12 - Cyberhuman

175 18 8
                                    

C y b e r h u m a n
-------------------------
"Hanya kau sahaja yang dapat ubah masa depan manusia." - Viktor
.
.
.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

.

LANGKAH Danish tidak semena-mena terhenti. Dia melepaskan keluhan panjang seakan-akan teringat sesuatu. Viktor memandang pelik ke arah Danish. "Kau okey tak ni?"

   "Kita belum beli apa-apa lagi untuk dia orang. Ini kalau balik tangan kosong ni, silap-silap kita yang gali kubur sendiri." Danish memberitahu ketakutan. Sudahlah hampir beberapa jam dia orang bersiar-siar dalam hutan ini tadi. Naya kalau balik sehelai sepinggang saja.
 
   Viktor melihat pada bakul di tangannya serta-merta menepuk dahi. "Haiya! Betullah. Tak apalah. Masih ada masa lagi nak pergi pasar ni. Kau pun ikutlah sekali, Ali."
 
   "Eh, aku ke?" Jari Ali ditunjukkan pada diri sendiri. Viktor yang perasan Ali menghadap ke arah pokok laju membetulkan posisi Ali memandang mereka.
 
   "Mestilah kau. Ada aku dengan Danish je  kat sini. Lagipun, boleh beli makanan dan kasut sekali untuk kau." Viktor mendabik dada. "Jangan risau maa, aku belanja." Dengan berlagaknya, dia mengeluarkan berkeping-keping syiling emas miliknya. Curi sekeping baru tahu.
 
   Danish menepuk badan Viktor secara sembunyi. Viktor menyimpan semuanya wangnya ke dalam poket semula. Matanya  terarah pada Danish sebelum perlahan-lahan beralih pada mata kelabu Ali.
  
    Lihat dari riak wajah Ali, tahulah dia yang Ali masih tidak dapat mengawal traumanya.
 
   "Aku tak ikut boleh tak? Aku tunggu dekat sini jelah." Kakinya yang terasa longgar segera Ali tegakkan. Cepat-cepat ayatnya disambung. Dia ketawa kekok. "Jangan risaulah. Aku tak lari."
 
   Danish membantah. "Tak boleh. Lagipun abang Ali lama tak rasa makanan luar kan?"
  
   Ali teragak-agak untuk meluah pada mereka. Mana tahu suara yang didengarinya bukanlah Viktor dan Danish? Macam mana kalau ini Cyberhuman yang berniat ingin membunuhnya?

   Ali menunduk. 'Tenang, Ali. Kawal nafas kau. Jangan bagi dia orang fikir..."

   "Kalau kau orang nak tahu, Ali ini sebenarnya manusia!"

   '... yang kau tu lemah.'
 
   "Meow?" Comot menggesel-gesel tubuhnya pada kaki Ali yang tiada lemak itu... menenangkan tuannya. Kedengaran perlahan dengungan dibuat kucing itu.
  
   Terketar-ketar Ali cuba mencangkung. Dia membelai bulu Comot di sebelahnya. "Terima kasih, Comot," bisiknya perlahan.
 
   "Nah." Sehelai kerundung dicampakkan pada Ali. Tercengang Ali saat kain itu melindungi mukanya. Ali memegang setiap inci kain itu. "Apa ni?"
 
   Satu lengkungan kain yang terbuka memberhentikan jari Ali buat seketika. Kain ini... macam kerundung sahaja!
 
   "Pakailah. Selalunya kita kaum manusia pakai tu bila nak keluar. Yalah, nak elak Cyberhuman cam kita." Viktor menaikkan kerundung hijaunya, begitu juga dengan Danish.
 
   "Betul ke..." Ali lambat-lambat bangun dari duduknya. "Betul ke Cyberhuman tak cam aku nanti?"
 
   Viktor mengurut dagunya seraya matanya menilai penampilan Ali. Comot dan Ali dipandang silih berganti. "Tak payah risaulah, lagipun... kau terlalu kurus dan bulu Comot dah tukar jadi warna kelabu. Pasti tak ada orang akan cam kau punyalah."
 
   Ali membatu seketika. Betul ke? "Eh! Comot, sabarlah!" Hampir terhantuk kepalanya pada batang pokok apabila Comot mengangkat kerundungnya.
 
   Viktor tersenyum memandang sahabat lamanya. Lagipun, sudah empat tahun dia tidak bertemu. Betis Ali dikerlih. Ada parut tombak di situ. Pasti Ali pernah keluar dari sini... tetapi 'diarah masuk kembali'.
 
   "Dah, dahlah. Jomlah pergi pasar." Danish mencapai Comot yang terbang, malangnya cakaran yang dia dapat. Comot membengis garang sambil terbang di belakang Ali.
 
   "Garang gila." Danish berdecit kuat. Bertambah lagi luka pada tangannya.
 
   "Dah, dah. Jom pergi pasar." Viktor sudah mara ke hadapan. Lagipun kalau terus berbual, sampai ke subuh nanti tak habis lagi.
 
   Danish memandang ke arah Comot yang terbang berdekatan Ali. Entah mengapa tiba-tiba dia mahu mengisi kesunyian semasa sesi berjalan ini.
  
   "Nama dia siapa?" Danish ke belakang ketika Comot mengeluarkan kukunya. Menaikkan bulu roma dialah kucing terbang ini. Nasib kucing orang.
 
   Ali menoleh ke arah suara Danish. "Oh, kucing ini Comot namanya. Selalunya dia tak garang macam ni." Tangannya yang menyentuh Comot digerakkan lembut.
 
   Air muka Ali serta-merta pucat tatkala menjejak ke luar hutan, iaitu betul-betul di atas titi. Berdekatan titi tersebut, terdapat sebuah rumah lama yang sudah lama rentung.
 
  Haba panas tidak semena-mena datang menyelimuti Ali. Langkahnya menjadi kaku. Mengigil tangannya memegang matanya yang langsung tidak berfungsi lagi. 'Semua ini salah aku...'
 
   Lututnya tidak mampu menampung ketakutannya sehingga dia jatuh terduduk.
  
   "Ali!" Viktor lekas membantu Ali untuk bingkas berdiri semula. Dia berpaling pada rumah lama itu. Dia tidak sangka Ali masih dapat rasa peristiwa ini walau empat tahu berlalu.

   "Huh... tak apa." Ali menolak lembut Viktor dari menyentuhnya. Nafasnya yang turun naik secara mendadak menjadi sediakala. "Aku okey."
 
   "Abang okey ke?" Ali mejatuhkan kepalanya perlahan.
 
   "Kau kata kau nak belanja aku, kan? Jadi jomlah pergi pasar cepat." Ali sempat berseloroh demi menenangkan hatinya. Viktor melepas keluhannya lalu menarik sengih. "Dengar fasal belanja, laju sahaja kau maa."
 
   Comot mengibas sayapnya mendekati Ali. Mata kucing itu bercahaya melihat poket Ali mengeluarkan cahaya biru. Cahaya yang datang dari IRIS di situ.
 
   Ali tersenyum pahit. "Mestilah."
 
   Cahaya IRIS itu malap tiba-tiba.
 
   Sesampai di pasar, telinga mereka berempat disambut suara riuh penjual dan pembeli di situ. Ali terpaksa memegang ekor Comot semasa berjalan. Yalah, risau terhantuk tiang pula nanti.
 
   "Nah. Kasut warna merah untuk kau." Viktor menjatuhkan kasut itu ke bawah. "Pakailah. Kalau terpijak benda tajam ke apa susah nanti."
 
   "Wah, terima kasih Viktor." Ali terburu-buru menyarung kasut barunya. Agak longgar memandangkan tubuhnya yang ceking. Dia menyentuh-nyentuh permukaan kasut tersebut.

   Rasa... lembut.

   Bunyi ais bergeser lembut di telinga saat semua ais dimasukkan ke dalam gelas plastik itu. Wanita itu mengawal senduk itu untuk menuang air milo ke dalam gelas.

   Terlopong Danish melihat tindakan itu. Pergh, mak cik ini kawal senduk itu pakai niat sahaja!

   Wanita berbadan gempal itu tergamam melihat Ali. Secara langsung senduk itu terjatuh ke meja. Dia menutup mulutnya. "Andu bah... kurus gila kawan kau ni. Kau tak kasi makan pada dia ka?"

   Andu bah - Alahai, kesiannya...

   Ali menarik nafas lega. Ingatkan mak cik ini perasan aku tadi. Viktor ligat memberi alasan. "Err, saya..."

   "Sia kasi roti dan milo ping percuma untuk kau" Roti dan milo sejuk itu dihulurkan pada Ali.  Wanita itu menggelengkan kepalanya ketika Viktor menghulurkan wang emas.  "Nda papa bah. Simpan saja duit kau tu."

   Tubuh Ali menggeletar. Danish yang perasan akan itu, memegang tubuh Ali, berusaha menenangkan Ali. Tanah tiba-tiba basah dari air yang jatuh setitik demi setitik.

   Wajah Ali kini merah menahan rasa sebak. Air matanya laju mengalir di pipi. Gigitannya masih tidak dilepaskan. Meskipun dia tidak dapat melihat roti yang ditelan, akhirnya dia dapat rasa keenakkan makanan sebenar selepas empat tahun lamanya.
  
   "Eh, jom duduk makan. Terima kasih banyak-banyak mak cik." Viktor mengucapkan terima kasih sebelum mengheret Ali mencari tempat duduk.

   Wanita itu memerhati Ali dan rakannya pergi dari kedainya. Dia menaikkan jarinya. Gambar seorang budak lelaki keluar dari poketnya. "Rupa dia sama macam kau, Aysar."

   Anaknya yang meninggal kerana ditimpa kesakitan. Sayangnya dia langsung tidak merasa apa atas pemergiannya anaknya. Tetapi entah mengapa bila anak itu sampai, rasa sakit di dadanya mencengkam. Sama macam dia rasa semasa anaknya terhenti nafasnya.

   "Mak cik, teh o ais satu."

   Gambar itu secara automatik hilang.

   "Okey!"

  
 
 









...

Nota Nooroo

Satu jam aku gelak semata-mata nak tulis bab ni. 😭✨

      

CyberHuman (EA) Where stories live. Discover now