🖇 paboya 13

121 32 6
                                    

kotak ke-7 disusun dalam bonet kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

kotak ke-7 disusun dalam bonet kereta. yoonmin sudah tersenyum puas melihat semua kotak berisi roti itu berada dalam keadaan tersusun untuk dihantar ke hospital mental itu.

uhh, tidak. yoonmin tak pernah terlintas dalam kepala otaknya untuk memberi roti percuma. pastilah niatnya kali ini ada udang disebalik batu.

“semua dah siapkan ? jom,” ajak yoonmin kepada seorang pekerjanya manakala pekerjanya yang lain membantu menyiapkan roti untuk dijual di kedai.

ketika dalam perjalanan, pekerjanya sibuk menanyakan beberapa soalan sehingga terlepas satu ayat buatkan yoonmin tersedak. “boyfriend cik yoonmin ajar untuk bersedekah ke ? sebelum ni tak ada pun buat macam ni bagai kecuali kalau mak cik yoonmin yang buat,”

“uhm.. boyfriend apanya. lambat lagilah. yoonmin nak derma pun dah tak boleh ke ?” soalnya dengan nada gurauan.

“eh setiap minggu nak derma pun tak marah,” balas pekerjanya buatkan nereka berdua tergelak besar.

padahal hati yoonmin berdegup laju apabila pekerjanya menyebut perkataan boyfriend. ya, dia memang menderma semata-mata hendak berjumpa dengan beomgyu yang hilang dari pandangan selama dua minggu dua hari.

tapi itu bukan boyfriend dia. bukan kawan dia. jadi, kenapa dia ada perasaan rindu ? 'ah, yoonmin pabo' hinanya dalam hati.

“yay, dah sampai. jom angkat roti-roti ni !” kata pekerjanya dengan riang lalu kebelakang bonet kereta bersedia mengangkat kotak roti.

kesemua 7 kotak tersebut diangkat oleh pekerjanya manakala yoonmin terus masuk ke pintu untuk memberitahu mereka tentang pendermaan ini.

“hai, boleh saya– yoonmin ?—” nama yoonmin disebut dengan perlahan membuatkan yoonmin sendiri tidak dengar namun percakapan jururawat ini dipotong oleh jururawat lain.

“oh iya boleh kami bantu ?”

“oh, saya yoonmin. saya datang sini dengan niat nak memberi roti buat pesakit-pesakit disini,” katanya dengan jelas buatkan jururawat itu mengangguk faham.

“sebenarnya kitaorang tak menerima mana-mana pertolongan makanan atas sebab-sebab tertentu tapi kami masih boleh mempertimbangkan lagi. sebentar ya... Jian, boleh tolong tengokkan tak roti tu ?” soal jururawat yang dipotong ayatnya sebentar tadi.

laju jururawat bernama jian itu ke kereta meninggalkan yoonmin di kaunter pertanyaan.

“uhmm, yoonmin bukan ?” tanya jururawat tersebut sambil menyentuh screen computer pada kaunter tersebut.

yoonmin mengangguk sebagai respon menunggu ayat seterusnya dari mulut jururawat tersebut.

“roti !” jerit seseorang pada telinganya secara tiba-tiba buatkan dia tersentak. lantas dengan itu, jururawat yang lain menahan pesakit itu mendekati yoonmin.

pesakit itu, sama seperti pesakit yang dia jumpa kelmarin di kedai membeli bahan membuat roti.

teriak pesakit itu agak kuat. meronta-ronta dia mahu mendekati yoonmin dan melepaskan diri dari jururawat yang menahan dia.

Dengan keberanian yang entah mananya yoonmin dapat, dia mendekati mereka dengan langkah perlahan-lahan.

“yah-! Paboya !!” satu tarikan buatkan dia ketepi memberhentikan perjalanannya ke pesakit tersebut.

apabila mahu dilihat sesiapa manusia yang menarik tangannya itu, dia sudah pun beredar kehadapan dimana pesakit itu masih meronta memohon untuk dilepaskan.

“shuhh, cuba rilek. kalau eun-hwak rilek dan tenang, nanti doktor bagi roti banyak-banyak,” kata lelaki itu.

yoonmin memerhatikan dari jauh, melihat lelaki yang dia paling mahu jumpa dalam dua minggu ini menepis dia dari mendekati pesakit gila itu. bukan itu saja, yoonmin sendiri dapat melihat betapa mudahnya beomgyu menenangkan pesakit itu.

akhirnya pesakit bernama eun-hwak itu berjaya ditenangkan dan dicocok ubat tidur kemudian dibawa ke wadnya sendiri.

yoonmin mengalihkan pandangan berpura-pura tidak mengenali sesiapa pun apabila dia melihat beomgyu berjalan kearahnya setelah pesakit itu dibawa ke wadnya.

“mampuslah aku,” bisik yoonmin.

“hai pabo, rindu ke ?” tanya beomgyu dengan senyuman pada wajahnya buatkan yoonmin menjelingkan anak matanya.
















[A/n: It's HueningKai birthday! Btw please remind to update hari Ahad ni :((  i really want to end this fanfic really soon ]
Next Chapter : maybe this sunday! :)

Paboya !! - Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now