🖇 paboya 24

89 25 0
                                    

tok ! tok ! tok !

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

tok ! tok ! tok !

pintu bilik wad hospital ibunya dibuka, terlihat ibunya yang sedang membaca buku. oh maaf, membaca buku resepi membuat roti.

yoonmin berdiri di hadapan pintu ditenung ibunya. dia atau ibunya tidak langsung membuka mulut. masing-masing hanya membuat eye contact.

dengan keberanian secebis roti yang digigit angsa, yoonmin cuba bersuara dengan senyuman manis terukir pada wajah. “hai ibu,” hati gugur. teringat hal yang terjadi waktu pertama kali mereka bertemu dan ibunya bertukar menjadi tak tentu arah.

ibunya tidak membalas, merenung yoonmin bersama buku resepinya yang masih di tangan. seperti patung yang merenungnya.

akhir sekali ibunya meletakkan buku lalu bersuara buatkan yoonmin terkejut nak mampus. “buat apa tercegat dekat situ, meh la duduk sini,” arah ibunya menunjuk kerusi plastik bersebelahan katil.

pantas gadis itu bergerak dan duduk seperti yang diarahkan. dia memandang sayu pada ibunya, pada masa yang sama. dia cuba menahan air mata. ini kali pertama selepas dia hilang ingatan, mendengar ajakan ibunya walaupun sekadar untuk duduk.

“betul kau dah tak gila ?” itu soalan pertama yang dilontarkan pada yoonmin. laju yoonmin menggeleng menandakan dia tidak lagi gila.

“ha baguslah tu. jangan menyusahkan hidup orang lagi macan ayah kau tu,” kata ibunya buatkan hati yoonmin terguris. bukan terlalu sensitif, tapi selepas mendengar perkataan menyusahkan. yoonmin rasa serba salah.

ibunya kembali membaca resepi dan dia masih teragak-agak ingin tanya soalan. “ibu–”

“kau jaga bakery akukan ?” soal ibunya dan sekali lagi yoonmin hanya membalas tanpa suara. hanya mengangguk sebagai jawapan sudah cukup.

ibunya masih membelek buku resepi sambil bersuara dengan soalan lain. “berapa banyak untung kau dapat ? tolak dengan bil hidup aku dekat hospital ni. mesti sikitkan ? lain kali tak payah bayar. biar aku mereput sebab aku pun maleh hidup—”

“IBU !” jeritan yoonmin buatkan ibunya menutup resepi memandangnya. bagaikan kejutan melihat yoonmin yang sudah mula serabai akibat tidak mampu menahan air mata dari jatuh.

dia teresak-esak. susah mahu bercakap tapi sedaya upaya mahu bercakap pada ibunya. “yoonmin minta maaf kalau selama ni yoonmin hidup jadi gila dikira menyusahkan ibu. sungguh yoonmin tak minta nak jadi macam tu dulu. even sekarang, yoonmin sedar tanpa apa-apa ingatan tapi tetap bersyukur yoonmin tak gila. tapi yoonmin sakit... banyak persoalan dalam kepala yoonmin yang yoonmin tak boleh jawab. kenapa yoonmin jadi gila ? yoonmin gila dari kecil ? .... ”

“.... masa yoonmin sedar, yuuji bagitahu semua tentang ibu. setiap kali bayar bil wad ibu, pasti rasa sakit. yoonmin mengaku yoonmin tak tahu rasa sayang ibu tu macam mana tapi hari-hari harap yoonmin akan disayangi oleh ibu seperti ibu yang lain buat dekat anaknya. apa yang yoonmin dapat lepas usaha ? dikatanya gila dengan ibu sendiri, dikatanya rugi membayar duit hospital...”

“apa lagi bu.. ? yoonmin mengaku yoonmin pernah jadi gila. kalau yoonmin boleh berubah kenapa ibu tak boleh ?” merah mukanya menangis. dia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan lalu menangis sepuas hati.

ibunya tergelak kecil, mengusap lembut lembut rambut anaknya. “kau bukannya sayang aku dulu, kau sayang ayah kau. sebab tu bila dia pergi jauh dan tak akan kembali, kau gila...”

“...tapi sebab aku sayang kau. aku cuba elakkan kau dari jadi gila, aku cuba sebaik mungkin untuk keluarkan kau dari hospital gila tu,” makin kuat tangisan yoonmin didengari walaupun dia sudah tutup dengan telapak tangannya.

sebenarnya dia nangis kerana dua sebab. sebab pertama, dia nangis kerana kata-kata ibunya dan kedua kerana memori dan ingatannya dulu mula terbayang-bayang ada minda.





Paboya !! - Choi BeomgyuМесто, где живут истории. Откройте их для себя