Part 2

723 87 22
                                    

Sandstorm keluar daripada perut kereta, dengan wajah datar dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Anak matanya melilau di segenap ruangan rumah itu, tiada kelibat orang yang pernah melahirkan dirinya.

Sandstorm menuju ke arah tangga, dia memanjat anak tangga satu persatu.

Kakinya membawa dirinya ke bilik tidurnya yang berada di tingkat 2.

Kerana ingin ke biliknya, dia harus melewati bilik kedua ibu bapanya.

"Menghilang ke mana dia? Ke dia takut aku seksa dia?"

Sandstorm tersenyum remeh, anak matanya mengerling ke dalam bilik di hadapannya yang kebetulan pintu bilik itu tidak terkatup rapat.

Dia tergamam. Anak matanya merenung ibunya yang sedang mengenakan pakaian pada tubuhnya. Jari jemari lentik itu, begitu lihai dalam mengancing butang baju kemejanya.

Pandangan mata Sandstorm jatuh pada paha ibunya yang terdedah kerana tidak mengenakan seluar. Rona merah merebak dipipinya.

Pantas Sandstorm melarikan pandangan matanya, dia berdecih perlahan.

"Tch, macam tu ke dia goda daddy? Dasar penggoda, menjijikkan."

Dia mencebik, segera dia beredar daripada situ sebelum Gempa menyedari akan kehadirannya.

•••••

Gempa menatap bilik sang anak. Ragu-ragu dan sedikit keberanian dia mengetuk bilik itu. Nama sang anak dipanggil.

"Sand, momma tau kamu dah balik sekolah. Jom turun, mom ada masak makanan kegemaran Sand."

Tiada sahutan daripada empunya bilik. Gempa hela nafas. Anaknya itu selalu mengabaikan dirinya. Kenapa Sandstorm amat membencinya? Apa salahnya?

Dengan keberanian, dia memulas tombol pintu. Dia membuka pintu bilik itu perlahan, wajahnya dijengukkan ke dalam.

Dahinya berkerut apabila tidak mendapati Sandstorm di ruangan bilik itu. Gempa melangkah masuk.

"Sandstorm?"

Deria pendengarannya menangkap bunyian air yang berasal di bilik mandi. Sepertinya anaknya sedang membersihkan diri.

"Dia mandi."

Sambil menunggu Sandstorm mandi, Gempa berniat ingin mengemas sejenak bilik itu yang sedikit kacau.

Kreak..

Sandstorm keluar daripada bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala yang melingkari lehernya.

Anak matanya menangkap akan kehadiran seseorang di biliknya.

"Apa kau buat kat bilik aku ha?"

Suaranya yang dingin itu, mengejutkan Gempa yang sedang mengemas meja belajarnya.

Gempa berbalik, wajah datar sang anak ditatap dengan tenang. Dia cuba ukirkan satu senyuman manis.

"Mom cuma nak ajak kamu turun makan, tapi kamu mandi. So, sambil tunggu kamu mom tolonglah kemas sikit bilik kamu ni. Mom.."

"Keluar!!"

Jerkahan itu menyentakkan Gempa, dia terkedu apabila mendapat penghalauan daripada Sandstorm.

"Maaf, mom.."

"I said get out!"

Bahu Gempa terangkat, terkejut dengan tengkingan lantang itu. Kepalanya menunduk, takut melihat kerlingan marah Sandstorm kepadanya.

Kerana tidak ingin Sandstorm makin membencinya, Gempa hanya mampu menurut akan kemahuan si remaja berumur 17 tahun itu.

"B..baik. Nanti Sand turun makan ya? Momma tunggu Sand kat bawah ya?" Kata Gempa, memujuk agar Sandstorm mahu makan bersamanya.

Sandstorm tersenyum sinis, dia mendekati Gempa.

Wajahnya didekatkan pada Gempa, lalu dia berbisik.

"Aku tak makan sampah tu semua, cukup kau lah yang makan semua sampah sarap tu. Jangan harap aku nak makan makanan dari air tangan orang yang aku benci. Stupid person!"

Dengan biadabnya dia menunjal dahi Gempa, buatkan lelaki itu terdorong beberapa langkah ke belakang.

Dia pandang wajah Gempa yang tampak terkesima dengan apa yang dia katakan barusan.

Dia suka tengok wajah ketakutan dan kesakitan Gempa, sudah menjadi hobinya untuk melukai perasaan Gempa.

"Sand, kenapa kamu begitu benci sekali pada mom? Apa salah mom?"

Pertanyaan itu buatkan Sandstorm tertawa sinis, anak matanya menatap bengis dan penuh kebencian pada Gempa.

"Sebab utama kau adalah lelaki dan aku tak ada ibu lelaki. Kenapa orang macam kau perlu wujud dalam dunia ni?"













Tbc...

Vote 30 lebih for next chapter! 😌

I'm Sorry Mom.. (HaliGem) [SU]Where stories live. Discover now