Part 3

583 85 12
                                    

Suasana di ruang makan, hanya terdengar suara daripada garpu dan sudu yang saling berlaga antara satu sama lain. Sesekali akan terdengar percakapan daripada Halilintar dan Gempa.

Sandstorm hanya diam sahaja sambil makan  makanannya. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Gempa yang sibuk melayan Halilintar. Melihat daripada layanan Gempa itu,  tampak begitu lembut sekali.

"Lusa daddy outstation, so boleh kamu tolong tengokkan momma kamu Sand?"

Terhenti suapan Sandstorm, laju kepalanya terangkat. Anak matanya bertembung tatap dengan sang ayahnya. Mata itu seperti mengharapkan dirinya.

"Ish kau ni, aku bukannya budak kecil  lagi. Aku yang sepatutnya jaga Sandy, ni terbalik pulak." Omel Gempa.

Tatapan Sandstorm beralih pada Gempa, dia terkesima dengan panggilan manja yang ibunya beri itu. Buat pertama kali dia dengar panggilan itu. Bunyi seperti nama perempuan pun ada.

"Kau memang patut dijaga pun, kalau terlepas pandang. Kau mesti tak boleh nak duduk diam, ada aje kau nak buat. Pastu penatlah apa lah, kalau nak rajin haruslah berpada-pada." Bebel Halilintar. Matanya menjeling Gempa.

Gempa mencebik, pipi sang suami dicubit kerana geram. Namun balasan yang Halilintar berikam untuknya, buatkan Gempa terkedu.

Sandstorm hanya diam dan menonton kemesraan mereka berdua. Dia melihat aksi ayahnya yang spontan mencium ibunya tepat di bibir.

"Ehm, so dad akan outstation berapa hari?" Soal Sandstorm, menghancurkan drama romantik kedua orang tuanya.

Halilintar mendengus, seperti kesal akan gangguan Sandstorm itu.

"Hm, dalam 2 minggu. Haduh, harus tahan rindu lah kat korang nanti."

Sandstorm senyum mengejek. "Yelah tu, ke takut rindu mati kat orang sebelah tu?"

"Itu memang betul, daddy tak pernah rindu kamu. Sebab perangai kamu macam harem."

Gempa menggelengkan kepala melihat perdebatan dua beranak itu. Memang pantang berjumpa mesti nak bergaduh.

"Sudahlah, tak baik gaduh depan rezeki ni. Dah, makan sampai habis."

Gempa meleraikan pergaduhan yang mahu tercentus itu.

"Fine babe."

*****

Sebelah tangannya menungkat dagu, manakala sebelah lagi sibuk membelek buku sekolah bahasa English.

Keluhan keluar dari belah bibirnya.

"Apa aku nak buat eh kat lelaki tu selama daddy pergi outstation?" Pikirnya.

Sibuk melayan fikirannya, sampaikan dia tidak perasan akan kedatangan seseorang dibiliknya.

"Apa yang kamu fikirkan? Khusyuk betul nampak?"

Teguran itu buatkan Sandstorm tersentak daripada lamunannya. Dia berpaling, terlihat ayahnya yang entah bila masa sudah berdiri di sampingnya.

Dia mendongakkan kepala untuk melihat wajah ayahnya, Halilintar.

"Oh dad, bila masuk ni? Tak dengar pun?"

"Macam mana kamu nak dengar, kalau asyik termenung aje. Sampaikan daddy ketuk pintu pun tak dengar." Perli Halilintar.

Sandstorm mencebik. "Yelah. Kenapa ke sini? Kalau daddy datang sini mesti ada apa-apa ni."

"Betul lagikan benar. Daddy cuma nak cakap.."

Sandstorm memasangkan telinga untuk mendengar apa yang mahu Halilintar katakan.

"Please jaga momma kamu selama daddy tak ada dan please jangan sakitkan hati dia lagi. Daddy dah tak sanggup tengok wajah sedih dia bila kamu abaikan dia dan tak anggap dia tu ibu kamu. Tolong terima dia seadanya Sand, walaupun dia lelaki tapi dia tetap ibu yang pernah melahirkan kamu. Boleh Sandstorm?"

Nasihat itu diserap baik oleh Sandstorm, anak matanya menatap wajah awet muda ayahnya yang tampak berharap banyak terhadapnya.

"I'm sorry dad, Sand tak boleh.."

"Sandstorm.."

Halilintar memegang kedua bahu anaknya.

"Kenapa kamu benci sangat kat momma kamu? Apa salah dia hm? Kamu tak kasihan ke kat dia?"

"Daddy, Sand.."

Entah kenapa lidah Sandstorm terasa kelu untuk melafazkan kata-kata.

"Berbaiklah dan terima dia dengan perlahan-lahan. Nanti kamu akan tau seperti apa keperibadian momma kamu itu."

Tidak mereka sedari, Gempa mendengar semua perbualan mereka.  Dia bersandar pada dinding sambil mengetap bibirnya.

Dia amat terharu melihat Halilintar yang bersungguh-sungguh mahu mendekatkan Sandstorm padanya.

"Aku sangat berharap usaha kau dalam menyatukan kami, berbuahkan hasil. Aku dah tak sanggup bermusuhan dengan anak sendiri.."

Gempa mengusap birai matanya yang berair, dia berlalu pergi daripada situ dengan seribu perasan yang ada di dadanya.













Tbc ..

Sorry lama menyepi, hope you guys like it.

Btw 35 vote for next chapt..

Tankiu 💞

I'm Sorry Mom.. (HaliGem) [SU]Where stories live. Discover now