula lelaki itu.

"Hmm... Budak baru kan? So aku kenal dari budak kelas aku yang lain," jawabnya.

Mingi terangguk kecil tanda faham. Tidak menyangka pula bahawa lelaki itu boleh mengenali namanya melalui mulut orang lain.

"Boleh aku tahu nama kau?" tanya Mingi ingin tahu. Dia masih lagi belum mengenali nama lelaki itu.

"Jeong Yunho... Aku kena pergi dulu."

Setelah menyebut namanya, lelaki yang bernama Yunho itu pantas meninggalkan Mingi seorang diri dark corridors.

Mingi di situ masih lagi terkaku. Entah mengapa dia seperti pernah dengar nama Yunho itu.

"Kenapa nama dia macam familiar jer..." detiknya dalam hati.

Tanpa Mingi sedar, dirinya tadi sedang diperhatikan oleh seseorang. Dan orang itu adalah Yeosang.

Yeosang yang melihat Mingi dari jauh itu mengenggamkan tangannya. Dia sudah memberikan amaran pada Mingi namun Mingi masih berdegil untuk masuk ke dark corridors itu.

"Seriously why Mingi tu degil sangat? Ish!"

Cebiknya dalam hati. Baru sahaja dia mahu berjalan keluar dari perpustakaan, seorang junior tiba-tiba menegur dia.

"Hyung, saya nak pulangkan semula buku ni." Terbatal niatnya untuk menghampiri Mingi.

Lantas Yeosang menjalankan tugasnya sebagai pengawas perpustakaan untuk mengemas semula buku yang dipinjam oleh pelajar itu.

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now