🖇 paboya 30

117 25 1
                                    

pagi lagi sudah berdirinya yoonmin di hadapan hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

pagi lagi sudah berdirinya yoonmin di hadapan hospital. eh eh bukan hospital beomgyu kerja.

mimpi apa tahnya siap bawak bekalan untuk ibunya, nak ikutkan dia sendiri tahu dia tak rapat dengan ibunya dari dulu.

ihh, dah ibukan. hidup mati dia je seorang yang layak dipanggil 'ibu'.

pintu wad di buka perlahan, masih awal lagi. takut orang tua itu masih nyenyak dibuai mimpi. namun tidak, terlihat ibunya sedang berbual dengan seorang doktor.

doktor lee heeseung, selaku doktor hospital mental yang menjaga perasaan dan peranan pesakit koma yang baru saja sedar.

dua-dua leka tergelak sakan, langsung tidak menyedari kewujudan yoonmin disitu sehinggalah dia berdehem buatkan kedua-dua orang itu terdiam memandang yoonmin.

“oh yoonmin, maaf ganggu. nanti sambung ya puan hehe,” gelak mesra si heeseung sambil menggarukan kepalanya dengan wajah yang bersalah melihat anak pesakit yang tercegat menunggu.

“kau bawak apa tu ? aku dah muak makan roti,” lantas ibunya kata selepas heesung keluar. yoonmin mencebik, makan tersebut diletakkan di atas meja lalu digerakkan mendekati ibunya.

“topokki,” balas yoonmin buatkan riak wajah ibunya berubah.

pantas tangan perempuan berumur itu hinggap pada dahi yoonmin, demam ke sampai berubah macam ni sekali ?

“ibu dah kenapa ni gelilah ada wayar wayar sibuk pegang dahi orang,” kata yoonmin menolak lembut tangan ibunya yang mempunyai banyak tiub ketepi.

“peliklah kau harini, gila ke ?” soal ibunya buat yoonmin menjelingkan mata.

hubungan mereka makin rapat, tapi bahasa mereka satu sama lain tetap kasar buat yoonmin sendiri confused yang ibunya terima tak dia sebagai anak.

tanpa buang masa, ibunya membuka semua bekas berisi makanan itu dan menjamu selera tanpa mengendahkan kehadiran yoonmin.

yoonmin duduk dikerusi dimana heeseung duduk tadi. dia mengeluh berat, “ibu, yoonmin tahu dulu kita tak rapat tapi boleh tak kalau kita baiki hubungan kita sekarang ?” soal yoonmin buatkan ibunya itu tersedak.

“tanya tu dekat diri kau. nak ke perempuan jahil, kaki lelaki macam aku ni ?” balas ibunya dengan pertanyaan.

“itukan dulu,” jawab yoonmin.

“aku tak kesah, aku rasa dah cukup okaylah ni kita sembang daripada lepas kau tahu kau anak 'terlanjur', muka aku pun kau tak nak tengok,” kata ibunya sambil mengunyah topokki yang yoonmin bawa.

fahamkam ayat dari ibunya itu ? ibu dan ayah yoonmin tak saling mencintai tapi sebabkan kewujudan yoonmin buatkan mereka terpaksa berkahwin.

tapi masing-masing lakukan hal masing-masing, ibunya masih aktif di dalam kelab malam manakala ayahnya menjaga yoonmin sebaik mungkin.

“hm.. aku sebenarnya bangga dengan kau. semua hubungan kau nak baiki sekarang. hubungan perkahwinan dengan doktor hospital mental pun kau sembang eh,” bulat mata yoonmin mendengar kata-kata ibunya.

“ibu, mana ada !” yoonmin menafikan dalam masa yang sama keliru siapa yang dimaksudkan.

“ibu... tak maksudkan heeseungkan ?” soal yoonmin mengharapkan jawapan tidak. setahu yoonmin, beomgyu tak ambil apa-apa kes dalam hospital biasa ni.

“iyalah, heeseunglah yang bagitahu pasal kau... dengan itu apatu nama. ihh, aku tak ingat, kau la tak kenalkan kat aku,” tegas ibunya buatkan yoonmin lega.

yoonmin tersengih menggarukan kepalanya yang tidak gatal, “nanti eh, nanti hihi..”






Paboya !! - Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now