six

80 35 7
                                    

" Hansol!!! "

Aku berpaling memandang Haneul kerana aku tahu itu suara Haneul.

Buku yang tengah aku baca, aku tutup perlahan. " Haaa iya Haneul? "

" Hansol teman Haneul pergi library sekejap boleh? Ataupun Hansol tengah sibuk sekarang? "

" Buat apa? "

" Nak pinjam satu buku ni. Hansol nak ikut? "

" Hmm boleh lah. Jom. "

Aku mengangguk kecil lalu meletakkan buku aku di bawah meja.

Selepas itu, aku berjalan disamping Haneul ke library.

Di library,

" Hansol! Dekat sini! "

Aku yang tengah melihat buku di rak buku terus memandang Haneul kerana mendengar suaranya.

Aku mengangguk kecil lalu berjalan menghampiri Haneul.

" Buku mana yang Haneul nak? "
soalku memandang Haneul sekilas lalu memandang rak buku yang dia tunjuk.

" Hmm mana eh... Oh sini! " Aku hanya memerhati dia mengambil buku itu dan tiba - tiba aku ternampak satu tanda di tangan dia. Aku tekun memerhati tanda tersebut.

" Ahh! " Kepala aku sakit tiba - tiba.

" Eh Hansol. Kenapa ni? " Haneul yang pada mulanya tengah berusaha mengambil buku, menghampiri aku.

Aku mengawal riak mukaku.

" Tak ada apa - apa. Hansol okay. Mari Hansol tolong ambil. Nampak macam Haneul tak sampai je. " ujarku lalu tergelak kecil. Haneul mencebik kecil.

" Ala.. tahulah Haneul ni pendek! " protes Haneul.

Aku mengelus rambut Haneul perlahan.
" Hansol gurau je lah Haneul. Hansol suka apa dengan orang yang pendek, comel. " ujarku selamba lalu mengambil buku yang dia mahukan.

" Apa Hansol cakap tadi? "

Aku memandang kau dengan senyuman kecil dengan gelengan kecil.

" Tak ada apalah Haneul. Kita masuk kelas balik ya lepas ni? "

Aku hulurkan buku yang Haneul mahu. Haneul mengambil buku yang berada di tangan aku dengan anggukan kecil.

" Hurm tapi Haneul balik sorang - sorang boleh? Hansol nak pergi tandas dahulu. "

" Boleh boleh. Nanti kita jumpa lagi Hansol.. "

Kami pun berpisah dengan kepala aku yang masih berdenyut.

- TBC -

wish . vernon svt ✔︎Where stories live. Discover now