eight

75 35 29
                                    

Aku setia menunggu kehadiran si Haneul, sekarang sudah masuk waktu rehat, kenapa batang hidung dia pun aku tidak nampak lagi?

Tak akan dia tak mahu bagitahu jawapan dia dekat aku sampai tak datang ke sekolah harini?

Aku setia menunggu Haneul dengan perasaan bercampur aduk.

Hurmm..

Skip waktu balik,

Aku memasuki rumahku dengan perasaan kosong. Haneul memang tak datang harini. Kenapa ya? Sebab aku ke?

Aku menutup pintu lalu memandang ke arah ruang tamu.

" Ah! " Aku mengurut dadaku akibat terkejut.

Haneul? Kenapa dia kena ikat? dan ada juga seorang lelaki yang nampak berumur tetapi tidaklah terlalu tua berhampirannya.

" Ha-haneul? " panggilku.

" Ya. Ini Choi Haneul. Kembar kamu Choi Hansol. "

Aku terkejut mendengar kata - kata lelaki berumur itu. Siapakah dia sebenarnya? Sudahlah tiba - tiba berkata seperti itu.

" Hansol. Hansol.. Sudah besar ya kamu? "  Macam mana dia kenal aku? Adakah selama ini dia perhatikan aku?

" Pak- " Belum habis aku nak panggil, lelaki berumur itu menghalang.

" Aku appa kau. Kenapa? Terkejut? Aku bawa dia datang sini sebab aku dapat tahu yang kau rapat dengan Haneul dekat sekolah. Aku tak nak dia rapat dengan kau, jadi aku bawa dia datang sini untuk bincang sesuatu dengan kau. " Sekali lagi aku terkejut. Apakah yang berlaku sekarang ni?

Aku mencuba untuk kekal tenang.

" Ta-tapi kenapa.. Apa semua ni? " Aku beranikan diri menanyakan soalan.

" Appa cuma nak kamu pilih. Kamu nak mati atau Haneul? Ini memang tiba. Tapi Appa tak akan sesekali membenarkan kamu menjalin hubungan kekeluargaan sebagai kembar kandung. "

Aku melihat ke arah Haneul dan dia menggeleng - gelengkan kepalanya.

Aku tahu dia tak mahu aku pilih diri sendiri.

Apa patut aku buat?

Tengah aku memikir, tiba - tiba sakit kembali menyerang di kepala aku.

Aku mengetuk - ngetuk kepalaku.

Kemudian, aku kembali memandang Haneul. Kenapa rasa macam pernah tengok muka dia masa dulu? Aku merenung muka dia lama - lama.

" Enul? " Aku tidak tahu mengapa perkataan ini keluar daripada mulut aku manakala dia tersentak dengan perkataan yang aku sebut.

" Hans? " Dia pula berkata.

Ya, walaupun dia diikat, tetapi mulutnya tidak.

" Haih budak! Kau dah buat keputusan ke belum? Aku dah bosan ni. " Jerkah appa tiba - tiba, atau lebih tepat lagi.. Syaitan?

" Appa bunuh sahaja Hansol. Bagi Haneul hidup. " Aku berkata lantang.

Biarlah, aku sanggup mati daripada tengok kembar aku yang mati di hadapan mata aku.

- TBC -

wish . vernon svt ✔︎Where stories live. Discover now