#19: Selamat Hari Lahir, Sayang.

11 2 0
                                    

Mula Tulis: 20hb Mei 2024 (09:43AM) - Isnin
Ketika sedang curi-curi mencari mood hendak menulis semula sambil menjeling pada bos besar yang sedang duduk di sebelah.

17hb Mei 2024 - Jumaat

"Macam cerita Sheriff," ujar Ira tatkala aku menceritakan plot skrip 'Detektif' yang aku tiba-tiba 'dapat' ketika sedang membawa motor menuju ke tempat kerja.

Kami sedang berada di sebuah Oyo yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Esok adalah hari lahirnya yang ke 28. Lalu kami mengambil keputusan untuk meraikannya dengan cara melakukan pelbagai aktiviti sambil mahu mencipta kenangan baru bersama. Salah satu aktivitinya adalah menaiki Bukit Melati.

Aku agap defensif pada mulanya. Dan aku mula mengatakan yang semua cerita Thriller memang stylenya begitu. Tak boleh lari jauh. Akan ada satu watak utama sedap yang akan carry cerita, ada seorang dua yang macam Chameleon (selalu bertukar peranan sekejap baik sekejap jahat), dan ada satu plot twist yang buatkan kau tercakap 'what the fuck' versi kagum.

Ada juga pertukaran dialog yang berlaku antara aku dan Ira. Aku berada di kem 'Cerita Original' dan Ira berada di kem 'Cerita Ciplak'. Aku tak pasti siapa yang menang tapi akhirnya perbualan itu tidak bersambung lagi.

Tapi kalau difikirkan yang aku sendiri sudah menonton cerita Sheriff tu di pawagam sebanyak tiga (3) kali (Ira pula dua (2) kali), kata-kata Ira itu ada asasnya. Hal ini menyebabkan aku mula mempersoalkan tentang kredibiliti sendiri dalam menulis cerita. Kerana kita memang mudah untuk dipengaruhi oleh apa yang berlaku di sekeliling kita.

Aku sentiasa percaya bahawa cerita yang paling sedap nak ditulis sebenarnya cerita tragedi. Tak kiralah sedih ke, kematian ke, kehilangan ke. Ia mesti bermula dengan tragedi ataupun dalam erti kata lain, permasalahan yang menyebabkan status quo watak utama jadi tercabar. Sebagai contoh hal sekarang, macamana aku boleh mampu menulis semula dalam keadaan aku merasakan kemampuan aku untuk menulis sedang dicabar.

Atau mungkin aku sudah hilang kemahiran menulis itu dan ia sangat mengecewakan aku.

Sangat mengecewakan.

*******

19hb Mei 2024 - Ahad

Dua hari berlalu dengan sangat baik.

Misi birthday kali ini, kami hendak cuba dapatkan segala apa yang percuma sempena hari lahir. Dan kami berjaya mendapatkan hampir semua yang diiklankan. Bayangkan, kami bertukar-tukar kedai, makan makanan yang bernilai total hampir RM200 dan hanya mengeluarkan duit yang sangat minima (kurang lebih dari separuh). Sebagai contoh di Mama Thai IOI City Mall. Kalau kau makan pada hari lahir kau, kau akan dapat seekor ikan secara percuma. Tanpa perlu keluarkan sebarang perbelanjaan tambahan. Cuma perlu tunjukkan IC, buat pesanan, dan makan. Tidakkah itu mampu menghadirkan kegembiraan ke dalam hati sesiapa saja?

Sekarang, kami sedang berada di Sushi King. Ada promosi aiskrim percuma kepada sesiapa yang meraikan hari lahir. Satu lagi promo yang hendak dikejarkan adalah berbelanja RM30 dan dapat set gorengan tempura secara percuma.

Sebelum tu, kami sudah ke EatBBQ. Makan steamboat sebab ada promosi percuma untuk yang birthday.

"Entah cukup ke tidak RM30 ni," ujar aku pada Ira.

"Tak apa la. Kalau cukup, ada rezeki," ujarnya pula.

Aku masih tidak yakin dan kami perlahan-lahan mengambil keputusan untuk redha dan move on saja. Lalu kami pun ke kaunter dan mula hendak membuat pembayaran.

"Semua sekali RM31.16. Bayar guna kad ke cash?"

Mata aku bersinar. Aku pandang pada Ira. Dia juga mempunyai reaksi yang sama. Tanpa menggunakan apa-apa dialog, kami berjaya mencapai kata sepakat.

"Boleh ke kalau nak redeem yang promo gorengan tempura tu?" tanya aku.

Juruwang Sushi King memandang aku sambil mengerut dahi.

"Encik nak duduk semula ke?" tanyanya.

Aku mengangguk, dan kami di dudukkan semula.

"Tak sangka dapat ya promosi ni," ujar Ira sambil turut sama teruja.

Sejujurnya, kami berdua sudah terlalu kenyang. Tapi kerana matlamat perjalanan adalah untuk mendapatkan segala apa yang percuma untuk promosi hari lahir, maka kami perlu kekal disiplin.

Termasuk saat ini, sudah beberapa kali aku melihat wajahnya yang sangat gembira dan teruja terutamanya ketika kami melakukan aktiviti bersama-sama. Tanpa sedar, dengan hanya melihat wajahnya yang begitu, ia turut menghadirkan rasa gembira yang lebih dua kali ganda besarnya dari apa yang pernah aku rasa selama ini. Aku mahu abadikan semua ini supaya aku boleh baca di kemudian hari dan mengenang semula moment indah ini.

Mungkin aku boleh menulis tentang hal-hal gembira pula?

Kita tengoklah ya macamana nanti.

Selamat hari lahir pada isteriku yang tercinta. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dikurniakan dengan segala rahmat dan nikmat dari Allah. Abang sentiasa sayangkan sayang sepenuh hati abang.

Amin.

P/S: Juga, selamat hari lahir untuk diri sendiri.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sembang Mikael (New)Where stories live. Discover now