CYBERHUMAN

511 48 0
                                    

C y b e r h u m a n
-------------------------
" Salah ke jadi manusia biasa? "  - Ali

♛ ━━━━━━ ♛

KOLOBORASI
Nooroo_Edayu03
i_am_kacang

♛ ━━━━━━ ♛

KATEGORI
Aksi, fantasi, fanfiction

♛ ━━━━━━ ♛

STATUS
On-going

♛ ━━━━━━ ♛

JARAK MASA
Mula: 31 Ogos 2021
Tamat: kalau mahu tahu, kenalah baca

♛ ━━━━━━ ♛

COVER

♛ ━━━━━━ ♛

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♛ ━━━━━━ ♛

SINOPSIS RINGKAS

Kalau kita tengok dalam drama atau cerita Science-Fiction, mesti hero dia seorang yang overpower... sampai penjahat yang berlatih bertahun - tahun pun dapat dikalahkan dengan kuasa persahabatan...

   Uhuk! Uhuk!

   "Sebab kamu... kamu... uh, kamu manusia." - DR. GHAZALI

   Di Kerajaan Cyber, hampir semua orang mempunyai kuasa iaitu kuasa Tekno, Kombat, Neuro dan Inviso yang ada keistimewaan masing-masing. Siapa yang tiada kelebihan ataupun lebih tepat, manusia, akan dihalau dari tempat itu. Alasannya hanya kerana mereka aneh.

   "Hanya kau sahaja yang dapat ubah masa depan manusia di dunia ini." - VIKTOR

   Ali, budak cuai yang kalau berjumpa dengan orang, mahu masing-masing tepuk dahi melihatnya. Dia sendiri tidak tahu bahawa dia manusia sehinggalah ayahnya memberitahu. Yalah, hendak masuk pertandingan yang memerlukan kuasa, manusia sepertinya apa boleh buat?

   "Jadi, kalau saya manusia, siapa yang cipta cermin mata... tak. IRIS ini?" - ALI

   Siapa tahu rahsia yang disimpan oleh cermin mata IRIS yang sering dipakainya?

   Masalah semakin keruh tatkala datang seorang lelaki, AnalogMan yang ingin menghancurkan orang yang berkelebihan kuasa. Pada mata manusia, niatnya perlu disokong namun pada mata yang lain, dia hanya penjahat yang wajib dihentikan.

   "Salah ke jadi manusia biasa?"

♛ ━━━━━━ ♛

Cyberhuman mula membuka kedatangan buat manusia.

Bismillah...
SELAMAT DATANG!
.
.
.
.
.
.
.
.

CyberHuman (EA) Where stories live. Discover now