two

147 43 18
                                    

Hari ini, aku berjaya tegur kau setelah sekian lama. Buat seketika aku bangga dengan diri aku.

Namun, aku nampak classmates kita pandang aku semacam sahaja, mungkin sebab aku jarang bercakap dalam kelas lagi - lagi dengan perempuan?

Hmmm rasanyalah, aku hanya pernah bercakap dengan Seungkwan, Chan dan kau sahaja sepanjang aku bersekolah di sini. Tidak lupa dengan beberapa cikgu sekali.

Kalau bercakap dengan orang lain pun masa ada kerja berkumpulan sahaja.

Aku mengukirnya senyuman kecil. Tak apa, yang itu tak payah kisah. Yang penting, hati aku berasa lega sebab kau layan aku dengan baik.

" Hi Haneul.. Haneul dah makan? "

Aku masih teringat mulutku bergerak untuk menanyakan soalan itu kepada kau sebentar tadi sebagai tanda kita bercakap buat kali pertama.

" Ahh Hansol. Haneul sudah makan tadi. Kenapa Hansol? "

Kau membalas sambil tersenyum kecil. Aku masih ingat dengan jelas lagi.

Aku melihat kau menutup buku yang berada di tangan kau.

" Lagipun tiba - tiba sahaja ni, ini kali pertama bukan kita bercakap? " soal kau selepas itu.

Aku mengaru kepalaku perlahan yang tidak gatal. " Hansol sahaja je tanya.. Sorry kalau Haneul tak selesa. "

" Eh tak adalah. Haneul tak kisah pun. Lagipun first time ada orang tanya macam ni dekat Haneul. "

" Oh iyaka? Hehe.. " Aku tersengih kecil mendengar balasan kau ketika itu.

Betul juga cakap dia. Sebab aku tengok dia selalu sorang - sorang. Kesian kan?

Oh ya, hati aku berbunga kau layan aku dengan baik. Aku memang tak menyesal sebab pendam satu hasrat dekat kau.

Aku rasa mungkin kau akan terima nanti kalau aku bagitahu. Namun, kenapa fikiran aku selalu mengatakan yang kau akan tolak nanti?

Aku mengeluh berat, nak bagitahu sekarang atau tidak?

- TBC -

wish . vernon svt ✔︎Kde žijí příběhy. Začni objevovat