6 - Cyberhuman

187 25 21
                                    

C y b e r h u m a n
-------------------------
" Salah ke jadi manusia biasa? "  - Ali
.
.
.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

.

"KEPALA  otak dia, memang taklah!" Suara-suara sumbang mula menidakkan termasuk penjaga gerai berdekatan. Gila ke apa manusia nak perintah mereka? Padahal Cyberhuman lagi hebat dari mereka!

   Alicia dan segelintir Cyberhuman yang lain ada bersiap-sedia mengeluarkan kuasa mereka, berjaga-jaga dengan apa yang akan berlaku? Ali seorang sahaja terpinga-pinga, masih memproses apa yang Analogman sampaikan.

   Ali lantas teralih ke arah perbualan Moon serta kawannya yang lain. Moon menggesa Zass yang telah mengeluarkan kad berwarna kelabu sinar. "Cepatlah, Zass. Beritahu M.A.T.A."

   Kata-kata Moon berjaya didengari Analogman. Segera Analogman meninggikan suaranya. "Kalau kau orang cuba melawan atau panggil pelindung pengecut itu, aku akan letupkan pasar ini dengan bom yang aku tanam semalam."

   "Eleh, cubalah. Kita orang tak takut pun." Moon sengaja memcabar Analogman. Tindakan Moon itu ditegur Alicia dan Khai. Moon memberi riak tidak memahami. "Apa?"
  
  "Oh, kau nak sangat tengok darah lagi sekali, ya?" Analogman menyeluk alat kawalan dari poketnya. Belum sampai jarinya pada butang tersebut, alat kawalan itu telah tercampak jauh ke rumput. Apa lagi? Ali terus memijak alat itu sehingga hancur.

   "Budak kurang ajar!"

   Ali yang terhegeh-hegeh mahu mengeluarkan yoyonya terhenti saat satu kapak terjatuh di hadapannya. Kapak itu ditarik oleh graviti kesan dari bom pemberat Alicia. Ali terundur beberapa langkah ke belakang bersama air muka yang tergamam.

   Comot terbang di hadapan Ali, mempertahankan tuannya. Ali ini pun satu, memang tahap Alicia nak tepuk dahi sendirilah. Pandai melawan, tetapi tak pandai nak pertahankan diri.

   Alicia menurunkan senjatanya. Dahinya berkerut memandang Ali. "Ali, kau nak mampus ke?"

   Ali tidak mempedulikan Alicia sebaliknya dia sambung menceramahi Analogman. Comot yang menghalang permandangannya ditolak lembut ke bawah. "Kamu pasti ke perbuatan kamu ini betul? Dengan paksa mereka untuk yakin manusia dan Cyberhuman ini boleh bekerjasama, atas apa yang kamu lakukan?"

   Moon turut menyampuk. "Entahnya, mana sama. Manusia tamak daripada kami. Manusia lemah daripada kami. Kami ini menangis pun tak pernah, jatuh maruahlah kalau angkat seorang raja yang lemah!"

   Analogman tidak fokus sangat pada celaan yang lain kerana terganggu dengan aura Ali. Bukan aura kesembilan belas atau sejuta. Rasa macam ada yang tak kena pada budak ini. Bibirnya melepaskan ngomelan yang dapat didengari. "Kenapa aura kamu ni... lain macam?"

CyberHuman (EA) Where stories live. Discover now