10 - Cyberhuman

193 24 13
                                    

C y b e r h u m a n
-------------------------
" Salah ke jadi manusia biasa? "  - Ali
.
.
.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

.

DINDING bangunan itu mula melihatkan tubuh dua orang berjalan dari biasan cahaya bulan. Tujuan langkah mereka berdua diorakkan pasti menuju ke bilik seseorang itu. Seseorang yang menjadi mangsa kerakusan kedua belah pihak.

   "Senyap betul kamu malam ni. Selalunya kamu akan makan sambil berjalan sekarang ni." Dayang menyapa kesunyian yang diciptakan Bakar sendiri. Rasa kekok pun ada juga sebab acap kali Bakar yang lebih banyak bersuara dari suasana sekeliling.
 
   Bakar meluahkan apa yang difikirkannya. "Tak adalah, pahlawan Dayang. Saya cuma nak tengok Ali bangun je. Lagi-lagi raja tak nak pun beritahu keberadaan ayah di... pembesar Ghazali."
 
   Entah mengapa hatinya terasa tidak enak, lebih-lebih lagi setelah dia dihalau secara kasar keluar dari istana itu. Memang raja Othman terkenal dengan kesombongannya, namun kali ini... baginda seperti menyorokkan sesuatu.
 
  "Kenapa pahlawan Dayang ikut sekali? Kalau pahlawan lain tahu... dia orang tak marah ke?" Bakar menanyakan punca Dayang ada di sini. Selalunya pahlawan M.A.T.A jarang, eh memang sekali seumur hidup sahaja menyentuh berkenaan manusia.

   "Entahlah." Dayang menguntum pahit. Kalinya lambat-lambat diaturkan ke hadapan. "Mungkin sebab saya berminat dengan manusia?"
 
   Bakar mengerling ke arah Dayang. Eh, macam ada udang di sebalik batu sahaja jawapan itu. Namun, Bakar hanya membuat biasa sahaja. Dalam fikirannya, hanya fikir fasal Ali sahaja.

   Pintu bilik yang menyimpan Ali di dalam memberhentikan langkah mereka. Belum sempat Bakar memegang pemegang pintu, Dayang memanggil namanya.

   "Bakar... kamu pernah rasa kosong, tak? Sejak Aliya pergi, dan saya tengok keadaan Ali... saya tiba-tiba rasa semula benda ni." Dayang mencengkam dadanya. "Saya nak kata ini perasaan takut, tak pula. Rasa risau pun jauh sekali. Tapi, rasa pedih ni buatkan saya rasa macam nak sesak nafas.
 
    Dayang menurunkan tangannya. "Saya selalu tertanya..."
 
    "... perasaan apa ni?"
   
    "Erm... entahlah." Bakar sekadar mengangkat bahu. Habis itu, tak akan nak main tembak sahaja soalan itu. Naya kalau kena masuk wad sama sekali dengan Ali.

   Dedaun pintu bilk itu ditolak. Bakar menjenguk kepalanya ke dalam berserta riak teruja. "Ali, Comot, uncle datang ni. Kau dah sedar ke..."

   Serentak itu, langsir yang tergantung terangkat dek angin melalui tingkap yang terbuka luas. Katil Ali juga kosong tanpa penghuni.

   Bakar laju menoleh ke belakang. "Habislah. Ali dah hilang!"
  
...

   "Co... Comot! Perlahan-lahanlah!" tegur Ali apabila Comot yang dipegangnya agak terlalu laju. Macam nak berlumba F1 setiap langkahnya. Nasib dia tidak tersandung batu atau akar.
 
   "Meow..." Comot terpaksa memperlahankan arah gerakannya. Kucing itu sendiri pun tidak tahu mengapa dia berlari. Mungkin rasa tidak sedap hati... kot?
 
   Ali menarik nafas lega tatkala langkah kakinya menjadi kadar normal semula. Cumanya segala objek di hadapannya seakan hilang dari permandangannya. Yang dia ingat dia rasa tergelincir dan...
 
   "Ah..." Comot memusingkan tubuhnya ke belakang apabila Ali seakan hilang nafas. Ali memegang dadanya sambil cuba menstabilkan nafas. Rasa ngilu pada matanya mencucuk-cucuk saat teringat kembali.
 
   Sangat mengerikan.
 
   "Meow?" Comot mendekati bulunya pada pipi Ali, khawatir. Ali terangkat tangannya, mencari tubuh Comot lalu membelai tubuh berbulu itu. Jangan kata makhluk lain sudahlah.
 
   Ali menjawab serta nafas tercungap-cungap. "Tak apa, tak apa. Aku okey. Jom balik rumah." Kaki kecil milik Comot dipegang sebagai penunjuk arah.

   "Lepas perlawanan tu, harap ayah tak apa-apalah." Ali cuba menenangkan hati sendiri. Mana taknya, sedar-sedar sahaja, dia sudah berada di atas katil. Entah-entah tempat yang dia duduki tadi merupakan penjara. Fuh, nasib baik dia lari tadi.
 
   Sekarang ini dia hanya bergantung pada Comot sahaja. Hendak pakai I.R.I.S... tetapi boleh ke?
 
   Ketika kaki menapak berdekatan titi kayu rumahnya, udara hangat mula menyentuh setiap inci tubuhnya. Tangan Ali jatuh dari tubuh Comot tatkala bunyi api marak pula yang masuk ke corong telinga.
 
   Tolonglah... tolonglah jangan kata...

   "Eh, ada oranglah!"
 
   "Lari!"
 
   Bunyi tapak kaki berterabur cuba mencabut diri. Yang pastinya, gerangan semua itu pasti Cyberhuman yang meraikan kekalahannya. Ali pantas mengatur langkah mara ke hadapan tatkala bunyi tapak kaki itu masih kedengaran.
  
   "Aku... aku kena halang dia orang." Ali berdesis kecil. Kerana berlari tanpa tentu arah, dia tidak perasan dia tersandung sesuatu. Seperti biasa, Comotlah yang menjadi penyelamat dari Ali terjatuh.

   "Meow..." Ngiauan Comot berubah kendur. Kaki Ali seolah kaku mendengar Comot mengiau pada benda di depan kakinya.

   Terketar-ketar tangan Ali cuba meraba-raba jasad tersebut. Tubuh yang keras, seperti manusia yang sudah lama mati. Kaki Ali serta-merta jatuh seperti jeli. Suaranya pecah. "Tak... tak mungkin. Janganlah... janganlah..."

   Walaupun hatinya melarang, tangannya tetap mencari kebenaran. Hidung, mata dan bibir mangsa itu disentuh sehingga tanpa sedar hakikat yang pahit ditemui.

   Ali mengangkat wajahnya. Pipinya mulai basah bersama air mata yang tak berhenti mengalir. "Ini bukan ayah, kan? Ayah aku pakai spek mata. Tapi... yang ini tak." Senyuman yang cuba dipertahankan akhirnya jatuh jua.

   Comot berhenti menjilat pipi Ghazali kala nada Ali berubah serak. "Meow."

   Bumbung rumah Ali yang direput api kini jatuh ke dalam air berdekatan. Ali berputus asa menekan leher Ghazali, namun tiada sebarang denyutan dirasai.

   Mata sebelahnya disentuh, masih tidak dilihat apa. "Kalau aku tak degil nak masuk pertandingan tu, mesti aku kena macam ni kan, Comot? Salah ke jadi manusia biasa?"

   Baju Ghazali digenggam. "Lagi baik kalau aku tak ada..."

   "Uncle tak setuju..." Genggaman pada bahu Ali berjaya mengejutkan budak itu. Dia terhempas ke dalam sungai. Suara Ali ketika itu seakan tersekat, masih terkejut dengan apa yang terjadi.

   "Sini, uncle tolong kau." Bakar masuk ke dalam sungai sekali, menghulurkan tangan. Semakin dekatnya, semakin menjauh anak saudaranya itu. "Jangan takut, Al..."

   "Uncle pun... nak bunuh saya ke?" Soalan Ali itu disambut dengan air mata berlinangan. Tiada sesiapa yang boleh dia percaya lagi... tambahan pula Bakar salah seorang daripada mereka.

   Bakar tergamam melihat titikan air mata itu. Mendengar tiada gerakan dari Bakar, Ali pantas melompat keluar ke daratan. Dalam kepalanya cuma ada perkatan lari, lari dan lari.

   Dia keseorangan sekarang.

   "Ali, tunggu!" Bakar tersedar dari lamunannya. Langkas dia menggengam tangan Ali yang cuba melarikan diri. Ali meronta-ronta minta dilepaskan.

    Tangisan Ali berubah menjadi rayuan.  "Lepas. Lepaskanlah, uncle. Tolong, tolonglah jangan bunuh saya." Kakinya menggelentar.

   Comot segera mencakar tangan Bakar menyebabkan Bakar melepaskan Ali. Tanpa menoleh ke belakang, Ali kabur masuk ke dalam hutan sakti diikuti Comot.

   "Ali..." Bakar memegang lengannya yang sudah mengalirkan cecair merah. Namun, matanya masih tidak lepas dari memandang arah di mana satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal... lenyap.

   "Bakar!" Dayang serta pahlawan M.A.T.A yang lain baru tiba di rumah Ali. Keadaannya amat menyayat hati untuk dilihat. Rumah yang rentung dan mayat yang sudah mati entah berapa hari dibiarkan di situ.

   Dayang mempersoal Bakar yang berdiri kaku itu. "Bakar, mana Ali?"

   "Pahlawan Dayang, yang perasaan yang pahlawan Dayang cakap tu..." Bakar menjeramah dadanya. Bibirnya mula tersenyum perit. "Rasanya sakit sangat."













...

Nota Nooroo

Nampaknya arc baru telah tiba!

Berani Cyberhuman buat Ali macam ni. 😔

CyberHuman (EA) Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt