14 - Cyberhuman

211 23 16
                                    

C y b e r h u m a n
-------------------------
"Hanya kau sahaja yang dapat ubah masa depan manusia." - Viktor
.
.
.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

*Ada penambahan baru pada peta

.

"ALANG-ALANG kita dah dekat pasar ni, kita belikan baju untuk abang sekalilah." Danish yang turut mengunyah makanan bersuara, memandang Ali. Eh, bukannya Ali nampak dia pun. Pandangan beralih kepada Viktor. Keningnya dijungkit.

   "Hmm... bolehlah. Baju aku pun bukannya muat untuk kau. Kau tu, pendek sangat. Dari dulu sampailah sekarang, pendek! Kau tak membesar ke, Ali?" Viktor mula membebel. Entah dari mana remaja lelaki itu mendapat skil untuk membebel persis mak-mak. Yang pasti, Danish agak penat mendengarnya.

   "Sudah-sudahlah tu abang Viktor. Berdengung telinga Danish ni. Kalau sekali-sekala, terhiburlah juga. Ini hari-hari, macam mana telinga Danish tak terjatuh lagi pun Danish tak tahu," rungut budak lelaki itu.

   Viktor berdecit. "Kau ni, banyak bunyi betullah. Abang bagitahu tok kau baru kau tahu," ugutnya. "Sudahlah orang suruh kutip barang, kau pergi merata pula. Mujur tak jauh. Kalau hilang, abang akan pastikan kau kena sebat."

   Ternaik bahu Danish mendengarnya. Angin sejuk menyapa belakang leher. Peluh dingin pada dahi dilap perlahan. "Abang jangan bergurau macam ni, bang. Seram Danish."

   "Kau fikir abang bergurau ke?" Viktor menghela nafas. "Sudahlah, layan Danish ni, esok pun belum tentu kita balik. Hah, Ali. Jomlah. Kita kena balik cepat. Risau nanti hari nak lewat. Takut ada binatang buas je dalam perjalanan kita nanti," kata Viktor, yang merujuk kepada binatang magis dan binatang mistik yang mendiami Hutan Sakti itu.

   Meskipun mereka jarang menunjukkan diri, ianya tidak bermakna mereka boleh menjatuhkan pengawasan mereka. Cyberhuman sendiri memerlukan skuad untuk memburu binatang itu, apatah lagi mereka yang manusia ini.

   "Em... sekarang dah petang ke?" Ali bertanya kekok. Kadangkala Ali tidak mampu untuk membezakan waktu. Kalau dia tahu pun, itu sebab bahang matahari dan waktu malam yang terasa dingin.

   "Iya maa. Sudah petang. Kena cepat sikit. Binatang dalam hutan tu kebanyakannya aktif waktu malam. Kau tak pernah jumpa ka?" Viktor mengerutkan dahinya. Takkanlah empat tahun di dalam hutan, sekalipun Ali tidak terserempak? Pergi mana budak seorang ni?

   "Err, entahlah. Aku mana tahu. Ada juga aku dengar bunyi-bunyi aneh, tapi selalunya aku dan Comot bersembunyi. Tak beranilah aku nak jenguk. Kalau aku tengok pun, bukannya aku nampak. Buat tambah masalah je nanti." Ali membalas selamba. Tangannya meraba perlahan matanya. Dia melepaskan keluhan berat.

CyberHuman (EA) Where stories live. Discover now