🖇 paboya 23

88 26 0
                                    

sejak kemunculan heeseung dan beomgyu di bakery itu

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

sejak kemunculan heeseung dan beomgyu di bakery itu. heeseung tidak henti-henti datang setiap hari buatkan yoonmin sendiri terasa rimas. agaknya beomgyu sudah beritahu tentang 'crush' itu kot.

masalahnya yoonmin langsung tak ada perasaan pada heeseung. cuma dia saja bagitahu beomgyu sebab tidak mahu mengaku yang dia ada perasaan suka pada beomgyu.

hari ini yoonmin tekad, dia ingin memberitahu hal sebenar kepada heeseung. hm, apa nak jadi pada yoonmin ni. sesudah beomgyu, kini heeseung pula dibagi harapan palsu.

"heeseung nak ni," dulang berisi beberapa bungkus roti diletakkan di kaunter. yoonmin tidak melakukan apa-apa gerakan, ragu-ragu dia mahu bersuara.

hal ini buatkan heeseung melambai-lambai dihadapannya. sudah seperti jauh dari realiti. "yoonmin, yoonmin okay ?" terus yoonmin mengelip kelipkan matanya.

dia mengambil nafas dalam sebelum bersuara, "heeseung, busy tak ? boleh tak kita berbual sekejap dekat atas ? ada hal tapi tak penting pun so kalau tak ada masa tak apa tak paksa," kata yoonmin.

heeseung berkerut namun hanya bersetuju mengikut yoonmin naik ke atas dimana ada kediamannya. sampai saja, heeseung diarahkan untuk di sofa manakala yoonmin mengambil air gas di dalam peti ais bersama cawan.

ihh yoonmin ini bukan saja kedekut tapi pemalas sebenarnya.

dulang di letakkan di atas meja lalu air gas strawberry itu dituang ke dalam cawan dan diberi pada heeseung. heeseung tersengih memegang cawan tersebut, langsung tidak diminum.

"ada apa yoonmin nak cakap ?" tanya heeseung memberanikan diri.

badan yoonmin auto menggigil. taktahu mahu mulakan ayat dan sebagainya dengan cara apa.

"boleh tak yoonmin tahu beomgyu ada cerita pasal apa-apa tak tentang yoonmin ?" persoalan itu sebenarnya agak privasi. iyalahkan, walaupun mereka berdua berbual tentang yoonmin tapi tetap privasi mereka sebagai 'boys talk'.

"ada jugaklah," soal heeseung kembali.

"pasal perasaan yoonmin ?" ya ampun yoonmin, apa kau tanya ni. la sudah macam pick me girl.

heeseung tergelak. dia meletakkan cawan yang berisi air gas itu kembali pada meja walaupun sikit pun tidak disentuh.

"lepas hari kita jumpa dekat bakery tu, dia ada bagitahu yang yoonmin suka heeseung..." yoonmin mengeluh mendengar kata dari mulut heeseung.

dia tak nak putuskan hubungan kawan dengan heeseung tapi kalau dia jujur, tak ke dia macam lukakan heeseung ? ah, lukakan heeseung lagi bagus dari matikan perasaan dari beomgyu.

keadaan yoonmin yang diam tidak tahu mahu bersuara apa itu diputuskan dengan gelakkan kecil heeseung. "...tapi heeseung tak percaya. ini lee heeseung, bukan setakat doktor mental tapi doktor cinta. percayalah heeseung nampak masa depan beomgyu dan yoonmin bersama tiga orang anak," katanya siap mengamal masa hadapan antara yoonmin dan beomgyu.

merah padam wajah yoonmin tapi dia cuba berusaha buat taktahu walau hakikatnya hati dia betul-betul cair.

'tiga orang anak macam sikit je' bisik hati yoonmin sendirian. eh dalam diam-diam dia juga menjadi pengamal.

"umm.. heeseung tahu apa sebab yoonmin tanya. sebab hari-hari heeseung datangkan ?" tanya heeeseung dengan balasan anggukan dari yoonmin yang mula rasa serba salah.

sekali lagi, heeseung tergelak. "dah berapa minggu eh, tiga ke dua tah beomgyu tak datang. dia ada kerja dengan hospital seoul so dia pulang malam pergi pagi ha memang tak ada masa nak jumpa yoonmin. so, dia suruh heeseung belikan dia roti yoonmin supaya hilang rindu. la lama-lama geli pulak aku," kata heeseung memegang dadanya yang seakan mahu muntah pada akhir kata.

heeseung berdiri mahu keluar since semua masalah soalan dan perasaan yoonmin itu sudah terjawab. "oh ya, yoonmin lawatlah ibu yoonmin. dia dah sedikit okay, cuba cakap baik-baik. also, heeseung cakap dekat beomgyu kalau yoonmin ada ajak date, heeseung auto reject. sebab tu dia okay cuma busy. dahla heeseung pun ada kerja jugak. bye, thankyou jemput walaupun heeseung tak minum air gas," pening yoonmin dibuatnya.

semua hal nak diselitkan dalam satu dialog, ini semua salah author. eh tak, salah israel yang koyak tu.

"esok jumpa ibu, dia dah okay sikit," yoonmin mengeluh menghirup air heeseung yang TAK diusik langsung airnya.






Paboya !! - Choi Beomgyuजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें