#12: Masa yang selalu mencemburui kita

58 2 2
                                    

Mula Tulis: 15 April 2021 (02:00PM) - Khamis
Ketika di pejabat Alluskin, sedang penat kerana berpuasa.

"Berapa banyak kenangan yang kau mampu simpan dalam kepala?"

Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan Ira (kekasih hati pengarang jantung), meluangkan masa bersama bermain boardgame dengan rakan sekolah penang aku. Ini memang aktiviti wajib tahunan sebenarnya dan aku dengan sengaja mengajak Ira, bersama tujuan hendak memperkenalkan dia pada rakan-rakan lain.

Aku menjadi aku. Berjanjinya pukul 3 petang, tapi aku tiba di majlis perjumpaan itu pada pukul 4:30PM. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapalah mereka masih hendak berkawan dengan aku.

Sampai saja, benda pertama yang aku perlu sambut dari rakan-rakan adalah jenaka bahan.

"Sibuk mengalahkan menteri!" marah Zaharah. Kelakar juga bila mengenangkan dahulu, dipanggil menteri ni masih boleh dikirakan sebagai pujian. Sekarang, terasa double level penghinaannya. Punyalah haprak tahap menteri sekarang.

Aku melawan semula marah itu dengan cara mengambil pinggan dan isikan ia dengan ayam goreng KFC sebanyak 3 ketul. Perut sedang lapar, mana boleh fokus bermain boardgame.

*******

Selesai bermain Deep Sea Adventure (permainan ni mekanismanya mudah, tapi dia punya thrill boleh pergi jauh), Aiman mencadangkan kita take 5 untuk berehat dan berbual hal-hal santai.

"Masa main boardgame, mana boleh nak borak-borak tanya khabar ni. Semua borak nak bergaduh dan menang," ujarnya sebelum mengambil tempat duduk dan berbual tentang kerja.

Aku berasa senang dengan kumpulan kawan aku yang ini. Masing-masing sudah ada kerjaya yang sedap. Maka bila bercakap pun, bukan kata-kata kosong yang keluar. Dari hal-hal kerjaya, masing-masing mula perlahan-lahan masuk bercerita tentang kenangan masa sekolah.

Naz berasa teruja dan segera menunjukkan semula gambar-gambar lama melalui telefon pintar.

Ada satu gambar yang menjadikan perbualan lebih rancak. Gambar kami beramai-ramai bergaya bebas dan tidak pandang kamera, sedang duduk di dalam dorm. Ketika itu waktu malam, dan kami sedang ponteng solat Tarawikh berjemaah. Tak tau kenapa kami begitu berani merakam bukti ketika membuat kesalahan yang boleh dikira besar terutamanya jika duduk di sekolah asrama.

"Kamera siapa ni?"
"Kamera kau la. Siapa lagi yang berani bawak kamera pergi asrama. Banyak gila ambik gambar guna kamera tu. Ada lagi ke gambar tu semua?"

Terus, aku terkenang pada tragedi di mana percubaan aku menghantar repair semua external hardisk menemui kegagalan apabila dimaklumkan model external aku jenis lama. Sudah tiada barang ganti yang boleh diguna pakai. Aku cukup kecewa.

"Nasib baik kau ada upload sikit dekat youtube video-video masa dekat asrama dulu. Kalau tidak, memang hilang semua," ujar Aiman.

Dengan pantas, aku membuka aplikasi youtube dan membuat percubaan mencari semula video tersebut. Ada beberapa yang memang tersedia untuk ditonton semula dan mengenang kenangan lama.

Untuk itu, aku cukup berterima kasih dengan Mikael Sahaja yang sedikit bijak dalam membuat keputusan pada nasib sebahagian video semasa di SOKSEK dahulu.

*******

Semalam, masa aku tengah bermain Day Gone (aku semacam ada satu obsesi bermain game genre zombie ni. Terasa bermakna hidup bila dapat completekan mission dengan sumber yang tak berapa cukup), aku teringat semula video video lama aku di youtube.

Aku pause game dan mula tonton semula satu persatu.

"Berapa banyak kenangan yang kau mampu simpan dalam kepala?"

Terlalu banyak. Tapi hal ini menyebabkan aku rasa perlunya beberapa kenangan aku upload di mana-mana sosial media. Dengan tujuan memudahkan lagi aku untuk mengenang dan menghargai kemajuan hidup yang telah aku kecapi.

Sebab kadangkala, kita sudah jauh mencapai kejayaan yang tak pernah sangka kita dapat. Namun kita jarang bersyukur dengan semua itu. Merekod kenangan adalah salah satu cara untuk membantu kita bersyukur.

Ketika menonton tu, mata aku tertangkap pada satu petikan yang tertera pada video;

Ia tertulis "10 years ago".

Holyshit.
Masa berlalu terlalu pantas. Tak lama lagi, umur aku secara rasminya menjadi 30.

Aku kena siapkan semua novel aku sekarang!

Tammat

Tamat tulis: 17 April 2021 (07:15Pm) - Sabtu
Ketika menunggu buka puasa di rumah Mak Teh di Rawang.

Sembang Mikael (New)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz