four

89 38 8
                                    

Aku melihat ke luar jendela. Nampaknya hujan tengah turun berdenyai - denyai setelah sekian lama.

Rasanya sudah lama aku tidak nampak air hujan turun ke bumi. Maksud aku dalam satu bulan macam tu?

Aku membawa diriku berjalan menuju ke luar bilik dan juga berjalan menuju ke dapur.

Rasa ingin buat air panas pula untuk diminum sekarang. Tambahan pula dengan cuaca sekarang yang tengah sejuk. Mesti rasanya hangat bukan?

Aku mula membuat air kopi panas dan hanya duduk di dapur sambil termenung memikirkan hidup aku.

Semalam, tuan rumah ada datang minta sewa rumah, tapi aku masih belum membayar oleh kerana tidak cukup duit.

Duit yang eomma aku tinggalkan, sudah habis oleh kerana membayar sewa rumah pada sebelum - sebelum ini, hal sekolah dan juga membeli keperluan barang dapur.

Hari ini aku cuti berkerja kalau tidak, mesti aku sudah berada di tempat kerja  sekarang.

Aku terpandang bilik eomma saat melihat sekeliling rumah.

Hati aku mula berdetik ingin memasuki bilik itu.

Aku bangun daripada kerusi lalu bergerak menuju ke sana. Air kopi panas yang aku buat hanya ditinggalkan begitu sahaja di atas meja.

Krekk..

Aku memulas tombol pintu perlahan lalu menghulurkan kepalaku ke dalam selepas itu.

Bilik ni, kemas sahaja. Maklumlah, sudah lama aku tidak masuk ke sini.

Satu bulan mungkin?

Aku membaringkan diriku di atas katil.
Empuk dan selesa sahaja rasanya.

Beberapa minit kemudian aku bangun kembali dan bergerak menuju ke almari baju eomma.

Sempat juga aku mengambil dan melihat frame gambar aku bersama eomma.

Gambar yang diambil semasa satu minggu sebelum eomma pergi.

Aku menyelongkar almari kerana ingin mengambil baju eomma untuk dipeluk ketika aku mahu tidur nanti.

Tiba - tiba aku ternampak ada satu kotak yang kelihatan masih baharu.

Aku mengambil kotak itu lalu membawa keluar dan diletakkan di atas lantai.

Sebelum membuka kotak, aku mengesat sedikit habuk yang berada di kotak menggunakan lengan bajuku.

" Fuh agak - agak ada apa dalam ni? "

" Eoh? What? Letter? "

- TBC -

Huhu this chapter panjang sikit..

wish . vernon svt ✔︎Where stories live. Discover now