🖇 paboya 17

124 33 2
                                    

yoonmin hanya duduk di kerusi berhadapan bilik wadnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

yoonmin hanya duduk di kerusi berhadapan bilik wadnya. melihat doktor-dokor yang sedang menenangkan ibunya itu.

air mata sudah kering. nak nangis apa lagi kalau hati dia dah habis hancur dek melihat ibunya merana tidak mahu melihat dia. katanya yoonmin ni gila, walhal sihat segar minda dan fizikal lagi.

"aku tak gila," bisiknya tersenyum merenung lantai. otaknya pula hanya mengulangi perkataan gila sehingga dia buntu tidak mampu berfikir apa-apa.

ketika sibuk yoonmin mengambil masa bersendirian, seorang doktor laju berjalan depannya ke bilik ibunya tapi dia sudah tidak ambil hal. entah kenapa dia mengaku ibu pun sudah tidak mampu.

"...doktor heeseung sekali lagi tapi keadaan pesakit ni tak boleh nak dilawan," nama heeseung didengari jelas pada lubang telinga yoonmin.

terus dia mengangkat wajahnya melihat heeseung yang sedang menenangkan ibu yoonmin dengan cara yang pro. hal itu buatkan yoonmin membulatkan mata.

sel hubung otaknya kembali bekerja selepas melihat heeseung. perkataan 'gila' bermain dalam mindanya buatkan dia teringat sesuatu. hospital mental ? 

lantas dengan itu, dia bangkit dari kerusi dan pergi keluar dari hospital tersebut. hati tak tenang, kuat mengatakan yang hospital mental tersebut ada kaitan dengan masa lampaunya. 

ketika berlari, dia terdengar beberapa jeritan. sebiji seperti suara ibunya tadi tapi perkataan lain buatkan kepalanya makin sakit.

"cepat yoonmin ! nanti doktor kejar !"

"ihh cepatlah gila! aku tak ada masa!"

"ayah kau tak ada faham tak ?!?! dia sdbyubejsbj,"

ayah apa ? perkataan yang tidak jelas itu betul-betul wujudkan rasa ingin tahu yang sangat mendalam namun dia cuba mengendahkan segala perasaan itu ke tepi dan terus berlari ke hospital mental dengan kadar segera.

matanya sudah kabur, kakinya lenguh. hatinya berolak-alik memikirkan apa yang berlaku sekarang dan masa lepasnya.

setiba saja di kaunter pertanyaan, hampir semua jururawat terkejut melihat yoonmin yang tidak terurus. air matanya menghancurkan make upnya, angin pula meniup rambutnya sehingga berterbangan lalu rosak. 

dia datang mendekat dengan kaunter, walaupun jururawat bernama Jian pada hari itu kelihatan takut tapi dia tetap menanyakan soalan dengan sopan. "eh, haha... yoonmin ? ada apa-apa kami boleh bantu ?" soal Jian.

yoonmin merenung jian lama lalu menghembuskan nafasnya. "doktor beomgyu ada ?" tanyanya.

"ah, doktor beomgyu sedang rawat seorang pesakit mental tadi. rasanya dia ada dekat bilik rehat doktor," kata seorang jururawat yang baru datang. eseo namanya.

yoonmin tersenyum lalu mengucapkan terima kasih. baru beberapa langkah diambil, dia terhenti. perlahan-lahan memusingkan badannya kembali ke kaunter pertanyaan.

wajah jururawat jian dan eseo itu ditenung lama membuatkan mereka memandang satu sama lain.

“tolong jangan tipu yoonmin, kau orang kenalkan yoonmin sebelum yoonmin bagi roti hari tu ?” tanya dia dengan air mata yang sudah bertakung mengharapkan balasan.

“yoonmin, yoonmin kena faham kitaorang tak nak paksa yoonmin untuk ingat hal yang buruk,” beritahu jururawat eseo.

yoonmin berdecit, menjeling tajam terhadap eseo yang masih berdiri tengak di hadapan kaunter.

“tak nak yoonmin ingat hal buruk ? penat yoonmin cari siapa yang tahu tentang masa lepas yoonmin. yoonmin nak tahu kenapa yoonmin dengan ibu yoonmin end up dekat hospital tapi tak ada siapa boleh bagi jawapan. kononnya tak ada siapa tahu. bodohkan ? padahal depan mata yoonmin ni ramai je tahu, lagi lagi si pabo beomgyu tu,” luahnya. pada ayat terakhir, dia sedikit berbisik supaya mereka berdua tidak mendengar.

“kau tak tanya,” suara yang agak serak bersama satu pelukan hangat diberikan kepada yoonmin dari belakang.






Paboya !! - Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now