🖇 paboya 06

187 43 7
                                    

yoonmin bergerak dengan langkah berat, jiwanya masih tidak stabil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

yoonmin bergerak dengan langkah berat, jiwanya masih tidak stabil. hatinya masih sakit bagai dicucuk-cucuk dari bulan lepas ketika waktu terakhir dia membayar tanggungan ibunya yang sudah lama koma.

sejuta won pada tangganya digenggam kuat. mahu saja dia bayar dan terus balik, tapi sudah seperti anak longkang je tak tahu nak lawat ibu sendiri.

“cik yoonmin, iyakan ? harga tanggungan hospital ibu cik pada bulan ini sejuta won—” belum sempat jururawat itu menghabiskan ayat, yoonmin sudah meletakkan duit pada tangannya di atas meja kaunter hospital.

kemudian terus dia melangkah laju berlalu pergi dari kaunter itu ke bilik wad 0403 dimana beradanya ibunya yang terbaring.

baru buka pintu, air matanya sudah laju jatuh dek kalah air terjun. melihat ibunya merana, dicucuk sana sini dengan wayar dipenuhi badan. siapa saja tidak pedih ?

“ibu, yoonmin datang ni..” katanya perlahan sama seperti berjalanannya ke kerusi bersebelahan katil.

tak mahu dekat, nanti sakit. tapikan sebulan sekali.

“ini kali kedua, bu. kali kedua yoonmin nangis tengok ibu. sepanjang yoonmin sedar, yoonmin tak pernah dengar suara ibu, senyuman ibu, gelak tawa ibu. jadi kenapa bila tengok ibu, yoonmin sakit ?” soalnya pada ibunya yang tak mampu mendengar kata-katanya.

“tolonglah bangun. yoonmin nak tahu apa jadi. yoonmin nak tahu kenapa ibu jadi macamni, mana ayah, kenapa yoonmin sedar tanpa apa-apa ingatan ?” yoonmin tidak merugikan sesaat pun, dia terus luah dan luah.

dan sebab itu, dia terluka. seakan-akan ibunya yang hanya mampu mendengae luahan hati dia. ya, walaupun ibunya tidak menyedarkam diri mahupun mendengar luahan dari anaknya sendiri.

setengah jam. setengah jam yoonmin habiskan masa bersama ibunya walaupun dia sendiri tidak mahu melawat ibunya.

dia sendiri bingung dengan dirinya yang pedih melihat ibunya tanpa memori kasih sayang ibunya terhadap dia.

setelah keluar dari hospital, dia mengambil keputusan untuk di sebuah taman berdekatan.

sedari tadi dia termenung, tiada perasaan yang boleh diterangkan pada wajahnya buat masa sekarang.

apabila difikirkan balik tentang ibunya di dalam wad itu, mulalah air mata bergelenang.

terus dia mengelap, tidak mahu orang lain melihatkan seperti orang terlalu tertekan. namun belum sempat semua air matanya dikeringkan, satu pelukan hangat dirasai.

yoonmin sendiri terkejut, “jangan pendam perasaan tu tak elok. kalau rasa diri tu sakit, peluk aku. peluk aku. anggaplah kau apapun tapi lari dekat aku bila kau perlu. peluk aku,”

suara itu, suara beomgyu.

suara itu, suara beomgyu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

























[ a/n: cerita ni dah siap tulis, tinggal publish je wiii ]
next chapter : 7 votes

Paboya !! - Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now