1 - Cyberhuman

342 29 9
                                    

C y b e r h u m a n
-------------------------
" Salah ke jadi manusia biasa? " - Ali
.
.
.

"TIIIT..." Pintu kayu itu terbuka apabila menerima cap jari Ali. Canggih betul rumah Ali. Maklumlah, ayahnya memegang jawatan penting dalam membangunkan kerajaan Cyberhuman ini. Bahkan kerajaan ini mencapai kemajuannya sendiri berbanding kerajaan fantasi yang lain.

"Ali dah balik." Kerana terlalu kalut, Ali tersepak bongkah lantainya sendiri. Cepat-cepat Comot yang sedang berehat mengeluarkan kepaknya dan menahan Ali daripada terjatuh. "Meow!"

Ali menahan tangannya pada dinding lantas kembali berdiri ke posisi asal semula. "Hehehe, sorry Comot." Ali tersenyum senget seraya tangannya menutup pintu.

Comot memandang ke arah bungkusan di tangan Ali sambil terbang mengelilingi Ali. Tuan dia beli makanan ke?

Ali menarik ke atas plastik itu saat Comot cuba mengambilnya. "Eh, tak boleh. Ini untuk ayah." Ali mencabut seliparnya, barulah dia masuk ke dalam. "Nanti aku bagi kau makanan, ya?"

'Ayah mesti tengah buat kerja,' duga hati Ali. Tepat sangkaannya, bertimbun-timbun kertas di atas meja ayahnya. Ali menyapa ayahnya. "Ayah buat kerja ke? Tadi Ali beli air dekat pasar ini. Takut-takut ayah nak ke..."

"Terima kasih. Tak apalah, letak sahaja kat situ." Ghazali menyuruh Ali tanpa memandang wajah anaknya. Tangannya sibuk menari pada kertas ajaib itu. Tidak perlu tulis pakai bulu pelepah, hanya gerakkan jari pada kertas sahaja.

Ali hanya akur meletakkan bungkusan itu di atas laci berdekatan meja ayahnya. Dia tidaklah terasa hati sangat memandangkan esok ayahnya kena menghadap raja. Namun, itu bukan tujuan utama dia masuk ke dalam bilik ayahnya.

"Ayah." Sehelai kertas ditunjukkan di hadapan Ghazali. Ali teruja bersuara. "Ayah, boleh tak Ali masuk pertandingan ini? Pertandingan uji kekuatan, sekolah yang buat. Ali kan Tekno, jadi mesti dapatlah menang hadiah ini." Ali menunjukkan beberapa kali ke arah tulisan berkenaan hadiah kepada ayahnya.

Tidak semena-mena, kertas itu dirampas oleh Ghazali. Ghazali menoleh ke arah anaknya, tajam. "Lupakan sahaja Ali. Masuk pertandingan ini, bukannya ada faedah pun." Ghazali menyimpan kertas itu di dalam laci.

Mata Ali membulat melihat tindakan ayahnya. "Kenapa pula? Pertandingan ini sekali dalam enam tahun kot. Lagipun boleh dapat empat ribu lebih wang emas kot!" Ali cuba menyakinkan ayahnya

Comot merangkak masuk ke dalam bilik Ghazali. Kenapa dia tak terbang? Mungkin sebab kucing itu rasa penat kot. Ali ini... kata nak bubuh makanan, ini sembang lagi kenapa?

"Ali, ayah kata tak boleh. Maknanya tak bolehlah. Kalau Ali masuk pun, Ali yakin ke Ali akan menang?" Ghazali memusingkan tubuh ke arah kertasnya semula. "Daripada kamu masuk, baik kamu betulkan prestasi kamu dulu."

Ali tidak mampu menahan perasaannya. "Tapi ini sekali sahaja. Selalu kalau ada pertandingan lain, mesti ayah tak bagi masuk. Apa gunanya kuasa Iris yang Ali ada kalau Ali tak gunakan?"

Ghazali sedaya-upaya tetap mengunci mulutnya. Dia tidak boleh beritahu Ali tentang rahsia itu. Dia mengeluh kecil. "Ali akan faham bila Ali dah besar nanti. Sudahlah, jangan kacau ayah. Ayah nak buat sambung tulis laporan pada tuanku ini."

"Tapi... Ali dah tahun terakhir pun, ayah. Sampai bila lagi?" Ali memandang kecewa ke arah ayahnya. Dia mengetap bibir, membuat keputusan tekad. "Ali akan buktikan yang Ali akan dapat hadiah itu."

Mata Ghazali terbeliak melihat Ali ingin memcabut cermin matanya. Cepat-cepat dia bangun dan menangkap tangan Ali. "Jangan pernah cabut cermin mata itu!"

CyberHuman (EA) Where stories live. Discover now