eleven

116 37 50
                                    

" Enul.. Mari makan. Hans ada masak nasi goreng kimchi ni! " Laungku kuat sambil meletakkan nasi goreng yang dimasak oleh aku sendiri di atas meja. Apa? Ingat aku tak pandai masak ke?

Kami sekarang tengah berada di rumah aku. Aku ingin mengemas dahulu barang - barang yang berada di dalam rumah ini sebelum berpindah ke rumah appa.

Aku membuat keputusan untuk tinggal dengan Haneul selepas ini. Lagipun Haneul yang mahu aku tinggal dengan dia. Dia kesiankan aku sorang - sorang dekat sini dengan tak cukup makan.

Beberapa minit kemudian, Haneul datang dengan sepucuk sampul surat yang berada di tangannya. Aku yang melihat, terpinga - pinga.

Sejak bila dia pegang surat itu?

" Apa tu Enul? " soalku kepadanya. Dia memandang aku tanpa membalas lalu duduk di atas kerusi di hadapan aku. Muka kosong dia tayangkan.

Tiba - tiba, dia menghulurkan sampul surat itu kepada aku. Aku memandang mukanya yang kosong lalu mengambil sampul surat di tangannya tanpa bersuara.

Aku mengambil pula surat yang berada di dalam sampul surat lalu membaca secara perlahan.

" Annyeong anak - anak appa, Haneul dan Hansol. "

" Appa tulis surat ni sebab appa nak mintak maaf sangat - sangat sebab pisahkan kamu berdua. Apa terlalu stress haritu dan membuat keputusan tanpa memikirkan tentang kamu berdua dahulu. Lagipun ketika itu, keluarga kita tengah susah. "

" Maaf kan appa ya sayang. "

" Maaf, appa rasa appa patut pergi dahulu menemani eomma di sana. Jaga diri elok - elok ya? Lagipun appa ada penyakit, hidup appa pun tidak lama. "

" Appa rancang nak ugut kamu untuk pilih nak bunuh kamu atau Haneul. Appa sengaja buat macam tu sebab nak tengok kamu betul - betul sayangkan Haneul atau tidak. Jadi bolehlah appa ikut eomma kamu berdua. Appa harap rancangan appa berjalan lancar. "

Ya, berjaya. Hansol sampai ingat appa betul - betul nak bunuh antara kami berdua tadi.

" Maaf kan salah silap apa jika terkasar bahasa atau tersakitkan hati kamu berdua. Setelah beberapa tahun, apa berjaya tubuhkan syarikat appa sendiri. Appa tahu Hansol bijak. Jadi, appa wariskan syarikat itu kepada Hansol. Jaga syarikat itu baik - baik dan jaga Haneul juga. Kalau kamu nak tahu lebih lanjut pasal syarikat tu, boleh tanya dekat assistant kamu, namanya Yoon Jeonghan. Kalau bukan dia, masih ada Lee Jihoon dan Seo Myungho yang merupakan pekerja terbaik bagi appa. "

Aku memberhentikan bacaanku.

Yoon Jeonghan, Lee Jihoon, Seo Myungho..Hmm baiklah. Aku menyambung membaca surat appa.

" Kalaulah tiba - tiba syarikat ada masalah, gunalah sejumlah duit yang  appa sudah simpan siap - siap. Haneul tahu dekat mana, jadi Hansol boleh tanya Haneul. Satu lagi, kalau Hansol nak teruskan pelajaran pun boleh sahaja, tapi jangan lupa jaga syarikat appa sehabis baik."

" Pesanan untuk Haneul pula. Teruskan pelajaran kamu dan capai cita - cita kamu sayang. Jaga diri dan selalu berada di samping kembar kamu ya. Appa harap kamu berdua boleh teruskan hidup tanpa kami dan salin bantu membantu. Sayang dan percaya satu sama lain. Appa sayang korang berdua. Thank you my twin. "

Sebaik sahaja aku membaca ayat terakhir, air mataku yang perlahan jatuh, mula menjatuh menjadi seperti air terjun.

" Eomma, appa. Hans pun minta maaf... " gumamku perlahan sambil memeluk surat yang ditulis oleh appa.

Aku akan jaga amanah appa baik - baik. Tidak tahu pula aku salah satu syarikat dekat Seoul ni kepunyaan appa.

Patutlah semasa aku singgah ke rumah appa sebelum datang ke sini aku terkejut melihat rumah mereka tinggal yang terlalu besar.

Maknanya, Haneul hidup dalam kesenangan lah sebelum ini sampai ada seorang driver peribadi.

Mesti ramai tertanya kenapa aku tak tahu sebelum ini?

Sebab selama aku kenal Haneul, Haneul naik bas sahaja pergi dan pulang daripada sekolah. Pakaian dia, barang - barang sekolah dia tak nampak macam orang berada pun. Jadi memang ramai ingat dia orang sederhana. Patutlah dia tak ada kawan, sebab dia rahsiakan identiti dia yang dia anak orang berada.

" Hans.. "

Aku memandang wajah Haneul. Dia tersenyum kecil.

" Pasal dua hari lepas, Hansol ada tanya pasal nak jadikan Haneul jadi adik angkat, right? "

" Hmm iya.. Tapi lupakan saja, sekarang hubungan kita sudah lebih daripada adik angkat ataupun abang angkat. " balasku lalu tersenyum manis. Dia juga turut tersenyum.

Nampak jelas, ada satu lesung pipit di belah pipi karinya.

" Iya.. Haneul sayang Hansol tau. "

- END -

Vernon : tak tergoda ke? 😚 anyway, thank you baca semua <3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vernon : tak tergoda ke? 😚 anyway, thank you baca semua <3

Fanfic ni mengarut. Right? Plot twist pun tak menarik.

wish . vernon svt ✔︎Where stories live. Discover now